Assalam semua...
Marhaban Ramadhan alMubarak....
Alangkah bagusnya jika kedatangan Ramadhan ini, ibadah sedia ada dipertingkatkan! Ini kerana bulan ini penuh gandaan pahalanya...penuh berl;ipat kali ganda untuk mereka yg tahu dan sedar malah insaf...apapun, beribadahlah dengan tujuan dan niat yg satu iaitu KERANA ALLAH...soal pahala, kita serahkan kepadaNYA kerana DIA adalah sebaik baik pemberi balasan dan pemberi pahala.....
Saya mengingatkan diri sendiri dan menyeru kalian semua....jika sebelum ini kita baca al-Quran seadanya, tanpa 'target' yg khusus, apalah kiranya jika Ramadhan kali ini kita boleh khatam membaca alQuran 30 juzuk....masa yg ada kita peruntukkan selama 10-15 minit untuk menghabiskan 5-7 helaian naskhah alQuran selepas setiap solat fardhu atau sebelumnya....jika setiap kali sebelum dan selepas solat fardhu, kita boleh membaca sekitar 5-7 mukasurat. Ini adalah gantian masa yg dibuat berbanding ketika bulan bulan yg lain, dimana waktu tengahari kita 'break or lunch' namun diwaktu tengahari, jika ingin 'nap' sebentar, insyaallah teruskan namun sebaiknya sudahi dulu 1-2 mukasurat, kemudian tidur sebentar (ia adalah sunnah tidur 'seketika' ditengahari sebelum masuk waktu Zuhur, agar mudah untuk bangun malam Qiyamullail bukan sahaja pada bulan Ramadhan malah pada bulan2 lain sekalipun)...masa yg dahulunya kita gunakan untuk pergi makan tengahari selama 1jam boleh digunakan sebahagiannya untuk membaca alQuran sekitar 10-15 minit. Jika dilakukan secara berterusan setiap kali sebelum atau selepas solat fardhu, kita akan menghabiskan 1 juzuk setiap hari, dan cukup 30 hari maka cukuplah 30 juzuk....boleh juga menyertai Program Tadarus di masjid dan surau...lalu mengkhatamkan alQuran secara jemaah.
Apapun, bukan itu sahaja amalan yg boleh dibuat sepanjang Ramadhan ini....namun membaca alQuran adalah ibadah yg ringan dan sangat digalakkan kerana membacanya kemudian kalau boleh mengerti kandungan apa yg dibaca...boleh melembutkan hati dan menambah tawadhuk dalam diri...itulah sebahagian modul Tarbiah Ramadhan......ibadah solat qiyamullail, solat solat sunat yg lain sepanjang hari dan malam, bersedekah dalam pelbagai bentuk, dan utamanya mengawal nafsu diri dari makan dan minum adalah sebahagian modul tarbiah Ramadhan......MARHABAN YA RAMADHAN...moga kita beroleh yg terbaik dari Ramadhan kali ini...insyaallah!!
No comments:
Post a Comment