Assalam semua....
Menjelang Ramadhan Mubarak yang mendatang ini, pasti akan timbul persoalan persoalan dan isu isu lama yg diungkit kembali. Antaranya yang paling 'glamer' ialah soal solat Terawih 20 rakaat mahupun 8 rakaat. Itu belum lagi soal lain. Begitulah umat Islam bercakaran membincangkan isu ini.
Selagi mana kita berbahas untuk isu sebegini, selagi itulah kita membazir masa dan waktu yang semakin 'menghilang' dari hayat usia kita. Bimbang kiranya anak anak kita turut hanyut dalam perbincangan sebegini yang tidak memberi manfaat jika ia tidak habis habis dibahaskan. Buatlah ketetapan mulai sekarang dan teruskan perbanyakkan ibadah. Jangan banyak berbahas hingga kita hanyut dalam perbahasan yang tidak ke mana. Pilih lah, jika mahu solat 8 rakaat sekalipun atau 20 rakaat sekalipun. Keduanya berasas dan diterima dalam Islam. Jangan sewenang wenang beralasan yang boleh mengelirukan orang lain, antaranya, "aku buat 8 rakaat sahaja sebab ikut sunnah Nabi saw'...kerana alasan sedemikian tidak kukuh. Jika mahu ikuti sunnah Nabi saw, ikuti keseluruhannya jangan ambil sebahagian dan tolak sebahagian yang lain. Nabi solat 8 rakaat Terawih.....dengan setiap rakaat menghabiskan satu surah sebagai contoh Surah Al-Baqarah, iaitu surah surah yang panjang, bukan surah surah yang pendek.
Manakala fatwa Amirul Mukminin Umar alKhattab itu juga berasas untuk kebaikan umat Islam keseluruhannya...harus diingat bahawa tiada had rakaat seseorang itu untuk solat Terawih di bulan Ramadhan. Malah Saidina Usman alAffan solat Terawih sehingga 60 rakaat pada satu malam.
Kita sering jadi umat yang mempertikai sesuatu yang telah menjadi ketetapan, dan pertikaian itu diikuti oleh anak anak kita dan ahli keluarga kita turun temurun, lalu ia menjadi berpanjangan. Tidak habis habis sejak dulu sehingga sekarang dipertikaikan soal 8 rakaat Terawih atau 20 rakaat. Itu baru zaman kita, belum lagi zaman anak anak kita akan datang, pertikaian atau perbahasan itu dilanjutkan, tanpa henti. Ikutilah jemaah yg ramai, jika di surau atau masjid tempat kalian tinggal, Terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat, ikutilah, jika 8 juga ikutilah, jika mahu lebih buatlah lebih, terpulang kepada diri. Jangan dipertikai, jangan mempersoal mengapa sifulan itu tidak buat sebegini dan sebegitu...kita yang dok mempertikai ini akan hilang pahala sebab asyik mengecam orang lain. Redhakan lah diri dan tunjuklah contoh buat generasi akan datang. Adalah amat dikhuatiri kita mengikuti perangai orang orang Yahudi seperti tercatat dalam alQuran sering mempertikaikan itu dan ini....malah mempertikai perintah Allah swt. Lihatlah kaum Nabi Musa, teliti sejarahnya, tidakkah kita mempelajari sesuatu dari sejarah yg benar??
Malah, sikap kita perlu berhati hati dari mengecam pihak yang melaksanakan Terawih 8 rakaat berbanding 20 rakaat. Biarkan masing masing membuat pilihan, dan melakukan mengikut kemampuan masing masing. Juga jangan dipertikai fatwa Saidina Umar alKhattab, dia sahabat Nabi saw yang utama, dia ahli syurga (telah dijanjikan oleh Rasulullah saw), siapalah kita untuk mempertikaikan dia. Ditakuti kita terlibat dalam perbahasan lalu terjerumus dalam perbincangan yang secara tidak sedar 'mengecam' Saidina Umar alKhattab, sahabat nabi yang mulia ini. Nauuzubillah!
Sebenarnya, kita perlu mempertikai (kenyataan ini utk diriku dan kalian juga sebagai peringatan) banyak mana amalan yang kita lakukan disepanjang Ramadhan ini, apakah ia lebih baik dari Ramadhan yg terdahulu? Kita perlu muhasabah diri, untuk meningkatkan usaha beramal, kurangkan dosa mulut berupa cercaan dan kata kata yg maksiat, suburkan silaturrahim dengan bersedekah samada sedekah tenaga dan wang ringgit atau mengajak orang lain, jiran tetangga atau orang lain berbuka puasa bersama (jika boleh).....harus diingat bahawa puasa kita itu, Allahlah yg memberikan pahalanya, segalanya tertakluk kepada DIA. Allah tidak perlukan puasa kita, Allah tidak berkehendak dengan amalan kita, segalanya yg diperintah lalu kita lakukan adalah untuk kebaikan kita sendiri.....ia manifestasi KEPATUHAN seorang hamba kepada tuannya, ia lambang ketaatan, keimanan, rendah diri, tawadhuk seorang hamba kepada Sang Pencipta......jangan biarkan ibadah puasa dan segala amalan lain samada di bulan Ramadhan alMubarak ini umpama debu yang ditiup angin, akhirnya dikhuatiri nanti di akhirat, puasa kita itu 'dicampak' ke muka kita dek kosongnya nilai.
Yang penting, ambillah kesempatan yang ada mengikut kemampuan masing masing untuk melakukan amal sebanyak mungkin di Ramadhan alMubarak ini kerana khuatir kita mungkin tidak ketemu dengan Ramadhan yang akan datang...boleh jadi, inilah Ramadhan yang terakhir buat kita, masyaallah!!
No comments:
Post a Comment