Friday, July 1, 2011

alangkah.......!!!

Assalam semua....


Bukan mudah utk menyeru dan mengajak orang lain ke arah kebaikan........bukan semudah kata kata dan ungkapan!!
....bukan mudah juga untuk memberi nasihat, jika keadaan diri tidak seperti mana ungkapan yg dinasihatkan.
....prinsip memberi nasihat ialah, diri pemberi nasihat itu mestilah boleh menjadi contoh, boleh diteladani....bukan semata mata kata kata nasihat tetapi diri tidak seperti yg dikatakan....dari segi moralnya amatlah memalukan dan menjatuhkan maruah jika kita memberi nasihat walhal perangai kita tidak seperti kata kata nasihat yg diberikan....apapun itu tidak sesekali menghalang sesiapapun untuk memberi nasihat jika ada peluang dan ruang...


itulah sukarnya seruan mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan...empunya diri perlu membetulkan diri sendiri terlebih dahulu agar tidak diperkatakan orang, seperti ungkapan meludah ke langit akhirnya terkena muka sendiri!


alangkah baiknya jika....


  1. kita memberi nasihat yg mudah, ringkas dan tidak berjela jela...khutbah jumaat adalah platform yg sangat baik untuk nasihat sedemikian, tidak perlu berjela jela, seolah olah berleter, tidak perlu mengulangi fakta lapuk tetapi berilah motivasi, tidak perlu sentiasa menakut nakutkan khalayak akan tetapi beri panduan dan jalan penyelesaian, beri cadangan dan kaedah penyelesaian yang pelbagai....
  2. mengajak orang lain mendekati alQuran dan mempelajari isi kandungan dan kaedah dan cara bacaan yg betul dengan syarat kita juga ialah susuk yg sememangnya mendekati alQuran, memahami kandungannya, kita juga dalam kategori Qari yg baik bacaannya.
  3. menasihati anak anak orang lain dengan terlebih dahulu kita memastikan anak anak kita sendiri sudah ter'jaga'...
  4. memarahi anak orang lain...seperti mana kita memarahi anak sendiri, bukan sebaliknya, memarahi anak orang lain walhal anak sendiri langsung tidak kita marah akibat perlakuan yg bertentangan tuntutan Islam dan moral...lebih baik jgn sewenangnya memarahi anak org lain, akan tetapi beri nasihat seperti mana kita memberi nasihat kpd anak sendiri....
  5. individu/ustaz/pegawai/jemaah/doktor/peguam/akauntan/guru atau sesiapa sekalipun yg memberi nasihat itu mestilah ahli/mengetahui dengan mendalam perkara yg dinasihati....jika dia qari..maka berilah nasihat berkaitan bacaan alQuran...jika dia seroang ahli fekah, berilah nasihat seumpamanya, jika boleh jangan lintas sempadan kerana dikhuatiri berlaku banyak kesilapan....jgn anggap diri cukup berpengetahuan dalam sesuatu hal....hendaklah mengakui kelebihan orang lain dan akur akan pandangannya.....jangan merasa diri sentiasa betul....itulah sepatutnya sikap seorang yg memberi nasihat.    

No comments: