Assalam semua....
Dalam kitab Tazkiatun Nafs oleh Said Hawa yg didasarkan dari kitab ulamak agung Imam AlGhazali iaitu Ihya Ulumiddin dan juga kitab AlAdzkar oleh Imam Nawawi....
.....terkandung didalamnya mutiara zikrullah...kita disarankan sangat sangat untuk tujuan zikrullah iaitu berzikir kepada Allah dengan mengamalkan setiap pagi dan petang...
....sesudah solat subuh dan sesudah solat asar atau ketika maghrib untuk membaca zikrullah yg termasyhur didalam hadis Nabi saw, tambahan pula di bulan Ramadhan alMubarak ini....iaitu:
.......kalimah Subhanallah hil adziim subhanallah wabihamdihi 100x,
.......Laa ilaa haillallah (tiada tuhan selain Allah) 100x dan juga
.......Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaa haillallah, wallahuakbar, walaa haula walaa quwwata illa billahil aliyyil adziim.....
Glory be to Allah, All praise is to Allah, there is no god but Allah. There is no power and no strength except in Allah.
Siti Fatimah r.a....ketika mengadu kpd ayahnya tentang beratnya kerja rumah lalu memerlukan pembantu..lalu dijawab oleh Baginda saw...dengan penuh lembut dan tarbiah sekali...."bagaimana jika aku gantikan dengan sesuatu yg berkali ganda lebih baik dari seorang pembantu rumah"...itulah dia dia Rasulullah saw memberi amalan zikrullah seperti yg diatas iaitu Subhanallah, walhamdulillah walaa ila haillallah wallahu akbar sehingga habis...untuk diamalkan oleh Siti Fatimah anaknya yg paling disayangi oleh Baginda saw....
Hikmahnya, tentu ada sesuatu yg amat besar disebalik zikir tersebut hingga Baginda saw mengatakan ia lebih baik berkali ganda dari seorang pembantu rumah, apatah lagi ia disarankan kpd anaknya sendiri Siti Fatimah r.a.......mungkin kesan zikir tersebut akan membolehkan seorang pengamalnya menjadi lebih berkeupayaan untuk melakukan kerja kerja yg berat dan sebagainya...apapun, saranan saya agar kita berzikir kerana Allah dan amalkan ia kerana Allah...insyaallah akan ada kebaikan jika selalu dan konsisten dalam mengamalkannya....... bukanlah berzikir itu untuk menjadi kuat atau sebagainya....itu yg memesongkan, hendaklah zikrullah dengan niat yg tulus ikhlas kerana Allah.....imbalan dari zikir yg dilakukan sentiasa itu, kita serahkan urusannya kepada Alah swt...Dia maha mengetahui dan Maha Kuat....ameen, insyaallah!
No comments:
Post a Comment