Ungkapan dari seorang yang aku hormati malam tadi (aku juga senada dengannya dalam hal ini)...ia berbunyi hampir sebegini "kita tidak tahu dan selalu alpa bahawa kita lebih bernasib baik dari orang lain...." Ia ungkapan yang benar. Jika kita tidak susah dan tidak merasai kesusahan dan kepayahan, hatta betapa banyak atau sedikitpun kesusahan itu, kita sebenarnya tidak akan tahu betapa bernasib baiknya hidup kita ini selama ini.
Sedari atau tidak, kita telah kehilangan nilai "APPRESIASI" atau "RASA BERTUAH" yang sepatutnya diterjemah dalam bentuk kesyukuran kepada Allah swt. Kesyukuran ini pula diterjemah lanjutnya dalam bentuk pemikiran dan perbuatan. Adakah ada makna syukur atau bertuah itu jika seharian kita asyik mengeji dan sentiasa tidak berpuashati dengan kehidupan kita ini. Seharian kita 'marahkan' orang lain, itu tidak kena, ini tidak kena. Apakah sudah hilang 'kebaikan' langsung pada diri sifulan dan sifulan itu hingga hampir setiap hari kita terjemahkan kemarahan itu dalam bentuk makian, sinis, sindiran dan kejian! Apakah jenis manusia kita ini yang berbuat sedemikian?? Aku sendiri bimang jika sebegitu...aku bimbang jika sentiasa tidak berpuashati dengan keadaan lalu bersikap menyalahkan orang lain atas keadaan itu!
Ada beberapa persoalan yang berbangkit dari ungkapan sedemikian, antaranya;
- "Ramai orang lain dari negara lain berbondong bondong datang ke Malaysia untuk mencari kehidupan yang lebih baik, lalu KITA di sini mengungkap betapa teruknya kehidupan di negara ini..."....ini dalam konteks dan perspektif negara kita ini. Jika difikirkan sedalamnya, jika Malaysia ini teruk, tentu ramai orang tidak mahu datang ke sini mencari kehidupan yang lebih baik di sini! Akan tetapi mengapa kita masih fikir tanahair kita ini teruk?
- Jika kehidupan kita teruk, mengapa kita asyik menyalahkan orang lain?
- Adakah dengan menyalahkan orang lain itu akan menyebabkan kehidupan kita lebih baik?
- Adakah dengan menyalahkan orang lain itu akan menyelesaikan masalah kita?
- Adakah beralasan bahawa faktor ORANG LAIN itulah yang menyebabkan kehidupan kita teruk?
- Tidakkah kita fikirkan bahawa kehidupan kita menjadi teruk kerana kita sentiasa menyalahkan orang lain berbanding menyalahkan diri sendiri?
- Bagaimana proses MUHASABAH atau "mengira nasib diri" atau "belajar dari kesilapan diri" akan berlaku jika kita sentiasa menyalahkan orang lain, beralasan bahawa ia adalah sebab musabab orang lain lah yang menyebabkan kehidupan kita teruk?
- Jika begini lah sikapnya kita ini, adakah kita ini umat ISLAM yang mendokong 'Khaira Ummah'? Adakah ciri ciri utama 'khaira ummah' ini ialah menyalahkan orang lain?
- Khas kepada umat Islam di Malaysia....soalan saya ialah; Islamkah kita jika kita asyik menyalahkan orang lain?
- Jika 28 juta rakyat Malaysia dan 14@17 juta umat Islam Melayu di Malaysia ini masing masing menyalahkan orang lain berbanding menyalahkan diri sendiri, fikirkan suatu hari nanti, siapa lagi yang perlu dituding dan disalahkan untuk menanggung beban teruknya kehidupan sendiri? Justeru, bilakah kemajuan dunia dan ukhrawi akan dicapai jika begini sikapnya?
Jika kalian rasa bahawa menyalahkan orang lain itu adalah suatu perbuatan yang mulia, sesuatu yang sangat diseru, sesuatu yang sangat disaran oleh Nabi Muhammad saw maka saya seru JOM SALAHKAN ORANG LAIN!
Jika tidak sedemikian, JOM SALAHKAN DIRI SENDIRI, JOM MUHASABAH DAN PERBETULKAN DIRI SENDIRI...jika sedemikain, soalan diatas boleh diulang sekali lagi dan kali ini, kita ungkapkan bahawa ia SALAH DIRI SENDIRI, maka pembetulan, perubahan, hijrah diri perlu dibuat agar kehidupan menjadi lebih baik! ini tentunya sangat rasional kan??
Jadilah INSAN yang lebih menghargai nikmat, bersyukur dengan kehidupan, menghargai apa yang ada dan jangan diungkap kita orang yang bersyukur akan tetapi mulut, kata kata, perbuatan tidak sedemikian!
No comments:
Post a Comment