Sunday, July 3, 2011

antara nafsu dan sunnah.....apa niatnya!!!

Assalam semua.....


Sunnah Rasulullah saw......jika dilakukan dan dilaksanakan tentunya dan pastinya akan memberi faedah yg amat besar kpd diri dunia akhirat...tiada sunnah yg pabila dilakukan akan membawa keburukan...jika ada kalian buktikan dan nyatakan kpd saya....


Akan tetapi hari ini...jika melakukan sunnah..implikasi yg diterima...keadaan makin buruk dan makin rosak? Mengapa? Tentu ada yg xkena, tentu ada yg silap dengan kita,kononnya ingin melakukan ikut sunnah natijahnya lebih merosakkan dan porak poranda...


Contohnya; tidakkah berkahwin itu sunnah, dan berkahwin lebih dari satu itu sunnah....akan tetapi jika dilihat sekeliling kita....ada ramai yg kahwin lebih dari satu, kononnya ikut sunnah Rasulullah saw...akan tetapi kehidupan lebih porak poranda..keamanan yg dicari, kebahagiaan yg dicari...tidak menyusul. Mengapa? Adakah sunnah itu benar benar mengikut saranan Rasululllah saw.. Baginda kahwin lebih dari seorg isteri...tetapi semuanya bahagia dan berjalan lancar...tengok apa niat Baginda....adakah kerana nafsu? Pasti tidak!! Walau itu yg difitnahkan orientalis mahupun puak fahaman liberal terhadap Baginda. Siapa yg baginda kahwini? Hanya Aisyah r.a. yg anak dara, yg lain janda yg kehilangan suami akibat syahid di medan peperangan, mereka perlu pembelaan dan tempat bergantung...kita pula? Yg kedua...ketiga...keempat....janda atau anak dara...xde masalah utk kahwin anak dara pun tp konsep yg dibawa oleh Rasulullah saw ialah membela mereka...adakah kita bela mereka, adakah kita boleh bersikap adil...jika ada isteri kedua atau ketiga..atau keempat....lebih memporak porandakan atau lebih membahagiakan...


......cuba lihat tandanya atau indikator yang satu dulu...jika beristeri satu pun tak boleh nk urus...tak boleh nk bimbing, tak boleh nak berlaku adil...tak payah la untuk yang kedua dan seterusnya....lebih baik tumpukan usaha membina keluarga, mendidik anak anak dengan sebaik mungkin agar anak2 menjadi insan yg memberi faedah kpd diri, keluarga, masyarakat, ummah dan agama....berbanding sebaliknya...jika bertambah isteri, kemudian anak anak tidak terbela...tidak terjaga, terdidik...tidakkah itu menambah masalah diri....takkan lah anak anak itu hendak dipertanggungjawabkan kpd ahli keluarga lain mahupun masyarakat umumnya.....


Cuba perhatikan....yg beria ia nak kahwin lebih dari satu pulak, adalah kebanyakannya mereka yg biasa biasa, bukan ulamak, cerdik pandai agama pun...manakala yg cerdik pandai agama pula....sepatutnya lebih berilmu lebih pandai lebih berpengetahuan....tetapi mereka hanya beristeri tunggal...mengapa? Saya berpendapat bahawa mereka ini lebih memahami konsep poligami sebenarnya...dan ketahuilah bahawa mereka lebih memilih utk melakukan 'fawaahidah' hanya satu isteri.....


Justeru....fahamilah dengan seluas dan sepenuhnya....jgn sembrono tak tentu pasal yg akhirnya menyusahkan diri sendiri, isteri, anak anak dan ahli keluarga yg lain...lalu mengheret mereka ke dalam permasalahan yg kita buat dan cipta...itupun sudah dianggap suatu kezaliman sebenarnya....jika kita zalim, tidak sama sekali kita layak untuk bertambah isteri...kerana lawannya adil ialah zalim....hanya suami yg adil layak utk beristeri lebih (iaitu salah satu prasyarat utama)...


Insyaallah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: