Assalamualaikum wrt. wbt.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA DAN BERKAT DARIPADA SAYA SEKELUARGA.....MOGA ALLAH TERIMA DAN REDHA DENGAN DIRI, AMALAN PUASA, SOLAT, QIYAAMULLAIL, DOA dan HIDUP KITA SEMUA DIBULAN RAMADHAN INI...Amiin!
Kita adalah apa yang kita beri dalam kehidupan ini. Begitu juga ungkapan 'what you sow you will reap'....jika kita lontarkan adalah kalimah kebaikan dalam ucapan, maka kita akan terima kebaikan ucapan dan ungkapan kalimah dalam kehidupan kita..
Life is full of choices...make your choices as it determines your directions...and live life to the fullest...forgive and forget...be happy!Google+
Showing posts with label berbuka puasa. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013
Sunday, July 29, 2012
Mencari erti Ramadhan....dengan TALAM!
Salam ukhuwwah....
Sudah hari ke 9. Alhamdulillah moga ia benar benar 'membakar' dan menjinak nafsu...lalu ia kan tunduk dengan IMAN! Kita biarkan IMAN bermaharaja lela kali ini. Biarkan ia berkuasa.....dan pastikan ia benar benar utuh dan tetap berkuasa ke atas nafsu sehingga ketemu Ramadhan yang akan datang dengan izinNYA.
Sayugia ingin dikongsi....sudah menjadi tradisi sebenarnya setiap petang di bulan Ramadhan...ramai yang akan berkunjung ke Bazar Ramadhan....alhamdulillah, kalian akan saksikan ramainya orang kita, umat Islam berniaga berbagai juadah dan kuih muih! Syukur kita kepadaNya kerana dilimpahi olehNya dengan berbagai rezeki hinggakan makanan tidak sukar ditemui berbanding di Ethiopia atau negara negara yang kebulur ditempat lain....kasihan kepada saudara saudara kita yang menyambut Ramadhan dalam kebuluran dan peperangan! Masyaallah....

Kembali kepada Bazar Ramadhan tadi.....cumanya pada pandangan saya agak menyedihkan dalam keadaan tertentu, si penjual tidak tutup aurat, si pengunjung juga tidak tutup aurat. Malah ramai yang menyangka dirinya telah menutup aurat, walhal auratnya tidak tertutup dengan sempurna. Bagi yang wanita, menutup aurat menggunakan fesyen terkini berjenama atau beraliran 'bungkusan nangka'...ketat dan sendat. Memakai tudung akan tetapi bajunya sendat dan ketat, itulah ketidak sempurnaan menutup aurat. Kelihatan 'babat' atau ladang ladang lemak di sana sini sama sahaja samada lelaki mahupun perempuan. Bagi lelaki pula, berseluar pendek, tentunya itu juga tidak menutup aurat, mata pula meliar melihat adegan percuma 'wayang gambar' fesyen 'bungkusan nangka'...masyaallah!
Kita berpuasa bukan hanya menahan lapar akan tetapi berpuasa anggota tubuh badan dan hati dari melakukan maksiat! Inilah puncanya aku tidak lagi berkeinginan untuk singgah dan bersiar siar di Bazar Ramadhan. Marilah kita perbaiki kelemahan, marilah kita sempurnakan seruan menutup aurat! Jangan kita men'dosa'kan orang lain kerana diri kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna lalu membuatkan orang lain mendapat dosa dek kerana maksiat mata! Begitu sang penjaja yang telah membuat persiapan berniaga dan menjaja sejak jam 3 petang lagi.....jangan terbabas hingga meninggalkan solat asar! Jangan terlalu asyik berniaga di Bazaar Ramadhan akan tetapi diri itu menyelinap di dalam van lalu sedang meratah ayam goreng dan nasi atau apa apa sekalipun (nauuzubillah...ini ku saksikan sendiri pada Ramadhan 3, 4 tahun yang lepas, seorang pakcik yang berniaga di Bazaar Ramadhan berdekatan rumahku)! Jangan berpura berpura dengan Allah! Jangan permainkan Allah. Kita boleh menipu manusia, akan tetapi jangan tipu Allah kerana kita sememangnya tidak mampu membuat tipudaya untuk menipu Allah. DIA tahu apa yang kita lakukan!
Jika aku punya keperluan untuk lauk tertentu, aku sudah menjadi pelanggan tetap, hanya perlu sms atau order melalui telefon sahaja, maka makcik itu akan menyimpankan lauk untuk ku ambil kemudian nanti! Lagipun aku memang tidak gemar membeli lauk diluar kecuali jika ada kekangan kekangan yang pelbagai! Aku lebih sukakan masakan isteriku di rumah! Apa yang menjadi perhatianku ialah aku cuba mengelakkan 'ajinomoto infested food' (bak kata teman ku Sdra Budi alFahmi) tempohari......dan aku tidak berapa gemar dengan senario penjaja 'mee segera' ini....maksud aku ialah apabila bukan bulan Ramadhan, dia tidak berniaga pun, tetapi apabila tiba Ramadhan, dialah peniaga segera....tidak salah, cuma aku lebih gemarkan penjaja yang konsisten berniaga sejak dulu hingga kini, lagipun aku sudah pasti gaya masakan dan kualiti masakannyang dimasaknya.
Semalam, aku sekeluarga ke Putra Heights kerana menerima jemputan teman baik isteriku untuk berbuka puasa dan menghadiri program Tazkirah di pejabatnya! Kami pergi kerana memenuhi jemputan sang teman. Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar! Cukup ramai yang memenuhi surau pejabat sang teman yang mengundang itu, yang boleh memuatkan kira kira 80 orang pada satu satu masa! Aku seronok kali ini kerana aku belajar keberkatan dengan hidangan talam! Kami berbuka dengan makan beramai ramai yang disediakan didalam talam! Kami berkerumun sekitar 4-5 orang satu talam...Ia cukup, ia merapatkan ukhuwwah, ia berkat dan ia seronok! Itulah kesimpulan yang aku boleh ambil dengan konsep makan hidangan yang disajikan dalam talam secara beramai ramai! Bagiku, ini sudah menjadi suatu penemuan Ramadhan untuk hari ke 8 ini, alhamdulillah, ia begitu bermakna sekali!....ada juga para hadirin yang memilih makan dengan pinggan masing masing secara 'buffet'...tiada masalah. Cuma kegirangan dan kepuasan kudapati dengan makan bertalam....alangkah bagusnya jika boleh diamalkan selalu begini. Ia ringkas dan sangat bermakna untuk menyemarakkan ukhuwwah! Ia juga mendatangkan keberkatan sebab ia juga salah satu sunnah Nabi saw!.......
Kita berpuasa bukan hanya menahan lapar akan tetapi berpuasa anggota tubuh badan dan hati dari melakukan maksiat! Inilah puncanya aku tidak lagi berkeinginan untuk singgah dan bersiar siar di Bazar Ramadhan. Marilah kita perbaiki kelemahan, marilah kita sempurnakan seruan menutup aurat! Jangan kita men'dosa'kan orang lain kerana diri kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna lalu membuatkan orang lain mendapat dosa dek kerana maksiat mata! Begitu sang penjaja yang telah membuat persiapan berniaga dan menjaja sejak jam 3 petang lagi.....jangan terbabas hingga meninggalkan solat asar! Jangan terlalu asyik berniaga di Bazaar Ramadhan akan tetapi diri itu menyelinap di dalam van lalu sedang meratah ayam goreng dan nasi atau apa apa sekalipun (nauuzubillah...ini ku saksikan sendiri pada Ramadhan 3, 4 tahun yang lepas, seorang pakcik yang berniaga di Bazaar Ramadhan berdekatan rumahku)! Jangan berpura berpura dengan Allah! Jangan permainkan Allah. Kita boleh menipu manusia, akan tetapi jangan tipu Allah kerana kita sememangnya tidak mampu membuat tipudaya untuk menipu Allah. DIA tahu apa yang kita lakukan!
Semalam, aku sekeluarga ke Putra Heights kerana menerima jemputan teman baik isteriku untuk berbuka puasa dan menghadiri program Tazkirah di pejabatnya! Kami pergi kerana memenuhi jemputan sang teman. Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar! Cukup ramai yang memenuhi surau pejabat sang teman yang mengundang itu, yang boleh memuatkan kira kira 80 orang pada satu satu masa! Aku seronok kali ini kerana aku belajar keberkatan dengan hidangan talam! Kami berbuka dengan makan beramai ramai yang disediakan didalam talam! Kami berkerumun sekitar 4-5 orang satu talam...Ia cukup, ia merapatkan ukhuwwah, ia berkat dan ia seronok! Itulah kesimpulan yang aku boleh ambil dengan konsep makan hidangan yang disajikan dalam talam secara beramai ramai! Bagiku, ini sudah menjadi suatu penemuan Ramadhan untuk hari ke 8 ini, alhamdulillah, ia begitu bermakna sekali!....ada juga para hadirin yang memilih makan dengan pinggan masing masing secara 'buffet'...tiada masalah. Cuma kegirangan dan kepuasan kudapati dengan makan bertalam....alangkah bagusnya jika boleh diamalkan selalu begini. Ia ringkas dan sangat bermakna untuk menyemarakkan ukhuwwah! Ia juga mendatangkan keberkatan sebab ia juga salah satu sunnah Nabi saw!.......
Sunday, July 22, 2012
Ini perang yang satu lagi...siri 1!
Salam ukhuwwah...
Sekadar kongsi rasa...
......jika hari ini umur kita adalah sekitar 40an, maka maknanya sudah kira kira 33 tahun kita menyambut Ramadhan ini...itupun jika kita telah mula berpuasa sejak umur 7 tahun lagi. Mungkin ada yang bermula awal, malah ada yang bermula lewat!
Hakikatnya...setiap tahun selama 33 tahun ini kita hadir dalam perang yang satu lagi ini....pernahkah sekali kita toleh sebentar kebelakang dan lihat diri dalam tempoh dan julat masa selama 33 tahun itu? Apa yang mahu dilihat? Tentunya kesan tarbiah di madrasah Ramadhan ini! Dimana kita dahulu dan bagaimana kita sekarang!
Mungkin beberapa soalan boleh ditanya kepada diri dalam tempoh 33 tahun berada di madrasah Ramadhan setiap kalinya:
1) Sepanjang 33 tahun berbuka puasa...berapa kali kita benar benar berbuka puasa dengan cara Rasulullah saw yang kita kasihi dan cintai...sekadar mahu merasai keadaan dan cara hidupnya! Hanya dengan sekitar 7 biji kurma dan air serta sepotong roti! Begitu juga bersahur! Cuba tanyakan pada diri, kirakan berapa hari kita mencuba merasai berbuka puasa dan bersahur mengikut cara Rasulullah....1 hari, 2 hari, 3 hari atau tidak pernah pun sekali sepanjang 33 tahun?
Inilah namanya perang yang satu lagi!
Inilah perkara yang perlu kita tanyakan pada diri hari ini.....sejak diberi peluang dan masa oleh Illahi, berapa kalikah kita berbuat sedemikian hanya sekadar kita ingin menjadi umat Nabi Muhammad saw...cukupkan sekadar kita mengungkap kita umat Nabi Muhammad saw dan mengharap syafaatnya di akhirat kelak, tapi kita tidak mengikuti jejak langkahnya, caranya menjalani kehidupan dan juga sunnah Baginda dalam beragama dan kehidupan! Benar....kita berbuat sekadar termampu....namun benarkah kita sudah berusaha sebegitu rupa!
Sudahkah kita berusaha dengan sedaya upaya untuk mencontohi cara Nabi berbuka puasa dan melaksanakan cara Nabi bertarawikh? (hanya sekadar menunjukkan kepada kalian semua dua perkara sahaja dalam coretan kali ini....akan kubicarakan lagi aspek aspek lain dalam coretan yang lain)...SETAKAT MANA USAHA KITA UNTUK MENCONTOHI CARA NABI SAW? Sudahkah kita tunjukkan dengan kesungguhan yang sebenarnya bahawa kita telah mengikuti cara dan contoh ikutan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw biarpun tidak kesemuanya namun sekurang kurangnya dalam konteks hari ini dan bulan ini ialah dalam soal berbuka dan bersahur!.....Bayangkan! Sudah 33 tahun kita 'melantak' semahunya, sudah kira kira 990 hari berpuasa sepanjang 33 tahun Ramadhan jika setiap kalinya kita berpuasa 30 hari (benar ada bulannya kita hanya berpuasa cukup 29 hari sahaja)....dan tidak satu hari pun berlaku lalu kita contohi cara Nabi saw berbuka dan bersahur yang penuh kesederhanaan! Umat apakah kita ini???? Tak malukah kita kepada kepada Junjungan Rasulullah saw????
Sebanyak inikah menu dan lauk berbuka puasa????
Coretan ini kuhamparkan buat diriku dan kalian, agar kita sama sama mengimbau diri kita dan nasib diri kita....jadilah umat Muhammad saw yang paling sederhana dalam soal makan, jangan dituruti nafsu yang membuak membuak.....cukuplah Ramadhan tahun ini kita mulai dengan sederhana sekali...ingatlah bahawa jika kita ungkap kasih sayang dan cinta kepada Rasulullah saw, maka sebetulnya, sewajibnya kita membuktikan ungkapan itu bukan sekadar kata kata akan tetapi tindakan dan perbuatan! Jangan bersikap hipokrit!...buktikanlah walau sekadar kali ini, walau sekadar hari ini! Buktikanlah kepada diri!
Ayuh..kita layani perang yang satu lagi ini penuh kekuatan jiwa!.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sekadar kongsi rasa...
......jika hari ini umur kita adalah sekitar 40an, maka maknanya sudah kira kira 33 tahun kita menyambut Ramadhan ini...itupun jika kita telah mula berpuasa sejak umur 7 tahun lagi. Mungkin ada yang bermula awal, malah ada yang bermula lewat!
Hakikatnya...setiap tahun selama 33 tahun ini kita hadir dalam perang yang satu lagi ini....pernahkah sekali kita toleh sebentar kebelakang dan lihat diri dalam tempoh dan julat masa selama 33 tahun itu? Apa yang mahu dilihat? Tentunya kesan tarbiah di madrasah Ramadhan ini! Dimana kita dahulu dan bagaimana kita sekarang!
Mungkin beberapa soalan boleh ditanya kepada diri dalam tempoh 33 tahun berada di madrasah Ramadhan setiap kalinya:
Inilah namanya perang yang satu lagi!
Inilah perkara yang perlu kita tanyakan pada diri hari ini.....sejak diberi peluang dan masa oleh Illahi, berapa kalikah kita berbuat sedemikian hanya sekadar kita ingin menjadi umat Nabi Muhammad saw...cukupkan sekadar kita mengungkap kita umat Nabi Muhammad saw dan mengharap syafaatnya di akhirat kelak, tapi kita tidak mengikuti jejak langkahnya, caranya menjalani kehidupan dan juga sunnah Baginda dalam beragama dan kehidupan! Benar....kita berbuat sekadar termampu....namun benarkah kita sudah berusaha sebegitu rupa!
Coretan ini kuhamparkan buat diriku dan kalian, agar kita sama sama mengimbau diri kita dan nasib diri kita....jadilah umat Muhammad saw yang paling sederhana dalam soal makan, jangan dituruti nafsu yang membuak membuak.....cukuplah Ramadhan tahun ini kita mulai dengan sederhana sekali...ingatlah bahawa jika kita ungkap kasih sayang dan cinta kepada Rasulullah saw, maka sebetulnya, sewajibnya kita membuktikan ungkapan itu bukan sekadar kata kata akan tetapi tindakan dan perbuatan! Jangan bersikap hipokrit!...buktikanlah walau sekadar kali ini, walau sekadar hari ini! Buktikanlah kepada diri!
Ayuh..kita layani perang yang satu lagi ini penuh kekuatan jiwa!.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)