Assalamualaikum semua....
Alahai...jerebu lagi! Kesan pembakaran terbuka di Borneo dan Sumatera (kata laporan akhbar)...semakin kusut otak bila berjerebu ni....emosi terganggu dek jerebu, benarkah?.....Moga rahmat dan kasih sayang Illahi melimpahi bumi bertuah ini.....lalu DIA pemilik hujan akan menurunkan hujan yg "membersihkan" udara dan alam...di bumi ini.....agar kita kan bernafas lega lalu mensyukuri nikmatnya disebalik kegersangan fikiran dan minda manusia.....
"tidaklah segala kerosakan berlaku diatas mukabumi ini melainkan kerana 'tangan tangan' manusia jua" maksudnya...kerosakan yg berlaku ini bukan sebab lain...kita yg menyebabkan ia sebegitu kerana rakusnya nafsu dan tamaknya hati....
Aku mengingatkan diri sendiri dan kalian...sentiasalah syukuri nikmatnya....asas kesyukuran itu bukan semata mata kalimah dimulut....akan tetapi terzahir dengan perbuatan dan tersirat didalam jiwa yang bersyukur.......jika mulut mengungkap syukur akan tetapi perbuatan tidak sedemikian, itu bukan sebenarnya syukur....lalu kita semua menghargai, dan menginsafi nikmat yg terlalu banyak diberikan olehNYA....
natijahnya, jika kita bersyukur....jiwa menjadi lembut dan belas, apa yg berlaku samada kekejian dan makian ataupun perkara buruk yang berlaku terhadap diri, akan diterima dengan penuh redha kepadaNya kerana hati yang lembut dengan bersyukur itu akan menyedarkan diri bahawa terlalu banyak nikmat yang telah Allah kurnia disepanjang kehidupan, lalu ia membuahkan redha yang bersangatan.....dan terhasillah perlakuan perlakuan murni, lantas apabila berlaku maslahat/perkara perkara buruk/perbuatan perbuatan buruk yg berlaku terhadap diri...kita tidak mudah melenting dan marah, kita akan lebih sabar dan tawadhuk dek kerana hati dan jiwa yang sedar tentang kelebihan kelebihan nikmat yang Allah kurnia terhadap diri, justeru, jiwa dan hati akan mengungkap dengan penuh sedar lalu terbitlah ungkapan;
"apalah sangat perkara buruk ini berlaku pada diriku, hanya kerana ia sebenarnya mengandungi hikmah yg besar buat diriku..tentunya ia mengandungi pelajaran yg amat berguna walau sekarang aku tidak memahami maksud yg tersirat disebalik kejadian buruk ini......tentu ada sesuatu yang Allah ingin beri pelajaran kepada diriku...tentu ada hikmah...lebih baik aku redha dan pasrah kepadaNya kerana aku tidak tahu apa yg lebih baik disebaliknya" atau
"mungkin juga ia berlaku kerana aku telah berbuat dosa kepadaNYA...Ya Allah amouni aku...aku hamba yg lemah....kejadian buruk yg menimpaku ini...mungkin sebagai kaffarah terhadap dosa dosaku terdahulu....syukur kepadamu Ya Rabb kerana menyanyagi diriku ini, lalu kau timpakan ini di dunia, kerana tentunya akuu tidak sanggup menerima seksaan MU yang maha berat di akhirat kelak....aku pasrah dan redha Ya Rabb!" berbanding....
"ish...ini mesti salah si fulan dan sifulan itu..." atau "engkau tidak adil Tuhan, kerana menimpakan perkara sedemikian kepadaku...aku telah berbuat banyak kebaikan...akan tetapi ini yang aku dapat!!" atau ungkapan "i deserve better than this...i am not weak....this thing happen due to others"......atau ungkapan ungkapan lain yang sedari atau tidak...kita tidak mahu menerima hakikat sebenarnya...bahawa ia salah kita sendiri ataupun ia berlaku sebagai pengajaran terhadap diri...
benar....saya tidak menafikan bahawa apa yang berlaku, ada faktor faktor rasional dan logikal yang menjadi penyebabnya..."cause and effect". Saya tidak menafikan sedemikian....namun "bottom line" kita perlu menerima hakikat bahawa, kita tidak boleh terus terusan menyalahkan mana mana pihak ataupun orang lain, perlu melihat diri sendiri terdahulu, perlu muhasabah dan menginsafi kesalahan atau perlakuan yang sebenarnya tidak mendapat redha Allah dan bertentangan dengan prinsip dan ketetapan Allah dalam peraturan dan undang undangNya...atau mungkin juga kita harus semak beberapa perkara wajib yang telah terlepas pandang, lalu kita melupakan untuk memenuhi sebab keperluan yang perlu dilaksanakan utamanya ialah keperluan Sang Khaliq....kemudian barulah keperluan diri dan keluarga, mahupun tuntutan tanggungjawab dan tugasan sedia ada...harus diingat, melaksanakan tanggungjawab terhadap kerja dan keluarga, anak anak dan isteri juga adalah proses memenuhi amanah Allah, hanya sanya jika ia dilakukan dengan niat keranaNYA....insyaallah.
No comments:
Post a Comment