SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA DAN BERKAT DARIPADA SAYA SEKELUARGA.....MOGA ALLAH TERIMA DAN REDHA DENGAN DIRI, AMALAN PUASA, SOLAT, QIYAAMULLAIL, DOA dan HIDUP KITA SEMUA DIBULAN RAMADHAN INI...Amiin!
Kita adalah apa yang kita beri dalam kehidupan ini. Begitu juga ungkapan 'what you sow you will reap'....jika kita lontarkan adalah kalimah kebaikan dalam ucapan, maka kita akan terima kebaikan ucapan dan ungkapan kalimah dalam kehidupan kita..
Jika kita lontar budi, maka kita akan terima pahala ataupun budi juga. Jika kita sayang diri kita, maka sepertinya kita perlu sayangi orang lain. Jika keinsafan itu lahir betapa puasa ini menerbitkan bibit simpati terhadap mereka yang tidak punya, maka kita perlu jejaki mereka yang tidak punya ini lalu kita bantu seupaya mereka....
Inilah sebahagian hikmah puasa.....ia melahirkan keinsafan diri. Dalam apa jua bentuk dan keadaan sekalipun. Ada yang insaf betapa diri ini kerdil. Ada yang insaf bahawa hidup ini bukan semata dilingkungi oleh pengisian kesenangan lalu dengan berpuasa seseorang menyedari mesej yang RABBnya ingin sampaikan akan kesusahan dan keperitan lapar dan dahaga ini adalah jalan muraqqab kepada DIA.
Lalu jika kalian miliki sedikit kesenangan, hendaklah menjadikan ia sebagai suatu jalan yang mendekatkan diri kepadaNYA jua....bagaimana? Tidakkah jika kita miliki sedekit kelebihan wang dan harta lalu kita infaqkan untuk mereka yang susah dan miskin, makanya usaha untuk membantu itu bukan mudah. Tidakkah sebenarnya terdetik dalam diri rasa syak dan ragu sekurang kurang sebegini "nanti akan susut wang ku....nanti akan habis wang ku...aku mendapatkannya dengan usaha, susah payah...tidak semudah itu aku mahu memberikannya untuk orang lain.....aku punya keperluan lain yang mesti diutamakan....nantilah dulu, aku perlukan ia (wang dan harta ini) buat masa ini...tidak mengapa, nanti aku punya lebih lagi baru akan ku bantu mereka.....aku sekarang punya cukup cukup sahaja"....itulah kemungkinan sebahagian dari ungkapan dan rasa ragu ragu dalam hati...Justeru ia menyekat diri untuk mengambil tindakan yang konsisten dengan seruan Illahi dan seruan Nabi saw terutamanya di Ramadhan yang mulia ini.
Sebenarnya, apa yang perlu kita tanya pada diri di hari pertama puasa ini bukanlah persoalan " Aku akan buka puasa dengan makan apa hari ini!" Malah sepatutnya kita tanyakan kepada diri soalan "Siapa MEREKA yang akan aku taja hari ini untuk berbuka puasa" atau "Makanan apa yang akan aku beri untuk MEREKA berbuka puasa hari ini"...siapa mereka? Terpulang kepada kalian, samada ia si fakir, si miskin, si anak yatim mahupun yatim piatu, ibu tunggal, si cacaat, si buta, si ibnus sabiil, si musafir atau sesiapa sahaja samada jiran tetangga, sahabat dan kenalan atau sesiapa jua sekalipun. Tidak perlu menjamu dalam keadaan melampau hingga membazir, samada di hotel hotel mahupun restoran mewah. Cukup sekadar menjamu mereka dengan konsep "aku jamu mereka dengan apa yang aku makan untuk diriku juga"....
Alhamdulillah...inilah detik asas keinsafan yang perlu ada dalam diri. Jika ini berlalu dengan jayanya sehingga berakhirnya Ramadhan, cuba bayangkan bagaimana utuhnya perpaduan umat. Cuba bayangkan bagaimana sumbangan kecil kita mampu mengubah perpaduan ummah dengan lebih utuh lagi.....dan cuba lihat bagaimana jika setiap dari kita berbuat perkara yang sama, tidakkah nanti akan banyaknya doa rahmat, doa pengampunan mahupun gandaan pahala dari mereka yang ditaja, dari para malaikat lalu Allah menurunkan rahmat dan kasih sayangnya buat kita semua....tidakkah ini akan menatijahkan redhaNYA buat kita semua?
Ingatlah...kita adalah apa yang kita beri dalam kehidupan ini!
Allahumma taqabbal minna saumana, wa solaatanaa, wa duaa anaa, wa akmaalinaa....wa nas aluka Ya Rabb, redhaaka wa magfiratuka! Mabruuk alaikum
Jika sesiapa ingin turut serta menaja dan menyumbang majlis iftar (berbuka puasa) samada tajaan dalam bentuk barangan mahupun wang kepada anak anak yatim, anak yatim yang mengikuti dan mempelajari tahfiz, pelajar pelajar tahfiz, maka dengan segala hormatnya saya jemput kalian hadir ke
Pusat Tahfiz Az Zahrah
Lot 3266, Jalan Tempayan Emas 2
Paya Jaras Dalam
47000 Sg Buloh
TARIKH : 13 Julai 2013 (SABTU)
JAM : 6.00 pm
Aturcara:
Aturcara MAJLIS IFTAR adalah seperti berikut:-
6.30pm – Tadarus Al Quran bersama pelajar
7.30pm – Iftar
7.45pm – Solat Maghrib
8.10pm – Tazkirah
8.45pm – Solat Isya’
9.15pm – Solat Terawikh
10.00pm – Bersurai
(Tidak mengapa jika kalian tidak menyertai program/agenda sehingga habis, cukup sekadar IFTAR bersama sama)!
Kalian boleh membawa sumbangan berupa makanan seperti beras dan sebagainya atau kalian boleh menaja IFTAR tersebut (untuk tujuan ini kalian boleh membawa lauk pauk atau jika mahu pihak kami menyediakan, sila beri sumbangan wang kepada saya dengan kadar segera-insyaallah akan diuruskan)
Jika terdapat lebihan beras atau sumbangan wang dan lain lain barangan, ia akan disalurkan kepada Rumah Anak Yatim lain di sekitar Sg Buloh dan Kelang insyaallah.
SILA MAKLUMKAN KEHADIRAN KE ALWI 0193855152-boleh juga sms atau whatsapp kepada saya (JIKA INGIN HADIR DI MAJLIS IFTAR INI) BAGI MEMUDAHKAN URUSAN PENYEDIAAN MAKANAN.....
SILA MAKLUMKAN KEHADIRAN KE ALWI 0193855152-boleh juga sms atau whatsapp kepada saya (JIKA INGIN HADIR DI MAJLIS IFTAR INI) BAGI MEMUDAHKAN URUSAN PENYEDIAAN MAKANAN.....
No comments:
Post a Comment