Thursday, July 14, 2011

Jumud dan terbuka!!

"udhuluu fis silmi kaafffah"...masuk lah kamu kedalam Islam secara keseluruhan...ringkas tp besar makna...fikiran perlu seluruh@menyeluruh (holistic) jgn fikiran picisan....dikaburi oleh sempit@jumudnya kaedah fikiran lalu menghijab keputusan yg murni dan mulia akhlaknya!!

Itu antara wall post dalam FB sy hari ini...terpanggil utk membicarakannya pula. Kita ambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain...sebab itu umat Islam lemah, kalah dan tak menang menang dalam perjuangan. 

...........Kita ambil hanya yang sesuai dan kita suka sahaja manakala kita 'ignore', buat tidak tahu mana mana yang tak 'ngam' dengan kita. 

...........kita HANYA peduli nas, hujjah dan pendapat atau keterangan yang hanya memihak kepada kita lalu kita tidak mempedulikan nas yang lain, hujjah yang lain, pendapat yang lain untuk isu yang bertentangan atau berbeza samada untuk isu isu yang sama sekarang atau isu isu yang lain.

..........kita kata kita Islam tapi perangai dan cara berfikir serupa orang bukan Islam, fikiran jumud dan jahil...apabila ditegur dan diingatkan kita langsung tidak ambil peduli.

...kita kata kita perjuangkan Islam, tapi adakah kita benar benar menghayati syumulnya kehidupan Islam itu? Tanyakan dahulu kepada diri, adakah urusan diri sudah selesai, adakah urusan anak anak dan isteri sudah selesai, nafkah mereka selesai, pendidikan mereka selesai, pembentukan akhlak dan moral mereka selesai? sebenarnya itulah perjuangan yg perlu diutamakan dan seiring dengan perjuangan untuk menegakkan Islam..tidakkah kita kata tadi Islam itu menyeluruh? Justeru, lakukanlah tindakan dan perbuatan yang menyeluruh...jangan buat itu dan tinggal ini, jangan bila ada sukan bukan main terkesimanya diri, adrenalin meningkat (maaf sy aktif bersukan dan bukan anti sukan), adakah perasaan yang sama apabila panggilan Illahi duilaungkan di setiap waktu...adakah kita berduyun dan terkesima untuk berjemaah dan merasa rugi jika tidak datang awal.

Jangan bicara soal perjuangan jika perkara dan urusan diri mengikut syariat Islam belum selesai, urusan anak anak dan isteri belum selesai! Itu perjuangan hipokrit namanya walau Islam bermain dibibir mulut....Islam bukan begitu, betulkan dahulu pemikiran dan cara berfikir, gunakan prinsip prinsip murni dan falsafah pemikiran Islam yang murni untuk bermula...pasti perjuangan Islam yang diperkatakan itu akan berjaya....harus  diingat, perjuangan adalah umur masa yang panjang, jangan diharap hasil sesingkat mana kerana seingkat mana hasilnya begitulah jua singkatnya ia dipersada, sebentar kemudian, saat itu akan runtuh apa yg dibina mahupun diperjuangkan.....masyaallah!!

Saya memohon kehadrat Illahi, agar sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada semua pejuang pejuang Islam dimana jua mereka, dan memohon kepadaNYA, agar Allah sentiasa membimbing dalam bentuk petunjuk dan hidayah agar saya berfikiran benar sentiasa dalam memahami maksud perjuangan Islam ini....

Berilah komen kalian, tidak mengapa jika kalian tidak bersetuju dengan saya, kerana saya cuma ingin melontarkan kepastian dan kebenaran yang sedikit ini dan sanggup menerima perbezaan pendapat dengan hati terbuka....jika pandangan saya ini salah, sila perbetulkan saya.......moga moga Allah memberi kita petunjuk hidayahnya sentiasa! Ameeen
  

No comments: