Jerebu yang melanda punya hikmah yang besar. Samada disedari atau tidak, itulah yang dapat ditelusuri saat ini. Hakikat ia penuh hikmah adalah fitrah yang universal dalam hidup ini. Jerebu adalah suatu perhubungan kemanusiaan. Ia berlaku disebabkan perbuatan manusia, dideritai oleh manusia sendiri dan hanya boleh dihilangkan dengan kehendakNYA.....
Ia adalah kebersamaan dalam soal menghadapinya. Semua orang terpalit tiada yang berkecuali. Walau ia berpunca oleh sebab seorang atau sebahagian kecil dari kita atau mereka di mana mana sekalipun, semua orang merasa bahananya jerebu ini. Angin yang Allah jadikan, meniupkan ia ke sini jika jerebu ini datangnya dari negara jiran tetangga. Siapa kan mampu menahan angin itu dari bertiup ke daerah ini? Tiada siapa kerana kita ini kerdil dan tidak mampu.
Inilah maksud kebersamaan ini. Saat ini, amatlah tidak wajar jika kita saling menuduh salah siapa, atau tanggungjawab siapa! Kita perlu bersama menghadapinya dan cuba menyelesaikan dalam apa jua cara yang mungkin.
Hikmah terbesar yang dapat diperhatikan ialah perlunya kita bersama menghadapinya samada dalam aspek mencegahnya atau mengatasinya melalui pelbagai usaha samada menggunakan teknologi, berubah sikap, memberi bantuan, mengenalpasti punca jerebu dan mengatasinya, mahupun memohon kehadrat Illahi agar menurunkan hujan bagi mengatasi masalah jerebu ini...
Hakikatnya, semua orang perlu memainkan peranan masing masing merentas sempadan geopolitik, sosio budaya dan sosio ekonomi. Pihak yang menjual penutup hidung sebagai contohnya, janganlah pula pada saat ini menjual dengan harga yang melampau atas dasar mengambil kesempatan terhadap pelanggan.
Jerebu ini mengingatkan kita mesej dalam Surah Ad-Dukhaann. Justeru, walau realitinya ia adalah kerana berlakunya pembakaran hutan yang berleluasa dan tidak terkawal, ia juga bermaksud betapa bumi ini sangat sensitif sekarang dek kerana usia bumi ini sudah sangat tua. Sehinggakan apabila berlaku kebakaran sebegini, ia menjejaskan alam sekitar dan menjejaskan semua orang dan makhluk Allah swt. Ia juga suatu bentuk azab yang Allah timpakan buat umat manusia dek kerana 'kerja tangan manusia' sendiri. Lalu akibatnya ialah semua insan dan makhluk terlibat menerima azabnya bencana ini.
Muhasabah lah diri saat ini, kembalilah kepada jalanNYA. Kembali disini bermaksud benar benar insaf, bukan hanya insaf sekadarnya, lalu dalam soal perintah dan laranganNYA kita ambil sebahagian lalu kita tinggalkan sebahagian.
Nukilan dari pemerhatianku yang kerdil! Aku bukan yang terbaik!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment