Saturday, July 20, 2013

Hanya punya 3 hari....tidak lebih dari itu.

Assalamualaikum wrt wbt....

Syukur alhamdulillah....Ramadhan ini menjengah lagi dalam keadaan diriku yang sebegini. Ini sudah cukup baik bagiku. Masih ramai yang tidak bernasib baik. Masih ramai yang seolah olah sentiasa dalam Ramadhan sepanjang tahun....bagi mereka kehidupan bukan lagi tarbiyyah diri sebulan dalam bulan Ramadhan akan tetapi realiti kehidupan adalah Ramadhan.


Mereka sentiasa lapar dan dahaga, kemiskinan membelenggu kehidupan. Hinggakan dalam satu sesi rancangan yang bersiaran di televisyen di sebuah negara Timur Tengah, sepemanggil bertanya "Adakah sah puasa kami tanpa sahur dan berbuka?"....apa maksudnya? Maksudnya ialah mereka sentiasa dalam keadaan lapar dan dahaga. Syukur Allah limpahkan ini buat kita di sini....marilah kita ingati mereka, fahami makna lapar dan dahaga bagi simiskin dan fakir, fahami maksud susah tiada punya apa apa lalu lapar dan dahaga bagai mainan hidup semata mata.

Hari ini kita mampu menyediakan juadah dari menu pelbagai. Malah kita bezakan setiap hari dengan menu berbeza. Jika menu yang sama, kita bosan dan jemu lalu makanan kan terbuang begitu sahaja. Lalu bagaimana pula mereka yang tiada menu dalam seharian berlapar dan dahaga. Asal ada yang boleh disuap. Tiada pilihan sepertimana kita.

Itulah salah satu dari banyak makna dan mesej yang tersirat dari berpuasa...adakah kita mengambil pelajaran darinya. Adakah kita masih orang yang sama? Atau sekarang mejadi lebih mengerti untuk mensyukuri nikmat....sudah cukup bagus kita punya menu yang berbeza setiap kali berbuka. Lalu adakah kita bersyukur? Malah sudah cukup baik dan bagus kita mampu memikir dan merancang untuk menikmati menu yang ada setiap hari berbanding mereka yang tidak punya kelebihan itu. Adakah kita tahu dan faham?

Ingatlah bahawa kita hanya punya 3 hari sahaja yang bukannya milik kita sepenuhnya, ia sekadar anugerah olehNYA. SEMALAM yang tidak mungkin kita kembali kepadanya lalu kita bazirkan ia dalam keadaan sia sia, HARI ini yang akan kita lalui samada penuh bermanfaat atau sia sia jua lalu meraih redhaNYA dan ESOK yang belum tentu akan kita tempuhi kerana khuatir MAUT yang singgah entah bila pada HARI ini. Justeru, jadilah insan yang bijak dan beruntung dalam tarbiyyah Ramadhan ini. Jangan dipersiakan #3 hari yang kita ada dalam kehidupan ini.....Jadilah kita insan yang lebih tinggi tahap prihatin dan kesedaran dalam Ramadhan ini lalu kita melaksanakan HIJRAH DIRI ketahap yang lebih dari satu peringkat ke peringkat yang lebih taqarrub kepada yang MAHA PENCIPTA.

Moga moga Allah terima puasa kita yang suci dari umpatan, kata kata nista, cacian, sindiran, perbuatan 'lagha' dan 'aasi' serta nafsu yang meliar. Inilah saatnya kita bangunkan Khalifah dalam Jiwa.......indahnya Ramadhan......
Amiin!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






No comments: