Friday, July 22, 2011

asing dan akan terasing............2

...apabila menjadi asing, diri akan membina sikap tertentu, akan bangkit rasa dan semangat untuk membuktikan, lantas jatidiri terbina didalamnya, semangat menjadi membara......kerana tiada 'tongkat' yang menjadi keistimewaan kepada diri.....perasaaan seperti "jika aku tidak berbuat sesuatu, tiada sesiapa yang akan menolongku...hanyalah diriku sahaja yg akan menentukan berjaya atau tidak diriku ini"...inilah semangat HIJRAH...inilah salah satu sebab mengapa kita perlu berbuat proses HIJRAH atau juga dikenal saat ini sebagai TRANSFORMASI DIRI....inilah juga hikmah yang terkandung atau penjelasan yg rasional samada secara emosi, rohani dan jiwa mahupun psikologikal terhadap peristiwa HIJRAH Rasulullah saw.....


Kita perlu berada dalam keadaan dagang atau asing supaya kejayaan atau matlamat yang dikehendaki itu secara lumrahnya hampir 100% akan berjaya...jika kita merasa mudah, merasa ada 'tongkat' atau keistimewaan tertentu....tahap 'survival' diri secara langsung akan menurun....jika merasa asing, tahap survival diri akan meningkat berkali ganda.....risiko akan diredah dan dihadapi tanpa mengira akibat kegagalan....jika jatuh akan bangun kembali...jika jatuh lagi...akan tetap bangun....bukan  sebaliknya, jatuh dan tidak bangun bangun.


Transformasi diri mahupun Hijrah ini penting kepada setiap susuk...ia akan memberanikan hati yang kecut, semangat yg lompong kan terisi dengan penuh membara, dengan syarat asal sahaja susuk itu sanggup untuk melakukan langkah pertama. Langkah pertama itu penting, buatlah langkah pertama itu, jangan terlalu lama disuatu takuk atau peringkat tertentu. Jangan rasa selesa dengan diri, lalu mereka reka alasan tertentu.....untuk menjustifikasikan keadaan yg selesa itu.....


.........."aku cukup...cukup dengan kesederhanaan begini! aku tidak mahu terburu buru, aku tidak suka sedemikian...lagipun kita diseru supaya sederhana dalam segala perkara" atau mengungkap kata kata "...apa yang nak dikejar sangat dunia tu...tak ke mana..tak akan dibawa ke mati"..........aku akan ketawa besar jika aku temui ungkapan ungkapan sebegini. Tentu beluncas tidak akan bertukar rama rama yang cantik jika punya fikiran sebegitu!!! 


Secara peribadi, aku anggap ini ungkapan bacul, ungkapan orang yg jahil dan tiada ilmu walau sebenarnya secara ilmiahnya dia cukup berilmu.....jika umat Islam, jika setiap diri dan susuk bersikap sedemikian....alahai!! Islam akan terus terusan lemah sampai bila bila.... kerana fikiran kita yang sedemikian itulah yang membuatkan Islam itu lemah. Saat itu, jangan dituding kesana sini, jangan salahkan orang lain kerana Islam itu lemah. Walhal susuk yang sama mengungkap sedemikian itu, merasa diri lemah dan kecil sekali, cemburu malah boleh sahaja menjadi dengki dan bersikap sinis apabila teman atau sahabatnya punyai keupayaan, dianugerahi harta dan kemewahan untuk membolehkan sahabatnya itu pergi ke Haji setiap tahun? pergi mengerjakan umrah setiap tahun? malah menaja orang lain untuk pergi umrah atau haji setiap tahun? memberi sedekah dan mewakafkan harta untuk tujuan Islam......


..........apabila diajukan kepada susuk yang mula mula tadi, maka mulalah ungkapan ungkapan sinis terkeluar dari bibir mulut si susuk yang kononnya bersikap sederhana tadi...."tak pelah, dia rajin! dah rezeki dia...contact dia ramai....dia senang dapat tender sebab dia kenal orang itu ini...dia bisnes dari dulu lagi...dia dapat support....dia otak bisnes..." itu kalau ungkapan yg sederhana, kalau merasa cemburu mahupun dengki..."hermm...dia selalu under table sebab tu dapat projek banyak.....dia boleh la sebab dia rasuah (fakta yg direka2 disebabkan perasaan hasad)......entah dia bayar zakat ke idak...ada duit banyak pun tak guna kalau surau pun tak pergi (kita tak tahu dengan sebab kesibukan si peniaga/usahawan tu tadi, mungkin dia tak pergi surau berdekatan dengan tempat tinggalnya, atau dia jarang bergaul dengan jiran tetangga, tapi dia sebenarnya pergi surau atau masjid di tempat lain dikesempatan yg ada dan bergaul dengan ramai org lain di luar)....ada harta tapi hati tidak bahagia apa gunanya" Itulah antara ungkapan negatif yang dilemparkan. Alahai!!! Manusia oh manusia!!!


Walhal, jika setiap kita kukuh ekonominya...dengan diri yg terdidik atas jiwa dan roh agama...insyaallah kita pasti mampu membantu orang lain yg kesusahan, samada saudara seagama atau orang miskin dan fakir yang lain.......menjadi kaya dan berharta itu tidak salah.....yg salah ialah berfikiran untuk hidup biasa biasa, walhal tiada apa yg luar biasa yang pernah dicapai....atau, belum kaya dan berharta sudah bersikap sederhana...dimana  sikapnya yg berfikiran kononnya sederhana itulah yg telah menyekat dirinya dari membuat pencapaian pencapaian hebat dan meledakkan potensinya yang sebenar (man jadda wajada- sesiapa yg berusaha pasti akan mendapatnya)......


.........yang sebetulnya ialah seseorang itu perlu sederhana dalam keadaan dia TELAH kaya dan berharta (jangan membazir denga harta kekayaannya....jgn bersikap tamak dan bongkak...malah lebih perlu baginya untuk lebih tawadhuk berbanding orang lain/org biasa biasa sebab anugerah kekayaan yg Allah beri itu adalah keistimewaan untuknya berbanding orang lain, malah harus insaf bahawa kekayaan itu bukan miliknya semata mata-ia adalah amanah)


........jika takdirnya dia susah...dia pun perlu juga bersederhana...jangan bersikap seperti kera dapat bunga....itulah konsep yg sebenarnya......kita selalu tersalah konsep dalam mengaplikasikan prinsip dan falsafah mahupun pengajaran  yang dibawa oleh Islam....ruginya kita!! 


Kita rasa kita sudah memahami Islam....tetapi hakikatnya tidak....sebenarnya kefahaman kita tentang Islam hanya setakat praktis ritual semata mata tetapi bukan memahami hikmah dan falsafah disebaliknya...sebab itulah  ramai yg solat dan sebagainya tetapi faedah disebaliknya tidak diraih....kita terus terusan rugi...apapun kita masih juga beruntung kerana kita beriman kpd Allah swt dan kita adalah Islam...Insyaallah....      


    

No comments: