Assalamualaikum wrt wbt...
Hadirnya jerebu adalah kesusahan dan kesulitan yang menimpa. Datangnya hujan menghapus jerebu dan menghilang kesulitan pada manusia. Kemudian?? Apa yea? Bersyukurlah, mohon ampunlah, insaflah...itulah seharusnya yang diperbuat!
Konsep susah kemudian senang ialah universal sifatnya. Ia adalah resmi kehidupan. Ia mencorak gaya dan kaedah berfikir dan bagaimana tindakan tindakan kehidupan perlu dilakukan. Ia mengajar mereka yang suka memahami bahawa, untuk senang perlu susah dahulu. Apa itu susah? Besar tafsirannya....ia mungkin berbentuk kesulitan tidak punya wang, tidak punya masa, tidak punya kehidupan bermakna, tidak bahagia, tidak punya kasih sayang, tidak punya keluarga, tidak punya apa apa dalam kehidupan ini, tidak punya kemahiran, tidak punya pengalaman, tidak punya ilmu dan pengetahuan, tidak punya jodoh, tidak punya anak, tidak punya rumah hatta tidak punya segenggam nasi untuk dijamah buat mengisi perut tengahari ini juga adalah sebahagian kategori ini. Ia berbagai. Ia berbeza untuk seorang individu dan individu yang lain. Masing masing punya pakej kehidupan yang berbeza.
Sebaliknya jika senang dahulu, maka akan susah kemudian, itu juga universal. Ini bukti dalam kehidupan. Ia termaktub dalam wahyuNYA, lihat Surah al Insyiraah.....perhati dan fahami. Ia 'in context' dengan ayat sebelumnya akan tetapi ia juga 'in context' dengan kehidupan kita sekarang. Tidak dapat lari darinya. Mulai lah bersusah susah dalam kehidupan, lalu kesenangan kan dinikmati. Samada di dunia ini ataupun di akhirat kelak. Jika di dunia ini diperolehi kesenangan itu, bersyukur lah, kelak DIA kan menambah nikmat kesenangan itu. Jika tidak diperolehi di dunia ini, bersabarlah, pasti di akhirat kelak kan diperolehi. Ingatlah janjiNYA.
Jika telah faham akan itu, jadi mengapa kita hari ini gundah gulana. Tidakkah Umar al Khattab r.a. pernah berkata, "Tidak akan kamu merasa gundah gulana jika kamu tahu apa yang kamu cari".... Ini ungkapan sekitar 1400 tahun hijrah yang lalu. Ia masih relevan hingga hari ini. Mengapa tidak kita berhenti sejenak, renungi dan dalami pengertian dan pelajaran dari wahyuNYA dan ungkapan sahabat besar ini di Jumaat yang mulia ini. Moga moga pengertian kan dikecapi di Jumaat yang berkah ini.
Justeru, perlu ada konsistensi dan perlu sentiasa istiqamah (persistent) dalam mengharungi kehidupan dalam lembayung susah senang ini. Begitu juga, utamanya ialah mengubah LANDAS FIKIRAN yang sentiasa tamak haloba untuk mencapai mahupun menggapai sesuatu secara mudah, ringkas dan penuh jalan singkat. Prinsip ini merbahaya kerana jika semudah itu mencapai sesuatu, maka tentunya semudah itu juga kehilangan sesuatu yang telah dicapai. Jika dalam konteks bicara ini seseorang itu mudah mencapai kesenangan berupa wang dan harta benda, maka begitulah jua seseorang itu akan begitu mudah juga untuk kehilangan wang dan harta benda yang diperolehi dalam berbagai dan bermacam cara.
Ia adalah perjuangan berterusan. Ia tidak terhenti dimana mana kecuali mati. Ia perlu diusahakan sampai bila bila samada ia telah tercapai atau tidak, namun, usaha tetap perlu dijalankan.
Kesusahan sebenarnya membentuk jiwa dan jati diri, sebegitu juga kesenangan. Maka jika jatidiri terbentuk hasil kehidupan yang susah maka seseorang itu kan lebih bersiap siaga dalam memperolehi kesenangan kerana kesenangan itu lebih sukar ditangani berbanding kesusahan. Orang yang senang biasanya tidak sedar tindakan dan percaturan yang dilakukannya sedang membawa dia menuju ke arah kesusahan manakala orang yang susah kan menyedari bahawa angin perubahan dalam kehidupannya sedang berlaku.
Tidakkah Nabi Muhammad saw yang kita kasihi dan cintai itu dahulunya susah? Tidakkah Islam ini dibangunkan oleh orang orang yang susah? Tidakkah keperitan dan kesulitan itu menjadi 'jamuan' mereka iaitu orang orang yang berjaya? Cuba fikirkan? Nabi saw menjadi yatim sejak kecil, tidak tahu membaca dan menulis, hilang tempat bergantung, yatim piatu sejak kecil, dibela pula oleh pengasuhnya, lalu kemudian kehilangan atuknya, kemudian bapa saudaranya Abu Talib, lalu kehilangan isterinya yang paling dicintai dan dikasihi Siti Khadijah r.a. (yang mempercayai Baginda dan mendokong perjuangan Baginda tatkala orang lain menghinanya, mengejinya), sejak kecil menggembala kambing (mengapa gembala kambing? sebenarnya lebih mudah menggembala unta dan lembu berbanding kambing!) kemudian berdagang dan selepas itu barulah Islam mula bertapak.....Ia laluan yang sukar. Sebegitu juga kita hari ini. Bersedialah untuk bersusah payah (aku mengungkap untuk diriku sendiri) dalam kehidupan ini agar kita kan menikmati habuan kesusahan itu dengan penuh sabar dan redha lalu menjadi suatu pengalaman yang sangat bermakna dalam kehidupan kita hari ini. Sesekali, tolehlah kebelakang.....
Apapun, langkah mula tetap perlu dilakukan bagi menghadapi perjalanan yang jauh dan panjang.....
Ungkapan ungkapan ini boleh memberi makna buat kalian akan tetapi utamakanlah ungkapan ungkapan dari wahyuNYA serta Rasulnya Muhammad saw kerana ia lebih 'afdhal'.....jangan menjadi begitu teruja dengan ungkapan ungkapan manusia.....akan tetapi ambillah kebaikan darinya!
“There were times of hardship when people forget the courage they need to keep fighting; and survive. But I think as long as we have something to believe in; to keep close in our hearts, courage will never truly leave us. We only have to reach deep in our heart to find it.”
― Sakura
“Nothing is predestined. The obstacles of your past can become the gateways that lead to new beginnings.”
― Ralph H. Blum
“Enclose your heart in times of need with the steel of your determination and your strength. In doing this, all things will be bearable.”
― Lora Leigh, Broken Wings
“The worse the passage the more welcome the port. ”
― Thomas Fuller
Inilah sebahagian inti pati diskusi yang kubicarakan selepas berakhirnya sesi peperiksaan tadi dengan pelajarku. Ku kongsikan buat semua para pelajar ku serta pembaca blog ini. Moga ia punya manfaat buat kalian. Jika ia salah dan silap, maafkan daku, sesungguhnya aku "tidak sempurna, aku hanya cuba menjadi sempurna seupaya mungkin)-kredit untuk isteriku yang kusayangi Sakinah Salleh, dia selalu menyebut ini dalam tulisannya"...terima kasih tidak terhingga buat isteriku kerana sentiasa menjadi pendorong buatku maju kehadapan dalam kehidupan yang singkat ini......tatkala aku jatuh dia di sisiku dengan izinNYA, begitu juga tatkala aku bangun dalam kehidupan ini...siapalah aku tanpa isteriku? Syukur pada MU Ya Rabb!
No comments:
Post a Comment