Salam ukhuwwah...
Bayangkan pada saat ini kalian punya sebutir permata yang paling indah, lantas menjadi paling mahal, paling bererti, paling bernilai, tiada duanya, tidak sama dan serupa seperti permata permata yang lain, hanya satu itu sahaja lantas kalian biarkan ia tidak dijaga, tidak disimpan baik baik, membiarkan ia berdebu, tidak berjaga, tidak diurus...apakah KITA ini? Tidakkah permata yang indah itu adalah amanah buat diri kalian! tidak mungkinkah bahawa permata itu akan hilang begitu sahaja, atau permata itu menjadi rosak dan tidak bernilai lagi? Apakah KITA ini? Punya sesuatu yang paling berharga dari segala galanya yang ada di dunia ini akan tetapi membiarkan ia seperti barang buruk...melayannya seperti sampah?
IMAN...ia umpama permata yang paling indah, paling mahal, paling bernilai dari segala galanya di dunia ini! Walau hakikatnya IMAN tidaklah sama atau boleh disamakan dengan PERMATA kerana IMAN lebih bernilai dari dunia dan segala isinya! Lalu kita permainkan anugerah terhebat yang berlaku dalam hidup ini hanya kerana kita terpesona dengan dunia dan isinya! Gemerlap cahaya IMAN itulah yang perlu terus dipelihara, perlu dijaga sebaiknya malah perlu digilap sentiasa agar ia terus murni, gemilang dan menawan. Jangan jadikan ia diselimuti debu dan kotoran bagai sampah yang terbuang!
Tanpa IMAN apalah KITA ini....binalah IMAN di hati agar diri bisa membina KHALIFAH JIWA yang berpandu kepada alQuran dan asSunnah, agar sentiasa berada di jalan yang benar dan dapat menuju hidup yang bahagia di dunia dan akhirat!
No comments:
Post a Comment