Friday, December 21, 2012

Jom salahkan orang lain!

Salam ukhuwwah, salam Jumaat yang mulia....

Ungkapan dari seorang yang aku hormati malam tadi (aku juga senada dengannya dalam hal ini)...ia berbunyi hampir sebegini "kita tidak tahu dan selalu alpa bahawa kita lebih bernasib baik dari orang lain...." Ia ungkapan yang benar. Jika kita tidak susah dan tidak merasai kesusahan dan kepayahan, hatta betapa banyak atau sedikitpun kesusahan itu, kita sebenarnya tidak akan tahu betapa bernasib baiknya hidup kita ini selama ini.

Sedari atau tidak, kita telah kehilangan nilai "APPRESIASI" atau "RASA BERTUAH" yang sepatutnya diterjemah dalam bentuk kesyukuran kepada Allah swt. Kesyukuran ini pula diterjemah lanjutnya dalam bentuk pemikiran dan perbuatan. Adakah ada makna syukur atau bertuah itu jika seharian kita asyik mengeji dan sentiasa tidak berpuashati dengan kehidupan kita ini. Seharian kita 'marahkan' orang lain, itu tidak kena, ini tidak kena. Apakah sudah hilang 'kebaikan' langsung pada diri sifulan dan sifulan itu hingga hampir setiap hari kita terjemahkan kemarahan itu dalam bentuk makian, sinis, sindiran dan kejian! Apakah jenis manusia kita ini yang berbuat sedemikian?? Aku sendiri bimang jika sebegitu...aku bimbang jika sentiasa tidak berpuashati dengan keadaan lalu bersikap menyalahkan orang lain atas keadaan itu!

Ada beberapa persoalan yang berbangkit dari ungkapan sedemikian, antaranya;
  1. "Ramai orang lain dari negara lain berbondong bondong datang ke Malaysia untuk mencari kehidupan yang lebih baik, lalu KITA di sini mengungkap betapa teruknya kehidupan di negara ini..."....ini dalam konteks dan perspektif negara kita ini. Jika difikirkan sedalamnya, jika Malaysia ini teruk, tentu ramai orang tidak mahu datang ke sini mencari kehidupan yang lebih baik di sini! Akan tetapi mengapa kita masih fikir tanahair kita ini teruk?
  2. Jika kehidupan kita teruk, mengapa kita asyik menyalahkan orang lain? 
  3. Adakah dengan menyalahkan orang lain itu akan menyebabkan kehidupan kita lebih baik? 
  4. Adakah dengan menyalahkan orang lain itu akan menyelesaikan masalah kita?
  5. Adakah beralasan bahawa faktor ORANG LAIN itulah yang menyebabkan kehidupan kita teruk?
  6. Tidakkah kita fikirkan bahawa kehidupan kita menjadi teruk kerana kita sentiasa menyalahkan orang lain berbanding menyalahkan diri sendiri?
  7. Bagaimana proses MUHASABAH atau "mengira nasib diri" atau "belajar dari kesilapan diri" akan berlaku jika kita sentiasa menyalahkan orang lain, beralasan bahawa ia adalah sebab musabab orang lain lah yang menyebabkan kehidupan kita teruk? 
  8. Jika begini lah sikapnya kita ini, adakah kita ini umat ISLAM yang mendokong 'Khaira Ummah'? Adakah ciri ciri utama 'khaira ummah' ini ialah menyalahkan orang lain? 
  9. Khas kepada umat Islam di Malaysia....soalan saya ialah; Islamkah kita jika kita asyik menyalahkan orang lain?
  10. Jika 28 juta rakyat Malaysia dan 14@17 juta umat Islam Melayu di Malaysia ini masing masing menyalahkan orang lain berbanding menyalahkan diri sendiri, fikirkan suatu hari nanti, siapa lagi yang perlu dituding dan disalahkan untuk menanggung beban teruknya kehidupan sendiri? Justeru, bilakah kemajuan dunia dan ukhrawi akan dicapai jika begini sikapnya?
Jika kalian rasa bahawa menyalahkan orang lain itu adalah suatu perbuatan yang mulia, sesuatu yang sangat diseru, sesuatu yang sangat disaran oleh Nabi Muhammad saw maka saya seru JOM SALAHKAN ORANG LAIN!

Jika tidak sedemikian, JOM SALAHKAN DIRI SENDIRI, JOM MUHASABAH DAN PERBETULKAN DIRI SENDIRI...jika sedemikain, soalan diatas boleh diulang sekali lagi dan kali ini, kita ungkapkan bahawa ia SALAH DIRI SENDIRI, maka pembetulan, perubahan, hijrah diri perlu dibuat agar kehidupan menjadi lebih baik! ini tentunya sangat rasional kan??

Jadilah INSAN yang lebih menghargai nikmat, bersyukur dengan kehidupan, menghargai apa yang ada dan jangan diungkap kita orang yang bersyukur akan tetapi mulut, kata kata, perbuatan tidak sedemikian! 

Nota ini aku titipkan  untuk aku mengingati diri sendiri dan cuba untuk mengingatkan kalian! Perbetulkan tanggapan dan cara berfikir agar kita benar benar menjadi INSAN yang BERSYUKUR dan MENGHARGAI dengan apa yang telah DIA kurnia dalam kehidupan ini! Insyaallah!

Friday, December 14, 2012

Menumpukkan ganjaran!

Salam ukhuwwah...



Diri membentuk sikap, sikap lahir dari diri. Sikap setiap individu yang bergabung antara satu sama lain akan membentuk sikap masyarakat. Sikap masyarakat ini akan menjadi budaya, budaya ini punyai nilai tersendiri. Jika positif maka positiflah masyarakat atau kumpulan. Jika negatif, maka negatiflah natijahnya. Sikap yang positif wujud dari input yang positif. Jika input negatif, maka sikap negatif lah yang terbentuk.

Sikap diri ini juga yang memberi kesan kepada cara berfikir? Adakah sedemikian? Atau sebenarnya pemikiran membentuk sikap? Dari mana datangnya pemikiran? Sumber paling jelas ialah ILMU. Ia adalah input input pemikiran. Tanpa ilmu, maka pemikiran akan jadi jumud. Kejumudan ini membentuk sikap atau melahirkan kebodohan dan kejahilan. Walau apa teorinya, perlu diingat bahawa input itu penting dalam membentuk sikap dan pemikiran! Dari mana datangnya ILMU? Dari Allah jua ia datang dan kembali! Justeru, telusurilah wahyuNYA kerana ia terkandung segala macam ilmu yang membentuk pemikiran dan sikap.


Cuba sesekali perhatikan kenyataan dan 'posting' yang ada dilaman sosial seperti Facebook. Kalian akan terlihat beberapa aliran pemikiran atau kenyataan yang kalian boleh fahami sebagai manifestasi pemikiran dan sikap! Lihat kecenderungan, lihat gaya dan bentuk semua kenyataan tersebut! Mana yang positif? Mana pula yang negatif? Perhatikan dan buatlah pilihan! Pilihan sentiasa ditangan kalian! Jika pilihan yang baik dan mengutamakan kebaikan, maka akan tercernalah sikap dan pemikiran yang baik, manakala sebaliknya!

Ada sesetengah pemikiran terpencar sebagai sikap yang selalu bergantung, sikap yang selalu menyalahkan keadaan atau orang lain! Ini budaya tidak sihat! Apa sebabnya? Harus diingat, apa yang kita ungkapkan dilaman sosial akan menjadi tatapan orang lain, dan akhirnya kesan darinya akan turut membentuk pemikiran orang lain! Jika input kita positif, maka orang lain akan turut terkesan dengan sikap positif tersebut manakala sebaliknya. Justeru, jika kita memberi kenyataan negatif sentiasa, itu ertinya pada masa yang sama, kita turut mengajak. membawa, memberi input negatif kepada orang lain! Soalan saya BERDOSA atau TIDAK kah tindakan kita sebegitu? Berdosakah kita jika kita memberi input negatif, lalu input tersebut turut menyebabkan orang lain turut menjadi negatif! Tentunya kita berdosa, lalu dosa itu terus menjadi rantaian yang tidak putus apabila orang lain tersebut turut memberi dan menyambungkan kenyataan negatif tersebut kepada orang lain....akhirnya, berganda gandalah dosa yang kita sebarkan melalui laman sosial! Siapa yang rugi??? Sebaliknya jika input positif kita sebarkan, lalu ia akan turut sama menjadi berganda ganda seperti mana dosa juga turut berganda!

Harus diingat, KITA ADALAH APA YANG KITA BERI DALAM KEHIDUPAN INI....jika kita lontarkan najis, maka percikan najis tersebut akan terkena kepada diri, jika kita lontarkan kebaikan, maka kebaikan jugalah yang mendatangi diri! Mengapa perlu kita menyalahkan keadaan kehidupan yang berlaku, musibah yang berlaku dengan menyalahkan orang lain walhal tidakkah kita ingat bahawa mungkin suatu ketika dahulu kita pernah melontarkan kekejian perbuatan, sikap dan tingkah laku malah tuturkata, lalu "percikan" lontaran itu tiba pada hari ini, terkena pada diri sendiri! Apakah kita lupa?? Ya...manusia mudah lupa! Manusia mudah menyalahkan keadaan, mudah menyalahkan orang lain berbanding menyalahkan diri sendiri lalu saat menyalahkan diri sendiri itulah manusia perlu langsung bermuhasabah dan membuat pembetulan yang sepatutnya agar perkara sama tidak berulang! Ini isu paling asas sekali dalam kehidupan kita! Apakah kita lupa???

APA YANG KITA DAPAT PADA HARI INI ADALAH APA YANG KITA 'TANAM' PADA MASA LALU.....what we sow we will reap! Sowing the best and so reaping the best in life! Apa yang perlu dilakukan ialah membentuk dan menjadi KHALIFAH kepada DIRI sendiri.....bangkitkan khalifah jiwa dalam diri...kalian kan ketemu bahagia!

Sekadar lontaran di pagi Jumaat ini......


Thursday, November 29, 2012

Permata itu milikku

Salam ukhuwwah...

Click to show "Diamond" result 10Bayangkan pada saat ini kalian punya sebutir permata yang paling indah, lantas menjadi paling mahal, paling bererti, paling bernilai, tiada duanya, tidak sama dan serupa seperti permata permata yang lain, hanya satu itu sahaja lantas kalian biarkan ia tidak dijaga, tidak disimpan baik baik, membiarkan ia berdebu, tidak berjaga, tidak diurus...apakah KITA ini? Tidakkah permata yang indah itu adalah amanah buat diri kalian! tidak mungkinkah bahawa permata itu akan hilang begitu sahaja, atau permata itu menjadi rosak dan tidak bernilai lagi? Apakah KITA ini? Punya sesuatu yang paling berharga dari segala galanya yang ada di dunia ini akan tetapi membiarkan ia seperti barang buruk...melayannya seperti sampah?

 IMAN...ia umpama permata yang paling indah, paling mahal, paling bernilai dari segala galanya di dunia ini! Walau hakikatnya IMAN tidaklah sama atau boleh disamakan dengan PERMATA kerana IMAN lebih bernilai dari dunia dan segala isinya! Lalu kita permainkan anugerah terhebat yang berlaku dalam hidup ini hanya kerana kita terpesona dengan dunia dan isinya! Gemerlap cahaya IMAN itulah yang perlu terus dipelihara, perlu dijaga sebaiknya malah perlu digilap sentiasa agar ia terus murni, gemilang dan menawan. Jangan jadikan ia diselimuti debu dan kotoran bagai sampah yang terbuang!

Tanpa IMAN apalah KITA ini....binalah IMAN di hati agar diri bisa membina KHALIFAH JIWA yang berpandu kepada alQuran dan asSunnah, agar sentiasa berada di jalan yang benar dan dapat menuju hidup yang bahagia di dunia dan akhirat!

Sunday, November 25, 2012

Transformasi Hijrah Diri....

Salam ukhuwwah...

Dakwah itu sunyi, dakwah bukan sekadar dimulut, akan tetapi dizahir dengan perbuatan, menjadikan diri sebagai contoh ikutan yang baik, akhlak yang terpuji! Ia tidak mudah, ia jerih dan payah! Akan tetapi bersamanya hadir segala rahmat Allah, belas ihsanNya....

Kerja dakwah bukan bermusim, kerja dakwah tidak boleh berseorangan, ia perlu kumpulan kerja! Dakwah memisahkan yang hak dari yang batil! Ia tidak bercampur antara keduanya! Ia perlu kreatif dan innovatif! Kebersamaan perlu dalam kerja kerja dakwah!

Tanggal 10 Muharram 1434H, atau 24 November 2012....maka berlangsunglah program appresiasi yang mengajak warga UIA kepada transformasi hijrah diri bersempena dengan datangnya Hari Asyura tanggal 10 Muharram! Pada tarikh hijrah ini berlaku banyak peristiwa besar zaman berzaman....antaranya ialah kemenangan Nabi Musa melawan yang batil dan tenggelamnya Firaun ditelan Laut Merah! Sesungguhnya, jika direnung sejenak, 10 Muharram ini umpama suatu garis pemisah antara yang HAK dan BATIL...garis masa yang memisahkan kebenaran dengan kebatilan berdasarkan peristiwa peristiwa hebat yang berlaku sepanjang zaman dan tamadun manusia!

Nabi Ibrahim a.s. selamat dari api besar Raja Namrud, Nabi Yunus a.s. akhirnya dapat keluar dari perut ikan paus, bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh dan berbagai lagi peristiwa besar berlaku pada 10 Muharram! Masyaallah! Justeru, seiring dengan itu, program Transformasi Hijrah Diri (THD) ini dianjur dengan pengisian muhasabah diri, ajakan ajakan hijrah diri, dengan selawat dan doa mohon keampunan, dan menjadi platform agar usaha mengajak, usaha mengisi masa dengan gelombang Hijrah Diri yang dihadiri oleh ratusan mahasiswa UIAM dengan kerjasama, tajaan Tabung Haji dan Kelan TaHa@U serta majlis perwakilan pelajar UIA! Ia titik mula program THD ini dengan pelancaran yang dibuat pada tanggal 1 Muharram 1434H di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA yang lalu! Akan menyusul sedikit masa lagi program 'road tour' seumpamanya di IPTA dan IPTS yang lain! Moga moga usaha kecil ini kan membawa manfaat buat semua terutamanya para MAHASISWA buat persiapan mereka terjun ke dalam masyarakat apabila mereka telah selesai pengajian!

Slot bual bicara yang disampaikan oleh Ustaz Akhil Hayy telah berlangsung dengan jayanya...jangan bersikap 'suuk dzon'....terimalah pengisian yang diberi dengan hati terbuka dan positif kerana itulah sikap pendakwah sejati! Isi dan kandungan yang disampaikan oleh Ustaz Akhil Hayy amat bertepatan dengan kandungan ajakan muhasabah Hijrah Diri yang disampaikan Mir Hazil Azran Ramli diawal program THD....

Terimakasih Tabung Haji selaku penaja utama, terimakasih UIA kerana memberi ruang buat tim THD melangsungkan kerja dakwah ini, terimakasih Koperasi Khalifah Jiwa Selangor Berhad kerana menjadi penggerak dan pendorong kejayaan program ini, terimakasih Tim THD, iQuest Training and Consultancy, No Noise Percussion dan adik adik dari Qasidah alFurqanni...terimakasih semua kerana menjadikan apa yang pada awalnya suatu kemustahilan namun dengan izinNYA ia menjadi kenyataan! Sekali lagi kepada penghargaan tertinggi kepada pihak TABUNG HAJI kerana atas sokongan dan sumbangan mereka, maka program ini berjaya direalisasikan! Terimakasih TABUNG HAJI!

Ikuti slot video THD di youtube atau www.facebook.com/alwi (https://www.facebook.com/photo.php?v=4536413179881) atau di Facebook Transformasi Hijrah Diri untuk menyelami genta rasa dan menyubur jiwa Demi Fitrah, Demi Sunnah dan Demi Amanah....JOM HIJRAH!!!....ayuh mulakan THD dalam diri...binalah KHALIFAH JIWA kalian semua dengan berpandu KOMPAS JIWA!!

Dimana perlu bermula?? Mudah sahaja....Hadiri sesi seminar sehari THD-Kompas Jiwa untuk memulakan langkah kalian! Layari blog ini atau blog transformasihijrahdiri.blogspot.com atau Facebook Transformasi Hijrah Diri

Dan jangan lupa dapatkan buku terbaru nukilan saya dan isteri Sakinah Salleh....KOMPAS JIWA: Menuju Jalan yang Benar, Mencari Jiwa yang Bahagia dipasaran tidak lama lagi! Insyaallah!

Moga usaha kecil ni kan memberi manfaat kepada seluruh ummah! Allahumma Yassir!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.







Friday, November 23, 2012

Bayang bayang....

Salam ukhuwwah!

Sepagi Jumaat ini aku tiba tiba tersedar dan teringat akan ungkapan suatu kata kata yang pernah ku baca suatu ketika dahulu....."JIKA ENGKAU MENGEJAR BAYANG BAYANG, TIDAK MUNGKIN ENGKAU AKAN MENDAPATNYA, AKAN TETAPI JIKA ENGKAU BERPALING DARINYA, SUDAH TENTU BAYANG BAYANG AKAN MENGEJARMU".....

Inilah keberkatan Jumaat...sekurang kurangnya aku terpanggil untuk bicara tentang ungkapan di atas. Sesungguhnya benarlah adanya bahawa dalam kehidupan kita di dunia ini, tidak dapat tidak, kita perlu cetusan! Cetusan cetusan inilah yang merangsang daya pemikiran! Apalah kita ini jika hanya hidup tanpa punya pemikiran? Pemikiran inilah yang akan menentukan pemahaman diri terhadap kehidupan, lantas membentuk tindakan tindakan khusus dan memberi makna dalam tindakbalas tindakbalas tertentu terhadap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan sehari hari.

Justeru, aku termenung panjang memikirkan ungkapan diawal mula nukilan ini. Maaf, aku sudah lupa siapa yang mengungkapnya namun ia sangat benar benar bermakna bagiku! Ia adalah manifestasi kefahaman seorang insan terhadap kehidupan dan isi dunia ini. Si fulan itu merujuk ungkapan itu kepada kaedah kita meladeni kehidupan dan dunia ini. Dengan kata lain, jika kehidupan ini berupa sesuatu yang sentiasa kita kejar, maka kita tidak akan dapat sekalipun untuk memilikinya, manakala sebaliknya jika kita fokuskan inisiatif diri terhadap amalan dan ibadah kepada Yang Esa....kalian akan melihat bahawa dunia akan mengejar kalian...di saat itu, dunia menjadi sudah tidak bermakna kerana manisnya ibadah kepada Yang Esa itu mengatasi segalanya.

Aku pernah membiarkan diriku mengejar bayang bayang itu.....suatu ketika dahulu! Tiada apa pun yang aku capai! Aku membazirkan umurku hanya untuk menghabiskan tenaga mengejar bayang bayang! Ia sangat dekat namun tidak tercapai! Kini aku rasa rugi, aku sudah kehabisan sisa umur! Alangkah ruginya aku, walhal banyak peluang yang ada itu jika aku tujukan buat mengejar akhirat....tidakkah aku beruntung?? Ia seolah olah aku sedang membuat suatu pusingan besar dalam kehidupan ini lagi sekali. Walhal, jika awalnya aku membuat pusingan itu, tentulah aku orang yang beruntung hari ini (ini sekadar anggapan). Namun hakikatnya, mungkin inilah ibrah yang DIA mahu beri kepada diri ini agar mampu bermuhasabah dan menyesali perkara sia sia yang berlalu itu lalu memperbaiki dalam saat dan masa yang tersisa. Jika tidak demikian mana mungkin seruan hijrah akan dapat disahut?? Itulah pengajaran yang sebenarnya. Suatu pengajaran yang sangat mahal harganya. Ia menghabiskan separuh dari usiaku hanya untuk memahami pengajaran dan ibrah kehidupan ini.

Aku tidak sesal, cuma sedikti terkilan namun aku cukup mengerti, demikianlah Rabbku mengajarku erti kehidupan. Demikianlah jua DIA membimbingku dengan caranya sendiri. Aku yakin, perkara yang sama juga berlaku terhadap kalian. DIA sebaik baik perancang! DIA merancang dalam cara yang tidak dapat kita fikirkan! Wajib kita pasrah dan redha terhadap segala ketentuanNYA. Segalanya berlaku dengan kehendakNYA. Apa yang kita kita kehendaki tidak semestinya terjadi dan kehendakNYA jualah yang pasti akan terjadi! Itulah sikap yang sebenar dan sepatutnya kita fahami!

Jika dikejar bayang bayang itu, tidak mungkin kita kan mendakapnya! Justeru, berpalinglah dari bayang bayang dunia, kerana dunia ini umpama bayang bayang buat insan! Ia sementara, ia nampak indah dan rupawan namun hakikatnya, kesementaraan dunia itu menyekat keindahan! Apa ertinya keindahan dan kenikmatan dunia ini jika ia sementara. Ia tidak kekal, bahkan keindahan yang serupa malah berkali ganda lebih baik akan tetapi KEKAL sifatnya kan kita temui di akhirat kelak! Tidakkah benar, yang kecantikan akan pudar? Tidakkah benar yang baharu itu akan jadi buruk dan luput. Yang muda akan jadi tua? Justeru dimana KEKALnya sifat itu?? Cuba fikirkan, yang muda akan terus muda, yang cantik akan terus cantik malah sentiasa lebih cantik, yang indah akan selalu indah malah lebih indah sentiasa.....bukan di dunia ini, akan tetapi di akhirat kelak! Itulah tawaran yang TERBAIK dari Illahi! Fikirkan! Pilihlah! Perkara inilah yang telah diajar dan ditunjukkan dengan fikiran dan perbuatan oleh Nabi saw 1434H dahulu! Pilihan inilah yang menjadi role model untuk kehidupan kita! Berubahlah dari perkara buruk kepada yang baik, dari perkara baik kepada yang lebih baik! Ini kerana hijrah ialah manifestasi keimanan yang sentiasa diperbaiki!

Pilihan ditangan kita...kita yang menentukan apa yang kita pilih manakala pilihan pilihan yang berbagai rupa itu ada di depan mata yang dikurnia buat manusia! Hanya sanya kita perlu memilih yang kekal selamanya berbanding memilih yang indah akan tetapi sementara sekali sifatnya! Sentiasa muhasabah diri! Sentiasa fikirkan dan imbau apa kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan di dunia ini! Hadirkan penyesalan lalu ubahlah langkah...lakukan TRANSFORMASI HIJRAH DIRI demi fitrah, demi sunnah dan demi amanah!

Jom Hijrah!

Friday, November 16, 2012

Dibedil bertalu talu!

Salam ukhuwwah semua...

Saat ini saudara seagama kita sedang dibedil bertalu talu oleh pihak Israel. Saat Maal Hijrah menjelang, sambutan itu dimainkan bukan dengan mercun dan pertunjukan bunga api...akan tetapi oleh bedilan bom yang bertalu talu! Ayuh saudara saudari sekalian, kita panjatkan doa Qunut Nazilah untuk memohon dan meminta pada Rabbbul Jaliil agar dimusnahkan mereka para tentera Israel.

Jika satu gerombolan umat Islam di Malaysia beramai ramai di Jumaat yang mulia ini mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin dan kemusnahan tentera Israel, insyaallah, Allah akan beri bantuan buat kita semua amnya dan khususnya rakyat Palestin! Ya Allah, hancurkanlah tentera Israel!





Doa daripada Ustaz Zaharuddin:

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.








Thursday, November 15, 2012

Jauh dan perit musafir itu demi KITA

Salam ukhuwwah...

Bila ditelusuri dan ditoleh ke belakang, jauh kebelakang dalam lipatan sirah dan sejarah, terdetik RASA hiba dan pilu. Pilu dan sedih kerana perjuangan mereka itulah kita punya apa yang kita ada pada hari ini. Dalam kegelisahan dan kebimbangan, dia mengetap bibir, menitis airmata menahan kesakitan akibat kakinya digigit (ular@lipan@haiwan berbisa??) dalam keadaan memangku kepala insan agung di pangkuannya. Agak lama sebelum titisan air mata dek menahan kesakitan itu mengenai wajah mulia Baginda Nabi saw. Lalu Baginda tersedar lalu bertanya "Mengapa wahai Abu Bakar?" Walhal saat itu, sahabat paling akrab ini, teman paling kasih dan setia ini jika boleh tidak mahu mengganggu lenanya baginda Rasulullah saw....dalam hatinya hanya bimbang dan risau jika diketahui tempat persembunyian mereka oleh pemuka pemuka dan pembunuh pembunuh upahan kafir Quraisy! Itulah Abu Bakar r.a.
Itulah sebahagian cebisan peristiwa yang tertinta dalam lipatan sejarah! Adakah kita ambil peduli akan pengorbanan mereka berdua?? Adakah kita ambil tahu?? Adakah tiada RASA walau barang sedikitpun untuk memberi apresiasi akan hebatnya pengorbanan dan perjuangan mereka berdua ini? Tidakkah kita ketahui bahawa apa yg kita punyai hari ini...nikmat IMAN dan ISLAM adalah bertitik tolak dari perjuangan mereka yang terdahulu amnya dan perjuangan mereka berdua khususnya 1434 tahun hijri yang lalu! Dimana hilangnya RASA itu? Mengapa RASA itu tidak hadir, mengapa belas itu tiada dalam hati kita hari ini?

Salah satu puncanya ialah kerana kita ambil mudah, tidak ambil peduli, kita biarkan ia sekadar berlalu pergi, kita jarang mengimbau dan mengingati....kita lebih tertumpu terhadap urusan diri dan duniawi diri! "Aah! Itu dulu! Sekarang lain", "aku sendiri sudah punya cukup masalah untuk difikirkan dalam kehidupan ini", "dulu lain, sekarang lain", "mereka insan hebat...aku tiada apa apa". Malah berbagai alasan menerjah dalam kotak fikiran kita. Sebenarnya kita terlalu pentingkan diri sendiri jika itu yang kita ungkapkan! Kita hanya pedulikan diri sendiri, walhal akhirnya nanti kita perlukan syafaat baginda Nabi saw di akhirat kelak. Kita tidak mahu muhasabah dan mengenang perjuangan mereka, hati kita cukup 'keras' untuk memberi perhatian terhadap kisah ini! "Ada aku kisah?" Itulah yang kita ungkapkan dibibir mulut. Inilah kita! "Nauuzubillah"

Jika kita benar ambil peduli, bilakah kita mengimbau kisah ini? Bilakah kita bercerita kisah kisah mereka kepada anak anak kita malah keluarga kita! Adakah selama ini kita melalui titian kehidupan dengan mengambil ibrah@pengajaran dari kisah kisah perjuangan dan pengorbanan mereka? Lalu menuruti jejak langkah mereka iaitu "orang orang yang berjaya di dunia dan akhirat?" Tidakkah benar jika aku katakan kepada kalian bahawa jika tidak kerana datuk dan nenek kita malah moyang kita yg menanam pohon durian itu suatu waktu dulu, mampukah kita merasai buah durian yang enak dan lazat yang kita nikmati pada hari ini? Sudah tentu tidak! Adakah mereka mengharapkan pohon durian itu akan segera tumbuh dan menghasilkan buah tika hayat mereka? Sudah tentu tidak! Begitulah jua kehidupan kita hari ini. Jika bukan kerana pengorbanan, usaha dan perjuangan mereka yang terdahulu, tentu tidak dapat sama sekali kita nikmati kemudahan dan kesenangan kehidupan yang kita lalui pada hari ini! Itulah hakikat kehidupan. Ia saling berkait antara zaman ini dan zaman sekarang mahupun zaman akan datang! Tidak boleh dinafikan sama sekali!

Jika bukan kerana perjuangan orang orang terdahulu, tidaklah Islam ini sampai ke jagat raya alam Melayu ini! Hargailah nikmat IMAN dan ISLAM ini dengan sebenar benarnya dan dengan bersungguh sungguh! Jangan alpa dan lalai! Ikutilah jejak perjalanan yang telah dilalui oleh mereka yang mendapat REDHA Allah! Syukurilah dan hargailah perjuangan Nabi saw dan para sahabat, para tabiin, para tabi' tabiin, para ulama, para syuhada'.....

 Maal Hijrah! Hijrahlah diri dengan sebenar benarnya dengan mengikuti jalan yang dicontohi oleh para anbiya dan muttaqiin terdahulu! Siapa kita hari ini tidak penting, akan tetapi apa yang lebih utama ialah apa yang boleh dan mampu kita sumbangkan terhadap ISLAM lalu kita manifestasikan dalam kehidupan ini, adalah lebih utama dan penting! Jangan terkeliru! Perbaikilah diri, perbaikilah urusan agama! Perbaikilah akhlak! Mari kita laksanakan TRANSFORMASI HIJRAH DIRI sempena MAAL HIJRAH ini.....Ameen Ya Rabb!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Wednesday, November 14, 2012

Retrospek 1434 tahun lalu....

Salam ukhuwwah...

Saat ni keadaan amat gawat sekali, ramai yang mencarinya malah ada rancangan yang telah disepakati untuk membunuhnya. Namun, ketenangan jelas terpancar di wajahnya. Malah lebih tenang dari semua para sahabat. Saat ini Baginda masih tertunggu tunggu saat saat keberangkatan. Menunggu perintah untuk musafir hijrah. Tiada siapa yang tahu kerana ia urusanNya. Hanya sedikit persiapan bekalan yang dilakukan, kerana segalanya perlu ditinggalkan. Ia umpama suatu perjalanan pergi tidak kembali lagi. Tanah gersang ini akan ditinggalkannya. Bumi tempat kelahiran ini akan ditinggalkan, entah bila kan kembali. Tiada apa lagi di sini. Isi bumi ini telah menjerihkan kehidupannya. Penyiksaan demi penyiksaan, hinaan dan cerca makian tidak pernah luput. Hanya sebahagian kecil sahaja yang mahu mengerti dan mahu beriman. Malah, sebaliknya, mereka yang di luar sana yang lebih mahu menghargai diri. Mereka menawarkan kehidupan baru dan perlindungan dengan izinNya. Saidina Ali k.w. telah dipersiapkan oleh Baginda agar mengambil alih tempat tidurnya malam ini. Ali akan tidur di tempat tidur Nabi saw. Manakala Saidina Abu Bakar r.a. diminta mempersiapkan unta dan bekalan. Segalanya telah tersedia. Rasa pilu dan sedih kerana meninggalkan tanah tempat tumpah darah diketepikan jauh jauh. Ini adalah perintahNya. Rancangannya ialah untuk musafir melalui laluan yang jarang dilalui oleh kafilah dan pedagang, agar tidak terserempak dengan sesiapa. Hanya Allah swt yang melindungi dan lebih tahu....

Saat ini juga, jika kita diminta secara drastik untuk meninggalkan kampung halaman, rumah dan segala harta benda kepunyaan diri, mampukah kita sedemikian. Terlalu banyak yang perlu ditinggalkan! Sanggupkah kita demi suatu kesinambungan perjuangan? Tiada membawa apa apa kecuali keperluan yang sangat sedikit hanya cukup untuk bekalan dalam perjalanan. Tentunya kita akan terfikir dan merenung jauh, apa akan jadi pada diriku di perantauan nanti atau saat tiba ditempat yang dituju? Tentunya berbagai perkara akan bermain dibenak fikiran! Bagaimana pula nasib keluargaku, anak anak dan perkara perkara yang aku tinggalkan? Inilah yang akan meliputi benak fikiran kita. Mampukah kita berfikir dan berserah BULAT BULAT kepadaNYA? Mapukah kita hanya pasrah dan redha kepadaNYA...cuba renungi sejenak! Inilah hakikat hijrah! Inilah hakikat HIJRAH DIRI! Ia tergantung kepada diri sendiri! Hanya insan dengan Khaliqnya sahaja! Tiada yang lain dari itu.

 Diri tidak sehebat dan sesukar hijrah Nabi saw dan sahabat karibnya Saidina Abu Bakar r.a.! Ini kerana hijrah Nabi saw dan Saidina Abu Bakar r.a. adalah kerana Allah, meninggalkan segalanya kerana ALLAH, hanya DIA tempat bergantung. Manakala HIJRAH DIRI hanya berpaksi kepada kehendak dan kemahuan diri untuk melakukan perubahan kerana ALLAH. Skop perlaksanaannya hanya mengubah dari sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang baik, atau dari sesuatu yang baik kepada sesuatu yang lebih baik lagi!.....namun, hanya setakat itu sahaja sudah menjadi kesukaran buat umat Muhammad saw ini! Walhal, betapa jerih perihnya Baginda Nabi mahu meneruskan kelangsungan dakwah ini demi kesejahteraan umatnya dunia akhirat hingga kita dapati hari ini Islam tersebar melata di jagat raya alam ini. Tidakkah sedikitpun di hati kita timbul rasa belas dan kasihan, timbul rasa keinginan, mahupun kesedaran untuk menuruti jejak langkah Baginda Nabi saw walhal bergegaran suara bersahutan "Kami sayang Nabi saw" "Kami umat Nabi Muhammad saw" dan berbagai lagi....akan tetapi adakah ia hanya sekadar gegak gempita semata mata??

Aku menginsafi diriku kerana aku juga bukanlah umat Muhammad saw yang terbaik, namun hati kecilku selalu mengetuk ngetuk rasa jiwa dan pengertian.....terlalu banyak yang Baginda saw korbankan untuk kita, tidakkah mahu kita sedikitpun untuk menghargai pengorbanan Baginda saw dan para sahabatnya...bukan lah ianya untuk kebaikan Nabi saw sendiri namun untuk kebaikan kita sendiri dunia dan akhirat!

Mengapa jejak langkah itu amat sukar untuk diikuti? Aku fikir, tiada jawapan lain yang lebih tepat melainkan ini kerana kita membiarkan diri kita diikat, dirantai, dibutakan dan ditulikan oleh indahnya, manisnya dunia ini berbanding akhirat yang lebih kekal! Kita hanya sekadar mengungkap bahawa kita umatnya namun perlakuan tidak sedemikian! "Perlakuan terpilih" menjadi oder kehidupan. Kita buat apa yang kita suka dan hendak lakukan dan meninggalkan apa yang kita tidak suka, tidak sesuai dengan kehidupan. Perlakuan terpilih ini umpama perangai Yahudi seeprti yang diceritakan dalam alQuran. Lihat cerita kaum Nabi Musa, cerita kaum Nabi Syuaib, kaum Nabi Ayub.....pelajari, analisa, lihat dan fahami, adakah KITA ini tidak lebih kurang sahaja dengan kaum kaum terdahulu???

Apa yang menghalang? Apa yang mengikat diri? Hiburan...hiburan...hiburan adalah ikatan dan RANTAI besar dalam kehidupan umat Muhamamad saw hari ini. Kita sanggup tinggalkan berjemaah  Isya di masjid hanya kerana ingin menonton Anugerah Skrin@Anugerah Juara Lagu@atau apa apa lagi (maaf, ini contoh dalam konteks kehidupan umat Islam, umat Melayu hari ini di Malaysia)...tidakkah semua itu adalah hiburan dan kepalsuan yang nyata. Kita tonton aksi aksi yang tidak mendatangkan faedah, malah melihat aurat aurat yang haram untuk dilihat! (aku doakan kalian semua termasuk diriku sendiri kan diberi petunjuk, hidayah dan inayah oleh Allah swt, agar kita sedar dan insaf dari terus terusan melakukan maksiat dan mengikat diri sendiri dengan RANTAI DUNIA...agar penyakit "Wahn" atau cintakan dunia ini luput dari dalam diri!)

Tidakkah itu suatu penyaksian kita? Sukar untuk menidakkan ini bukan? akan tetapi itulah hakikatnya! Malah yang menjadi tontonan, yang menonton itu sendiri adalah umat Muhammad saw! Lalu bagaimana nanti akan kita jawab dihadapan Allah swt dan bagaimana kita nanti kita mendapat syafaat dari Baginda Nabi saw di akhirat kelak jika kita TIDAK BERKELAKUAN sepetrti SUNNAH Nabi saw? Layakkah kita mendapat syafaat Nabi saw walhal kita tidak melakukan seperti mana yang telah dicontohkan oleh Nabi saw! (maaf, lontaran soalan ini bukan untuk kalian semata mata, akan tetapi untuk diri ini juga....) Fikirkanlah sejenak! Renungkan dalam dalam.....layakkah kita mengaku sebagai umat Muhammad saw dan menerima syafaatnya di akhirat kelak jika sedemikian rupa perlakuan kita!

Justeru, lakukanlah anjakan, lakukanlah perubahan, HIJRAH lah DIRI menjadi lebih baik, bukan hanya pada saat dan waktu ini sahaja akan tetapi sentiasa dan di setiap waktu, kita HIJRAH DIRI agar menjadi insan yang muslim, mukmin dan muhsinin! Tingkatkan lah taqwa raihlah akhirat yang kekal abadi...apalah dunia ini melainkan sampah yang akan ditinggalkan......jangan jadikan sampah dunia umpama anugerah yang diagung agungkan walhal ianya adalah sampah semata mata....tujuan hidup kita adalah akhirat! Keseronokan dunia ini hanyalah sementara, dan akhirat itu lebih baik berkali ganda! Amiin!

SALAM MAAL HIJRAH! JOM HIJRAH! JOM LAKUKAN TRANSFORMASI HIJRAH DIRI!

Sesungguhnya orang2 yg beriman,mereka itu berjihad& berhijrah pd jalan Allah,sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..(Al Baqarah:218) Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H..

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4506560313578&set=o.35629670624&type=1&theater

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4506536152974&set=o.35629670624&type=1&theater

Thursday, November 8, 2012

Jiwa sakit.....

Salam ukhuwwah...

Suatu pagi seorang teman saya memulakan bicara "ramai rupanya manusia yg tampak sihat walafiat, tp sakit jiwa" aku tanya "pasal apa lak?" Dia jawab "iya lah,bacalah dlm fb,ada gaduh,ada benci,ada marah,ada boikot,ada sinis,ada 'sinikal' ada mcm2-mcm2 ada'...aku jawab "hermm!tu ler pasal sbb fb ni jika diri xbetul,akhlak tidak dijaga,hanya dosa yg dtg,ruginyaaa!"

Lalu saya menyimpulkan bahawa, jika kalian berhadapan dengan situasi sebegitu......ketahuilah bahawa sifulan atau sifulanah itu sedang sakit jiwa! justeru, bantu lah sidia utk mengubati dirinya jika mampu, jika tidak sekurang kurangnya doakan kesejahteraan dirinya agar segera sembuh dari sakit jiwa itu! akan tetapi indahnya masalah ini ialah, sisakit tidak menyedari bahawa dirinya sedang sakit jiwa atau tenat jiwa! lalu terjadilah bak kata seorang teman, jika susah biarlah diri susah jgn susahkan org lain, jika senang, senangkanlah diri dan cuba senangkan org lain utk turut senang....apa yg ku dapati ialah sebaliknya (ini kerana si sakit tidak menyedari dirinya sakit jiwa lalu tindakannya berupa sebegini).......jika ditukar atau ditambah perkataan SENANG itu kpd sakit, ia akan berbunyi jika sakit, maka sakitlah diri dan mari 'sakitkan' org lain juga agar mereka turut sakit!

Thursday, November 1, 2012

Hebatnya penyaksian!

Salam ukhuwwah!

Ada beberapa insiden hari ini yang akhirnya membuatkan diriku bermonolog begini! Ada beberapa perkara yang aku nantikan, ingini namun rupanya tiada keizinan dariNya untuk ia berlaku walau berbagai usaha telah ku lakukan! Aku terlantar di rumah kerana kurang sihat, dan mengumpul sisa tenaga untuk pergi ke pejabat di sebelah tengahari untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan tesisku! Lalu insiden hari ini seolah olah menjengah hadir dalam diari hidupku hari ini!

Aku kongsikan buat kalian sedikit darinya dalam bentuk coretan ini.......moga moga ia memberi manfaat buatku dan buat kalian.....juga agar bisaku kembali kepada coretan ini dilain hari sebagai retrospek diri saat aku mengalami peristiwa yang sama umpama peristiwa yang berlaku pada hari ini! Maaf....aku bukan mencoretkan insiden apa, akan tetapi pemahaman dari insiden yang berlaku ini!

Kalian bersaksi? Sudah tentunya, bukan! Bersaksi dalam pelbagai perkara! Contohnya "Betul! Aku tengok tadi ada sale, murah giler kedai tu offer". Itu penyaksian dan pengakuan! Namun ada penyaksian yg lebih besar dari sekadar penyaksian yg saya contohkan! Penyaksian yang sepatutnya membawa perbezaan besar, perubahan yang pasti dalam hidup!

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" inilah penyaksian yang saya maksudkan! Setiap 5 waktu kita mengulangi dan memperbaharui penyaksian ini! Tapi adakah kita benar benar ambil peduli?? Jika kita ambil peduli, mengapa kita melakukan perkara yang bertentangan dengan perintahnya? Atau merasa resah gelisah kerana tiada mendapat apa yang dihajati walhal terjadinya sesuatu@berlakunya sesuatu adalah kehendak DIA, bukan kehendak kita?

Sesungguhnya maksud penyaksian itu ialah kita mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah, iaitu Dia adalah PEMILIK, dia adalah TUAN, dia EMPUNYA dunia dan isinya! Kita manusia adalah sebahagian dari isi dunia....lalu siapa KITA yang bertindak, berperangai, bersikap, beremosi, bergaya, bertingkah laku bahawa dunia ini-isinya, peristiwa yang berlaku, kehidupan ini langsungnya, bagai ia MILIK KITA? Siapa kita? Kita bukan tuan, kita dicipta justeru kita adalah HAMBA, lalu status hamba itulah yang perlu kita laksanakan!! Maksud HAMBA itu juga menjelaskan autonomi@sedikit kuasa yang diberi iaitu status KITA sebagai WAKIL iaitu Khalifah Allah di atas mukabumi ini. KITA diberi amanah untuk mentadbir dan mengurus dunia ini untuk mencapai matlamat kebaikan untuk diri dan manusia lain kerana Allah! Inilah sebahagian maksud penyaksian itu! Adakah kita faham dan sedar?

Justeru, jika dikaitkan dengan insiden yang berlaku kepada diri ini, hari ini....oleh kerana diri ini adalah HAMBA yang dimiliki oleh TUANnya iaitu ALLAH swt.....maka apa yang berlaku pada diri ini adalah sesuatu yang telah ditakdirkan olehNya. Ini kerana DIA memiliki diri ini, bila DIA memiliki DIRI ini, maka langsungnya DIA memiliki kehidupan yang dilalui oleh DIRI ini. DIA menentukan segalanya, apa yang perlu berlaku, apa yang patut berlaku, apa yang tidak akan berlaku kepada DIRI ini.....! DIRI ini tidak punya kata putus untuk menentukan apa yang patut berlaku, walau segala macam usaha dan inisiatif telah dilakukan agar apa yang dihajati itu boleh berlaku!


Hermmm..inilah yang berlaku! Apa yg boleh dilakukan? Jenuh memikir....tiada apa apa yang boleh dilakukan?? Aku mula faham, ia kehendakNya...aku tiada hak KATA PUTUS itu! Emosi diri mula meruntun, otak ligat mencari jalan keluar....tiada ungkapan seindah PASRAH dan REDHA....aku telah melakukan seupaya ku! Sebaik mungkin! Lalu natijah pasrah dan redha itu aku temui jawapan "segalanya ada hikmah".

Oh ya aku mengerti bahawa hikmah itu ada yang tercapai dek akal dan kebanyakkannya tiada tercapai dek akal! Memahami hikmah perlu kepada daya fikir positif kerana tiada hikmah negatif! Hukumnya, Allah tidak zalim, Dia maha ADIL, lalu tentunya hikmah yang diturunkan buat KITA sebagai hambaNYA adalah untuk kebaikan kita sendiri bukan untuk keburukan kita!

Peristiwa atau insiden yang berlaku mungkin jalan ceritanya buruk sekali, namun hikmah kebaikkannya tidak terperi! Jika memahami hikmah ini dengan emosi, tentu diri tidak akan ketemu hikmah dan kebaikan darinya...malah marah dan tidak puas hati akan menguasai diri, lalu akan tersirna lah siri siri dan bab tidak puashati, marah, menafikan perkara yang berlaku, menyalahkan orang lain, malah makian juga akan turut terkeluar dari bibir mulut!.....

Jika benar pasrah dan redha...mulailah dengan bersabar terhadap apa yang berlaku kerana, suka atau tidak, perlu atau tidak, kita tidak punya apa apa, kita tidak memiliki, malah kita dimiliki olehNYA, malah satu saat yang telah berlalu itu pun tidak mampu kita miliki.....justeru sandarkan segalanya kepadaNYA dengan penuh keyakinan!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








Perjuangan yang panjang dengan berprinsip!

Salam ukhuwwah...

Membelek kembali lipatan sejarah 'sirah Rasulullah'....aku teringat suatu peristiwa ketika Fathul Makkah. Saat itu genting dan gawat kerana pihak Kuffar sangat ketakutan, gempar dan huru hara, memikirkan apa akan berlaku kepada nasib diri. Mereka telah mengangkat pedang memerangi Nabi, malah menyeksa saudara saudara seagama, mereka memerangi kaum Muslimin dari segenap sudut buat beberapa lama. Justeru, mereka merasa amat gentar dan takut akan nasib mereka sendiri. Masing masing cuba lari dan menyelematkan diri. Gerombolan muslimin yang tidak takut mati itu sedang berbondong bondong memasuki Mekah dari segenap penjuru. Para pemuka Quraisy juga semakin gempar, resah dan sangat gelisah. Diraut muka Abu Sufyan, pembesar dan pemimpin golongan Kuffar, antara yang paling kuat memerangi Nabi saw terpancar wajah ketakutan dan cemas. Tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku. Abu Sufyan membayangkan saat kematian dirinya yang sangat hampir! Tenteranya telah lemah, tiada siapa yang akan menghalang kemaraan gerombolan kaum Muslimin. Segalanya makin gawat! Itulah senarionya. Lalu disaat saat tidak keruan itu, disaat saat setiap diri merasa teramat dekat dengan kebimbangan akan kematian yang menjelma kerana menjangka balasan dari perbuatan mereka terdahulu, terdengar suara Baginda Rasulullah saw sayup sayup.....antara yang kedengaran ialah "sesiapa yang masuk rumah Abu Sufyan, dia akan selamat"....berbondonglah kaum Kuffar memasuki rumah Abu Sufyan. Abu Sufyan sendiri terpinga pinga! 

Inilah sebahagian dari senario dalam peristiwa pembukaan Mekah oleh Baginda Rasulullah saw ribuan tahun hijrah yang dahulu. Beberapa persoalan menerjah kotak fikiranku. Mengapa Nabi saw berbuat sedemikian? Apakah perolehan strategi dari sikap Nabi saw itu? Apakah kesan dakwah dan kesan politik dari sikap Nabi saw yang sangat pemaaf itu?

Syugia diingatkan bahawa, peristiwa pembukaan Mekah itu terakam dalam alQuran....ia adalah peristiwa kemenangan perjuangan Islam menentang kaum Musyrik. Berbondong bondong orang yang dahulunya menentang sekarang sudah mengucap dan masuk Islam. Inilah natijah strategi dakwah dan jihad Rasulullah saw yang sering kita tidak ambil tahu akan ibrahnya.

Ada beberapa ibrah atau pengajaran utama yang ingin saya kongsikan dari peristiwa ini yang boleh kita kaitkan dengan senario kita pada hari ini, antaranya ialah:


  • Islam bukan agama peperangan, peperangan dan memperjuangkan sesuatu adalah demi mempertahankan agama dan hak, justeru dakwah dan keamanan adalah diutamakan.


  • Terpancar suatu sikap mulia, nilai kepimpinan yang tinggi oleh Nabi saw dari peristiwa ini, iaitu bagaimana cara yang ditonjolkan oleh Rasulullah saw dalam mengguna kaedah dakwah dengan cara aman terhadap penentang penentang Islam seperti Abu Sufyan...tiada benci, tiada dendam, tiada pertumpahan darah, tiada pergaduhan atas peristiwa yang berlalu. Hari ini ialah hari ini, yang berlalu itu tidak perlu diungkit kembali. Justeru itulah bagaimana Nabi saw menetapkan polisi sedemikian kepada semua orang Kuffar iaitu untuk berlindung di rumah Abu Sufyan agar mereka selamat. Bagi saya ia juga adalah manifestasi kaedah penghormatan dan pemeliharaan maruah Abu Sufyan sebagai pemimpin kepada golongan Kuffar pada masa itu. Ia bukan pengiktirafan kepada kepimpinan Abu Sufyan akan tetapi suatu bentuk dakwah yang halus yang mana akhirnya ia membuka pintu hati Abu Sufyan sendiri untuk memeluk Islam! Jika sedemikian sikap terhadap pemuka pemuka Kafir, bagaimana pula kita terhadap pemimpin pemimpin kita sendiri. Tidakkah seharusnya lebih baik dan murni. Maksudnya ialah cara kita menangani saudara seagama sendiri yang memegang tampuk kepimpinan. Benar, mereka mungkin telah berbuat kesilapan di sana sini, berlaku zalim, namun sudahkah kita tunaikan hak kita terhadap saudara seagama sebagaimana Nabi saw menunaikan hak kepada orang orang kafir (sebelumnya) seperti Abu Sufyan? Saya akur bahawa pemimpin perlu menunaikan hak rakyat, tidak berlaku zalim! Dalam keadaan sedemikian, jika keadaan berlaku sebaliknya, kita pula perlu menunaikan hak hak kita kepada pemimpin. Tidak perlulah kita memaki hamun, menghina dan mencerca kerana itu bukan sebahagian dari model dan contoh akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi saw. Pernah suatu ketika Saidina Ali dalam suatu peperangan (sila rujuk sirah dan kehidupan Saidina Ali) ingin memenggal kepala musuhnya akan tetapi disaat saat akhir, Saidina Ali tidak meneruskan niatnya kerana khuatir akan 'sebab musabab'? Apabila ditanya mengapa engkau tidak membunuhnya wahai Ali? Lalu Saidina Ali menjawab "aku bimbang memenggal kepalanya kerana aku marah berbanding kerana Allah"
Cuba fikirkan......ambillah ibrah dari peristiwa Sirah Nabi saw dan para sahabat! Jadikan ia prinsip kehidupan kita pada hari ini. Kelak kita akan selamat dari api neraka! Tidakkah itu akhirnya yang kita mahu? Mendapat redha Allah dan dimasukkan ke syurgaNya....berbanding ke neraka yang azabnya sangat dahsyat! 

Inilah kaedah dan prinsip yang perlu kita fahami dalam konteks perhubungan sesama manusia, sesama saudara seagama dan juga prinsip apabila berhadapan dengan musuh-musuh Islam. Ia sangat sesuai dan relevan dalam konteks kita pada hari ini. Benar! Kita ingin perjuangkan Islam, akan tetapi hendaklah kita berlandas jalan, kaedah, prinsip dan akhlak yang benar walaupun dengan sedemikian ia seolah olah kita 'kalah' atau seakan akan 'kalah'!

Harus diingat bahawa perjuangan adalah suatu proses yang panjang, dakwah pula perlu berterusan! Kita mulai dakwah dan perjuangan dengan diri sendiri dahulu, sempurnakan dengan sebaiknya hak hak untuk diri, kemudian keluarga-anak isteri dan keluarga terdekat! Jika semua orang melakukan sebegini, suatu 'wave' atau perubahan besar pasti berlaku! Jika kita terjun ke masyarakat akan tetapi rumahtangga kacau bilau, anak anak tidak terdidik sempurna, fikrah dan akhlak tidak utuh, dimana kemurnian perjuangan kita? Lebih lebih lagi jika kita membawa lesen ISLAM dalam perjuangan itu, tentunya akauntabiliti lebih berat terhadap diri! Sesungguhnya ia bukan mudah dan sangat berat amanah itu! Justeru, hendaklah kita bersederhana dalam apa jua tindakan dan kata kata! Moga moga Islam akan terus unggul pada hari ini dan pada masa akan datang! Marilah kita sama sama berjuang dengan sebaiknya mengikut landas yang telah ditunjukkan oleh Nabi saw dan para sahabatnya! Insyaallah, amiin!


Sunday, October 21, 2012

Hijrah Diri...transformasi!



Jika bukan AKU siapa lagi? Hijrah DIRI

Salam muhibbah!

"Jika bukan AKU siapa lagi? Jika bukan sekarang BILA lagi?"...itulah lontaran yang saya buat kepada kira kira 100 orang peserta dalam suatu kursus yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Suatu lontaran yang aku gemakan buat diri dan jiwa mereka yang hadir!

Kemahuan untuk berubah dan keperluan untuk berubah adalah dua perkara berbeza. Kita perlu HIJRAH DIRI dalam apa jua keadaan dalam ruas masa yang masih ada ini, iaitu SEKARANG! Proses hijrah diri ini memerlukan daya usaha dan titik mula yang KITA sendiri tentukan! Jangan ditangguh dan jangan dibiarkan ia berlalu begitu sahaja! Kemahuan untuk berubah itu adalah asas kepada HIJRAH DIRI itu, jangan sampai tahap ia menjadi suatu KEPERLUAN untuk berubah! 

Biasanya, KEMAHUAN untuk berubah itu seolah olah lambat mendatangi hidup, malah KEPERLUAN itulah yang menjadi suatu kebiasaan dalam hidup. Lalu KEMAHUAN yang sepatutnya hadir telah bertukar menjadi KEPERLUAN untuk berubah. Dek kerana desakan dan keperluan hidup maka mahu atau tidak saat itu kita berubah! Malah dalam keadaan lain, kita sebenarnya menunggu keadaan memaksa kita lalu pada saat itu, perubahan adalah perlu. Inilah yang selalu terjadi, malah ia sering juga terjadi kepada diriku sendiri! Inilah kesilapan yang sering kita lakukan!

Berhenti sejenak! Fikirkan apa yang saya ungkapkan di atas! Adakah kita berubah kerana kemahuan diri, atau kita berubah kerana keperluan! Ia membawa natijah yang sangat berbeza. Kemahuan itu akan mencetus rasa ikhlas tanpa ada dorongan dari apapun, kerana kemahuan itu dibawa oleh ilmu, kesedaran, kefahaman yang hadir dalam sikap diri yang mahukan perubahan. Fikiran dan sikap saat itu telah tersedia untuk melakukan anjakan! Kesedaran telah tersedia ada dalam diri. Ia berbentuk hidayah dan taufik serta juga inayah!


Berbeza dengan keperluan untuk berubah, ia lebih bersifat lonjakan, ia memerlukan faktor pendorong dan selalunya MANUSIA dan INSAN itu berada dalam kelompok yang ini! Sentiasa perlukan faktor pendorong untuk berubah berbanding kemahuan diri sendiri. Jika tiada faktor pendorong maka tiadalah perubahan itu dilakukan! Nah, perhatikan 2 kelompok manusia yang MAHU BERUBAH dan sekelompok lagi yang PERLU BERUBAH! Pilihan ditangan sendiri.....

Sesungguhnya HIRAH DIRI ini sukar bagi yang tidak punya KEPERLUAN, bagi yang sentiasa berada dalam zon selesa, atau mereka yang suka dengan keadaan sedia ada! Namun, hakikatnya, berada dalam keadaan yang sama sentiasa, dalam keadaan yang biasa dan selesa tidak membawa kemana mana! Jiwa akan mati saat itu! Kedegilan memuncak! Keterikatan kepada material semakin terpateri bak besi! Ia terikat kukuh! Walhal dunia dan kehidupan tidak sebegitu! Usia bertambah adalah manifestasi perubahan! 

Perubahan sentiasa berlaku.....! Kita tidak boleh menafikan bahawa HIDUP ini ialah suatu HIJRAH! Ini kerana, yang muda akan tua, yang sihat akan sakit, yang kaya akan miskin, yang miskin akan kaya, yang sakit akan sihat, yang hidup akan mati, yang banyak akan sedikit, yang sedikit akan banyak dan berbagai lagi! Inilah perubahan yang juga dikenal sebagai dinamisme kehidupan! Itulah HIJRAH yang sentiasa berlaku dalam kehidupan! Namun, dalam konteks bicara ini, hijrah yang dimaksudkan ialah HIJRAH DIRI, dari seorang yang sebegini lalu berhijrah menjadi sebegitu.....dari yang buruk kepada yang baik, dari yang baik menjadi lebih baik!

Proses ini memerlukan landas ilmu dan pemikiran! Perubahan yang bagaimana? Tentunya ia perubahan yang dituntut oleh ALLAH yang MAHA PENCIPTA....untuk apa? Lalu apabila soalan soalan itu muncul maka kembalilah kepada asasnya iaitu tanyalah soalan mengapa AKU dicipta dan dihidupkan....tiada jawapan lain bukan? Tentunya jawapannya telah tersedia ada di dalam wahyuNYA yang agung! AKU HIDUP RUPANYA IALAH UNTUK BERIBADAH KEPADA ALLAH SWT! Inilah jawapan yang Allah beri! Kerana sebagai insan, kita tidak mampu utk mencipta jawapan lain! Ini kerana kita bukan tercipta sendiri "out of nothing'...ini kerana kita dicipta. Siapa pencipta? ALLAH yang MAHA AGUNG yang mencipta kita! Justeru, ia adalah justifikasi mengapa kita perlu tanyakan mengapa kita dicipta! Dan justifikasi yang samalah yang membenarkan jawapan Sang Pencipta! Maksudnya, hanya yang mencipta sahaja yang tahu mengapa yg dicipta itu lahir ke dunia dan hidup pada hari ini! Benar bukan??

Seolah olah sebagai contohnya, hanya kalian sahaja yang tahu mengapa sesuatu resipi makanan itu dicipta, tentunya untuk kalian makan! Walhal makanan itu tidak tahu menahu mengapa ia dicipta sedemikian rupa! Bezanya antara makanan dan INSAN ialah, kita diberi AQAL yang mampu membuat diri berfikir dan bertanya! Mempersoal dan menganalisa, agar ilmu dan kefahaman itu hadir lalu terjawaplah mengapa INSAN DICIPTA DAN DILAHIRKAN KE DUNIA INI!

Inilah asas mengapa kita perlu HIJRAH DIRI! Transformasi inilah yang diperlukan, kesedaran inilah yang dimahukan, kemahuan inilah yang didambakan dalam proses kita melakukan HIJRAH DIRI! Kita bina khalifah jiwa dalam diri dengan ilmu dan kefahaman bahawa kehidupan adalah suatu perjalanan menemui Sang Khaliq, YANG MAHA PENCIPTA!

HIJRAH LAH DIRI, Jika bukan sekarang bila lagi? jika bukan AKU siapa lagi? Ayuh kita hijrahkan diri!

Thursday, September 27, 2012

Semudahnya dakwah itu juga ialah menyebarkan SALAM!

Salam ukhuwwah....

Saya salin dari nukilan dan perkongsian seorang teman Sdra Alizi Alias, orang kuat IKRAM....ia berbunyi:

Berdakwahlah Sesuai Kemampuan:

Setiap kita punya kewajiban untuk berdakwah. Harus ada yang menunaikannya di suatu negeri. Jika tidak ada yang menunaikan dakwah, maka semuanya berdosa. Jika sudah ada yang menunaikan, maka yang lain gugur kewajibannya. Namun dakwah di sini sesuai kemampuan. Karena demikianlah yang namanya kewajiban. Para ulama memberikan kaedah, “Kewajiban itu tergantung pada kemam
puan”. Demikianlah dalam dakwah.

Perintah untuk Berdakwah

Dakwah itu adalah suatu kewajiban. Jika sebagian telah menunaikannya, maka gugur bagi yang lainnya. Kata Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam risalah beliau yang penuh faedah,Mengenai perintah untuk berdakwah sekaligus keutamaannya dijelaskan dalam ayat-ayat berikut ini.

Allah Ta’ala berfirman,

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah” (QS. Ali Imron: 110).

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” (QS. Fushshilat: 33).

وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

“Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)” (QS. Luqman: 17).

Lalu saya tambahi nukilan tersebut dengan kenyataan ini....



Paling sedikit yang termampu kita lakukan ialah mengekalkan ukhuwwah kerana ukhuwwah ialah kunci perpaduan, persaudaraan dan ia membendung serta mengukuh kerjasama sesama. Berukhuwwah sentiasa dengan sesiapa sahaj yang kita temui setiap hari...sekecilnya ialah denga SENYUMAN dan sebarkan salam dengan lafaz ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH. Nescaya keberkatan dan kerahmatan akan tersebar luas keserata alam. Bayangkan jika setiap dari kita tersenyum dan menyebarkan salam, tidakkah kita akan dapati bahawa manusia dan saudara mara kita kan hilang rasa 'tekanan'? Tentunya bukan! Senyuman menghilang kekusutan dan kepayahan hidup, ia menjernihkan suasana dan perhubungan. 

Ayuh, sebarkan SALAM! Itulah sekecilnya dan semudahnya yang perlu kita lakukan setiap hari...itu sudah tentu adalah satu cabang dari cabang cabang dakwah!

Kita biarkan beliau dihina!

Salam ukhuwwah,

Mutakhir ini ada ada sahaja kalam dan cercaan juga hinaan yang ditimpakan ke atas umat Islam oleh pihak lawan....terakhir ini ialah isu berkenaan filem "Innocence of the Muslims" yang menghina Nabi Muhammad saw kesayangan kita, sebaik baik insan dan semurni murni akhlak yang mesti (bukan perlu) dicontohi! Aku termangu sebentar memikirkannya. Mengapa ini terjadi?

Banyak persoalan yang menerjah kotak fikiran, namun aku hanya ingin mengutara sebahagian darinya. Aku sedih kerana Rasulullah saw kesayangan kita dihina. Aku turut merasa terhina, aku pilu insan semulia baginda dihina sedemikian rupa, aku juga percaya kalian sedemikian juga! Beliau telah tiada sejak 1400 tahun lalu. Namun impak dakwah yang dibawanya sehingga hari ini telah meresap kedalam jutaan malah lebih jiwa yang ada di atas mukabumi ini. Itulah natijah kebenaran sebenarnya, namun jika hanya sekadar bersandar kepada hakikat kebenaran itu namun kita yang mengakuinya tidak beramal dengannya, maka kebenaran hakikat Islam itu sebagai cara hidup hanyalah lunyai dikaki semata mata. 

Mengapa cercaan dan hinaan sedemikian rupa? Jawabnya hanya satu....iaitu kita sendiri yang sebenarnya meletakkan kehinaan terhadap Nabi saw itu tanpa kita sedari. Kita tidak beramal dengan suruhannya, malah intipati agama dan dakwah yang dibawa oleh baginda Rasulullah saw itu bagai diangin lalu sahaja. Kita ambil sebahagian dan tinggal sebahagian yang lain, kita buat apa yang kita suka dan tinggalkan sebahagian yang lain yang kita tak suka (aku pernah berbicara tentangnya dalam nukilan yang lalu, cuba selami ia!)....malah sampai suatu tahap kita membega bega yang kita tak berapa suka atau kita tak suka itu, agar ia sesuai dengan jiwa dan nurani kita....benarkah sedemikian?? Ia secara tidak langsung amat benar sekali! Sedar atau tidak, jika kita benar benar mengikuti ajaran baginda, tentunya Islam tidak dirobek robek kemuliaannya seperti mana hari ini!

Cukupkah dengan berdemonstrasi, meluahkan isi hati bahawa kita tidak suka Nabi saw kesayangan kita dihina? Tidak cukup sama sekali. Sebenarnya, kitalah yang berperanan mengangkat darjat mulia Baginda saw, namun sebaliknya, adakah kita lakukan sedemikian?


Cuba tanyakan ini kepada diri! Muhasabahlah...ini kerana apabila kita bermuhasabah sedemikian rupa dengan bertanyakan kepada diri, baru kita ketahui betapa banyak perkara yang kita ambil lewa sahaja, kita tidak peduli sebenarnya!

1-Nabi saw menyuruh kita bersatu, sudahkah kita bersatu? Apakah alasan untuk kita tidak bersatu? alasan politik? alasan peribadi? alasan kepentingan harta dan duniawi? Mengapa kita mudah menyingkir dari perpaduan hanya kerana kita tidak setuju dengan beberapa pandangan dan keputusan?

2-Nabi saw menyuruh kita berjemaah! Sudahkah kita berjemaah dalam solat fardhu? Berapa kerat yang beramai ramai membelah dinihari pagi lalu berjemaah Subuh setiap hari? apa alasan kalian? apa alasan kita? Tidakkah berjemaah dalam solat itu adalah formula perpaduan yang diajar oleh Nabi saw??? Mengapa kita hina tunjuk ajar Nabi saw tersebut dengan tidak berjemaah???Bukankah berjemaah itu menyubur kebahagiaan, menyemarak persaudaraan, merebak rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita semua? 

3-Nabi saw menyuruh kita jangan berpecah atas perkara 'furuk' atau perkara cabang! Namun apakah kita hari ini berpecah, bermasam muka, berpaling diantara satu sama lain hanya kerana perkara 'furuk'!

4-Nabi saw menyuruh kita berukhuwwah! Sudahkah kita? Sudahkah kita melebihkan saudara kita dari diri kita sendiri? Bukankah hari ini atas dasar apa sekalipun, atas alasan apa sekalipun, kita jugalah yang memburukkan saudara kita sendiri, mengata itu ini, mencerca dan menghina saudara kita sendiri, biarpun saudara kita itu melakukan kesalahan atau tidak mengikuti lunas Islam sepenuhnya, apakah hak kita untuk mencerca dan menghina saudara kita? Bukankah sebenarnya tanggungjawab untuk membetulkan, menegur dengan berhikmah, tanpa memalukan saudara kita itu lebih terpundak amanahnya dibahu kita sendiri! Bukankah itu sebenarnya yang diajar oleh Nabi saw yang kita sayangi dan kita junjung tinggi! Apakah makna akhlak mulia jika kita sendiri menghina dengan apa jua cara, akan saudara mara, saudara seagama kita apabila mereka tersasar??

Hanya sekadar 4 perkara ini....kita tahu tapi kita berbuat sesuatu apapun?Tidakkah itu penghinaan yang jauh lebih teruk berbanding secara terangnya orang lain menghina Nabi saw??Abu Lahab, bapa saudara Nabi saw sendiri menghina Nabi saw, mencerca beliau begitu juga isterinya Hindun dengan hebat sekali.....soalan saya, siapakah yang membalas hinaan tersebut??? Adakah para sahabat Nabi saw??? Tidak sama sekali, bahkan Allah swt yang menghina mereka! Tiada siapa yang membalas cercaan dan hinaan itu bahkan para sahabt Nabi saw sendiri, yang buruk dibalas dengan baik, yang baik dibalas dengan lebih baik lagi....akhirnya serahkan segalanya kepada Allah swt! Dia sebaik baik Pembalas!

Justeru, bersatulah agar kita tidak dihina, beramallah dengan sunnah Nabi saw agar Nabi saw dan kita semua malah Islam ini tidak lagi dihina! Kitalah sebenarnya yang membuka pintu kehinaan terhadap Islam, terhadap ummah, terhadap Nabi saw yang kita cintai tanpa kita sedari! Ku ungkapkan maklumbalas dari sang teman, Sdra Hilmy Shamsur Abd Rahim tentang apa yang aku ungkapkan ini buat tatapan kalian:

"maaflah mencelah..sekadar kongsi pandangn..sebagai umat Islam yg cintakan Nabinya pasti kita akan marah..tak salah marah itu diluahkan tapi cara & bagaimana diluahkan itu semestinya tidak melampaui batas, umpamanya demonstrasi aman mendesak pemerintah (contohnya dlm isu filem kontroversi ialah US & dlm komen menghina Nabi di FB ialah Msia sendiri) mengambil tindakan undang2 ke ats mereka yg bertggjwb..kalau berlaku di Negara ini kita desak pemerintah kita utk ambil tindakan juga..demonstrasi itu pula bukannya berbentuk keganasan, provokasi, makin hamun..lebih dilarang jika kita memaki hamun agama lain..yg perlu ialah desakan yg kuat yg menggambarkan kesepakatan betapa umat Islam itu sebenarnya bersatu padu apabila Islam itu dihina..hanya apabila kita diperangi barulah kita memerangi mereka..

Begitupun sikap yang selari dengan al Quran sebagaimana yang ditunjukkan apabila menghadapi situasi begini ialah spt ayat di bawah ini :

“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;” - Surah Al Furqan:63

Sejak dari dulu lagi Nabi sudah dihina dan disakiti..peristiwa dibaling batu di Taif bersama Zaid hingga berdarah & darah itu bertakung dlm kasut hingga takat buku lali baginda tp baginda tidak membalasnya.. sebaliknya Rasulullah SAW berkata jangan dibalas, moga daripada mereka, akan lahir orang-orang yang beriman kepadaNya..begitu juga kejadian diugut Abu jahal, disumpah seranah oleh isteri Abu Lahab & bermcm bentuk hinaan, serangan lagi

Dr. Yusuf al Qardhawi pun pernah cakap yg umat Islam bukanlah umat yg suka memulakan provokasi dan juga tentangan, sebaliknya adalah umat yang sejahtera (Salam) & perkataan 'Salam' merupakan antara nama2 Allah yg suci & ditinggikan.

Kalau kita diperangi maka wajib kita memerangi, satu peluang besar utk mati syahid..ketika perang uhud, baginda cedera teruk diserang kafir quraisy..dlm saat begitu pun Rasulullah berdoa moga Allah ampunkanlah kaumnya itu, sesungguhnya mereka tidak mengetahui

Itu belum lg kisah Abdullah ibn Ubai ibn Salul yg buat fitnah ttg kecurangan Aisyah r.a hinnga nak dipenggalnya Umar kepala Abdullah ubai tp dilarang Rasulullah kerana tidak mahu umat manusia ,menuduh baginda bahawa Muhammad membunuh saudaranya..bila Abdullah ubai matipun Rasulullah ttp mahu solatkan jenazahnya wpun slps itu turun ayat quran yg melarang solat k eats org seperti abdullah bin ubai

Begitu juga pengiktirafan Rasulullah kpd abu sufyan walaupun sblm itu abu suftyan terang2 memusuhi baginda..

Byk lagi kisah2 tp tak larat nk citer kat sini di mana org yg asalnya memerangi Rasulullah & mahu membunuhnya kemudian memeluk islam disebabkan sifat berbuat baik yg ada pada rasulullah saw"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.