Monday, July 4, 2011

Sumbangan, sedekah dan derma....alahai

Assalam semua...


Kes 1-Sedang kita minum di kedai, menjamu selera...tetiba datang seseorang memohon derma mahupun sedekah....pernah alami situasi itu.


Kes 2-Ada juga yg memohon derma atau sumbangan dengan menjual barangan, jika beli barang/produk dikira membeli sambil menderma


Kes3-Ada juga yg menghantar surat memohon sumbangan terus ke alamat rumah, bagaimana mereka tahu alamat kita, sy sendiri tidak pasti.


Kes 4-Ada juga menggunakan saluran 'social networking' untuk memohon sumbangan....melalui FB atau twitter


Kes 5-ada juga yg memohon bantuan untuk para muallaf...ya benar memang mereka perlu dibantu serba serbinya.


Memang sebenarnya kita digalakkan menderma, memberi sumbangan dan sebagainya...ia boleh dalam apa jua bentuk sekalipun. Samada sumbangan tenaga, wang ringgit dan barangan atau wakaf tapak atau tanah atau bangunan.


Apapun, jika kita perhatikan, sudah semacam budaya 'kot' dikalangan umat Islam untuk minta derma (maaf, ini bukan bebelan atau coretan sebagai tanda tak suka/bersetuju untuk menderma) untuk apa tujuan sekalipun.Seolah olah derma itu sudah menjadi suatu kemestian.....mereka beredar dari satu meja ke satu meja meminta derma, saya secara peribadi (I pity them.....and very sorry for them) akan tetapi ia menunjukkan seolah olah, tiada sesiapa yg membela mereka....tiada sesiapa yg membantu mereka, walhal kita ada institusi zakat dan Baitulmal dan sebagainya....adakah mereka ini bukan warganegara lalu tidak layak dari segi prosedur untuk menerima bantuan? Sebab dalam Islam, soal memberi bantuan ini merentas sempadan negara. Cuma dari segi pentadbiran dan prosedur, ia perlu ditetapkan syarat supaya wang zakat tidak disalurkan sewenang wenangnya kepada yg tidak berhak.


Dalam soal lain pula, ada yg memohon derma untuk tujuan yg tidak utama (not priority)...ini amat dikesali sebab bantuan dan derma adalah sangat sukar didapati......amaun bantuan juga sedikit, justeru hasil sumbangan sedia ada perlu digunakan untuk tujuan asasi....jika memohon bantuan untuk tujuan yg dilihat tiada keutamaan saya rasa ia secara moralnya tidak bagus dan tidak baik untuk masyarakat...adakah alasan, tiada bajet lalu meminta derma atau sumbangan?? Jika sedemikian, ia adalah kaedah pengurusan dan perancangan yang berterabur.....bukanlah saya menolak soal memberi sumbangan ataupun memohon sumbangan.....akan tetapi ia mestilah dilakukan atas dasar keutamaan .....fiqhul alawliyyaat...feqah keutamaan!


Jika program disusun dan dirancang...oleh mana mana organisasi sekalipun....seharusnya peruntukan kewangan atau implikasi kewangan juga turut dirancang bagi menjayakan program2 tersebut, jangan hanya teruja merencanakan program yang pelbagai akan tetapi tiada peruntukan kewangan lalu 'back to square one' kita lantas meminta minta sumbangan dari orang ramai...praktis sedemikian akan membudayakan sikap meminta minta. Sepatutnya jika tiada peruntukan kewangan, susun lah program yg menjana kewangan terlebih dahulu, untuk tahun pertama, kedua dan ketiga atau dilakukan secara berterusan, kemudian apabila aspek kewangan telah kukuh, maka laksanakan lah program yg hendak dibuat dan gunakan sumber kewangan yang telah dikumpul sekian lama...ini akan melahirkan masyarakat dan organisasi yang berdiri sendiri tanpa mengharapkan bantuan....saya percaya jika ia dilakukan (ia telah berlaku pun!), akan datang menderu sumbangan dari pelbagai pihak kemudian nanti tanpa perlu diminta sekalipun....maksudnya, kita tunjukkan dahulu pencapaian.....


Soalnya ialah, jangan jadi masyarakat yg suka meminta dalam apa jua bentuk sekalipun, lebih baik memberi, dan jadilah masyarakat yg suka memberi tanpa diminta....ingatlah jua bahawa derma dan sumbangan orang ramai itu amanah, bukan kemewahan untuk dibelanja sesuka hati, justeru, perlu digunakan dengan sebaiknya.

1 comment:

Izzah said...

Pertamanya .... saya bukanlah seorg manusia yg selalu menderma ... hehehe

Ye..mmg benar, sgt kasihan pada anak2 yg meminta derma seperti yg selalu kita jumpa, mereka ini saya kira adalah anak2 yatim dan memang patut di berikan bantuan...tetapi...kebanyakan pertubuhan mereka ini tidak berdaftar...jadi, mungkin susah untuk menggunakan saluran yang betul utk meminta bantuan dan sebagainya..faham2 je lah, sekarang ni kalau nak minta bantuan pada kerajaan, byk sgt karenah birokrasinya! (saya tidak sokong mana2 parti yer...tidak berminat sama sekali!)

Jika lihat pada situasi atau kaedah meminta derma yg seterusnya ... (yg cam kawan kita tadi tu la..) ... maybe benda yg nak dibuat tu adalah kali pertama...ataupun secara tiba2...(logik ker?)..kali pertama dan tiada perancangan atau peun persediaan mahupun pengalaman untuk menjalankannya..oleh itu..jalan yang mudah adalah dengan meminta derma/sumbangan ihlas seperti itu.

* Sekadar gurauan, kalau dah kena marah cam tadi tu kan...hati sakit...boleh jadi tak ikhlas kita nak derma kan... ;)