Wednesday, July 20, 2011

asing dan akan terasing............

(Artikel ini pernah terbit dalam ILuvIslam.com edisi 26/11/2011)

Assalam semua....


Gambar ini ihsan tuan punya badan Sdra Tembakau@Ariyon.... 


Semalam BB ku berbunyi..tanda sms masuk...dari seorang teman....Ariyon@Tembakau.


"Ko ada no Non?...(Zainal Rashid Ahmad-Pengurus Besar Bahagian Kandungan TV AlHijrah)" aku membalas sms teman ku tadi "nah ni dia, no tepon ofis, handphone dia ngan email dia sekali...ko nape? kena temuramah ker?(walhal aku sudah tahu dia akan dipanggil temuramah oleh si Amin)"...sebentar kemudia sms ku bersahut lagi "nak pakai neck tie...aku tak de"....aku diam tak menjawab...


Pagi ini ku dail nombornya..."mana ko?"....jawabnya "aku kat Klinik Rozita..."..pantas aku membalas "nape? siapa yg sakit"....jawabnya "anak aku ni haa...tak sihat". Perbualan tamat. Sebenarnya tak payah cakap lama2 guna telefon tangan ni...abis bateri, byk bil kena bayar...yg untung Celcom gak nanti...hehehehehe (getus hatiku). Sebenarnya, aku tak suka cakap banyak melalui telefon...kalau nk cerita panjang jumpa dan sembang...kalau nak panjang lagi cerita, baca novel SALINA, A. Samad Said (kahkahkah).......


............aku terus membonceng motosikal ku ke Klinik Rozita yang berdekatan dengan taman tempat tinggalku sambil jumpa dia, beli sarapan kat anak kesayanganku Iman Ihsan......."Nah..pakai neck tie ni...warna kuning Diraja, walau ko bukan raja...tapi ko bersih..insyaallah.....hahahahaha" sambil aku ketawa....."ko bersih version berapa" ujarku. Dia tak menjawab. "Bila temuramah??" Dia menjawab, "Pagi Jumaat nih..." Aku tanya "Pasai apa?". "Alaa..pasal sumbangan kartunis Islam dalam perkembangan dakwah dan mencorak masyarakat" ujarnya. "Hermm....kacang goreng jer tu...rileks ler bro!..Ko kena tenang dan 'cool'..jangan ter'kucil' yer"


]
Gambar ihsan Tembakau
Itulah insiden aku pagi ni....ya benar, coretan dalam blog ku hampir keseluruhannya adalah berdasarkan insiden. Fikiranku terawang awang dengan perbualan dengan Tembakau tadi...Dia dikenal orang, karyanya dihargai dan dicari....tetapi orang tidak mengenal dia. Aku kenal dia....aku selalu menyelami isi hatinya..begitu juga dia....jika aku susah, dia lagi susah. Hidupnya ringkas, tidak seperti dahulu. Malah harus aku mengakui bahawa hidup kami berdua ringkas sekarang.


Kudos to Tembakau
Berbalik dengan topik perbincangan.....dan kaitannya dengan kartun yg dihasilkan "KARTINI" suatu cerita yg berdasarkan kisah sebenar, cuma plot plot yg sedikit berbeza....itulah Tembakau aka Ariyon.....pernah dahulu kami berbincang....apa sumbangan dan peranan terhadap Islam....'Kita ni sekolah agama Yon,...berbuih Ustaz ngajor itu ini...macam2 ceramah kita dah dengor, aku rasa kita perlu berperanan dalam konteks masing masing...yg kita amalkan sendiri tu dah tentu...part untuk UMMAH ni la......" ujarku. Maka lahirlah sebuah cerita dan karya yg diikuti oleh kami semua semasa di sekolah dahulu...."dulunya aku ketagih membaca karya kartun dalam bentuk cerita futuristik miliknya.....dia ada buku skrap khas yg dilukisnya lalu ceritanya diceritakan dalam bentuknya tersendiri lalu digilai oleh orang lain"..iaitu cerita kartun Kartini dengan watak kawan kawan kami semua..manakala watak perempuannya (BERTUDUNG)....itu yg pertama di Malaysia. Itu aku pasti....itulah antara usaha murni Tembakau di persada dunianya...mengubah persepsi bahawa kita sebenarnya boleh mengubah pandangan masyarakat melalui kacamata kita sendiri...mungkin benar bahawa kita tidak mampu mengubah semuanya...akan tetapi jika semua orang berusaha untuk perkara yg sama....aku pasti masyarakat akan berubah......


Tidak dapat dinafikan bahawa...bukan senang kartunnya diterima.....ini pandangan aku secara peribadi...dia lebih tahu tentang kartunnya...catatan ini aku ceritakan berdasarkan lensa hidupku....Kartunnya dilihat agak terasing.....lalu aku teringat bahawa "ISLAM ITU ASALNYA DAGANG (ASING) DAN KEMUDIAN AKAN KEMBALI DAGANG (TERASING)"


Kenyataan itulah yg menerawang fikiranku pagi ini selepas pertemuan seketika dengan Tembakau........benar ungkapan tersebut....bila kita sebut Islam maka kita boleh kaitkan ia(kalimah Islam itu) dengan kebenaran, hakikat, jalan yg lurus, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, keberkatan, cahaya, petunjuk dan segala macam kaitan yang mampu kita fikirkan...SETUJU????Saya sangat terpanggil utk memberi sedikit penjelasan ringkas tentang ini.....Jika kalian setuju, maka Islam juga asalnya dagang iaitu asing...maka kaitan (samada kebenaran, hakikat, jalan yg lurus, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, keberkatan, cahaya, petunjuk dan segala macam kaitan yang lain) yg boleh kita fikirkan tentang Islam itu ialah asing atau dagang......ia tidak meriah, ia sunyi, ia sendirian, ia tidak ramai, ia kelihatan tidak penting, ia kecil, ia tidak pernah gah, ia tidak glamor, ia terpencil, ia dihina, ia dipandang hina, ia tidak sofistikated, ia tidak moden, ia seolah kuno, ia ringkas, mudah, ia tidak bertaraf, tidak pula berkasta, ia bukan bangsawan mahupun elitist, ia tidak mewah-Islam tidak pernah mewah, ia sederhana, ia tidak agresif, ia tidak ekstremis (jika dilihat dalam dunia hari ini).........itulah Islam, itulah jua kebenaran......


Justeru, bersabarlah, jika kita ingin berperanan dalam dakwah dan mengubah masyarakat dalam apa jua cara sekalipun.....cabarannya maha besar...panjatkan zikir dan doa kepadanya mohon diberi kemudahan dan kekuatan......inilah yg sukar sebenarnya untuk terus konsisten...apapun Allah Maha Tahu...Dia Tahu nasib hambanya, Dia tidak pernah zalim.....pasti dia akan membantu hambaNya.....


BERSAMBUNG  
Post a Comment