.......ketahui pucuk pangkalnya coretan yang ketiga ini...dengan membaca dahulu catatan tentang asing dan akan terasing yg mula mula sekali dan yg no 2, baru wujud kesinambungan.....jgn diambil kebiasaan baca sekerat sekerat kerana kesimpulan akan jadi sekerat sekerat, itulah kebiasaan yg berlaku didalam masyarakat kita, suka sekerat sekerat, laksana yg Allah suruh buat pun buat pun sekerat sekerat dan tidak sepenuhnya...inilah kepincangan dan luputnya kebijaksanaan didalam minda umat Islam. mengapa? jawapan saya mudah sahaja, .....kerana tiada fokus!!
......apabila diri sudah biasa berfikiran picisan, itulah akibatnya. Malah soal membaca juga jadi picisan...tidak boleh fokus untuk membaca keseluruhan maklumat mahupun keterangan/catatan/buku/kitab/artikel tentang ilmu. Tanda tandanya jelas sekali...tanyakan diri adakah ini berlaku terhadap kalian!.....apabila membaca bahan yg serius, tidak perlu mengambil masa yg lama, sekitar 10-15 minit apa yg berlaku? mengantuk? kuyu? letih? penat otak? terlelap? hilang minat??......berhenti sebentar...tukar bahan kpd cerita/novel/berita sukan/berita gosip/cerita hantu/cerita lawak antarabangsa/lawak lucah/permainan 'games' komputer.....lihat berapa lama kalian boleh 'terpaku' terhadap bahan bahan berikut.....berapa minit telah berlalu, berapa jam telah pergi tapi kita tetap fokus dan masih menguliti bahan bacaan tersebut atau apa sahaja!! (aku ketawa dalam hati melihat gelagat teman2 yg kukenal...cakap berdegar degar itu ini......tapi kosong kerana sumbernya tidak ilmiah, omong kosong...maaf bukanlah aku mengenepikan kalian atau tidak menyukai sikap kalian...bukan itu, tapi perlu seimbang dan sederhana setiap perkara)......berbalik kpd soal perbincangan kita.....itulah dia, ilmu yg baik, benar, murni itu terasing......tidak dipeduli....sehingga apabila membacanya kita lantas sahaja bosan, mudah jemu...cuba muhasabah, adakah diri telah mengkhatamkan Ihya Ulumiddin al Ghazali,....mengkhatami tulisan dan tafsiran Hamka, dalam buku bukunya.......itulah keterasingan yg saya maksudkan, itu belum lagi karya karya besar ulamak dan cendekiawan Islam yg lain....khazanah ilmu itu terasing dalam seharian hidup kita, begitu juga hatta menatapi wahyu Illahi dalam Kitab Agung biarpun sekadar 5-10 minit selepas solat setiap hari...itupun sukar, apatah lagi memahami dan mengambil iktibar, mengkaji dan menganalisa alalu membuat kajian terperinci sebelum tampil dengan kesimpulan tertentu...itu pun sukar kita lakukan...hakikatnya, itulah kita!! mengkaji dan mempelajari semua itu bukan urusan cendekiawan semata mata, ia juga urusan 'wajib' kita....
....bagaimana mungkin otak dan minda yg telah terkesima dengan bahan picisan/maklumat picisan sejak dari dahulu lagi yg nilai beritanya hanya sementara atau bersifat duniawi semata mata mampu kan menyerap maklumat dan ilmu yg sifatnya menerangi diri, jiwa dan ruh seeprti yang terkandung dalam kitab dan karya karya agung para cendekiawan Islam......cuba lihat bagaimana Baginda Rasulullah saw, menjauhkan diri dari komuniti kaumnya di saat saat masanya tiba sebelum waahyu pertama turun, saat sebelum Baginda dinobatkan menjadi Rasul untuk seluruh alam ini.....apa yang Baginda saw lakukan?
.......Baginda saw menjauhkan diri dari duniawi dan segala tentangnya yg bersifat bertentangan dengan nilai nilai murni, nilai positif.....agar nilai negatif itu tidak bercampur dengan nilai positif......berdasarkan ini jelas perlu ada persempadanan nilai, dan ia perlu dilakukan dalam kehidupan kita yang membezakan antara yg positif dan negatif.....keduanya tidak boleh bercampur, ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian yang lain. Cuba persoalkan kepada diri...adakah kita telah melakukan sedemikian?? memisahkan dan membuat persempadanan yg haq dan yg batil (ini satu aspek)? yg positif dan negatif (aspek yg lain)? Mengapa persempadanan nilai ini? Jawapnya mudah.....agar kita boleh menerima hakikat dan kebenaran Allah, yang dengannya kita bertindak dengan sebaik baiknya sebagai hamba kepadaNYA, hakikat dan kebenaran dakwah Rasulullah saw....dan mengetahui segala kebaikan yg dibawa oleh dakwah Rasulullah saw....untuk kebaikan diri kita dunia dan akhirat......
No comments:
Post a Comment