Sedikit petikan dari buku yang sedang saya dan isteri usahakan....Manhaj Kehidupan Insan!
Semakin kita memberi makna dan berfikir tentang apa yang membezakan kita seorang Islam dengan bukan Islam, semakin kita ketahui bahawa ia adalah suatu perbezaan yang jelas. Ia tidak kabur dan samar samar. Ia bukan sekadar perbezaan pada nama sahaja, seorang nama Islam dan seorang nama kafir. Bukankah telah kita akui dan ketahui bahawa alQuran itu merupakan wahyu Allah swt akan tetapi kita melayan alQuran sepertimana orang Kafir melayannya. Tidakkah kita berhak mendapat hukuman yang lebih berat kerana mempermainkan wahyu Allah sedangkan kita mengaku beriman kepadaNya? Kita tahu bahawa Nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya namun kita tidak mahu mengikuti contoh dan teladan yang telah ditunjukkan oleh Baginda saw. Kita tahu menipu, rasuah, memakan riba serta lain lain perbuatan yang menzalimi diri sendiri dan orang lain itu haram dan akan dihukum dengan hukuman yang berat, namun adakah kita mengendahkan amaran itu? Inilah puncanya kita tidak kuat, umat Islam tidak kuat dan utuh seperti mana dahulu. Kita selayaknya menerima siksaan yang berat dek kelakuan kita tidak mengendahkan perintah dan laranganNya.

PERSOALAN YANG PERLU DIFIKIRKAN!
Diskusi ini bukanlah bertujuan untuk menggelar/melabel/ sesiapapun sebagai seorang yang kafir. Akan tetapi ia adalah lontaran pemikiran yang perlu difikirkan oleh kita semua iaitu, APA YANG MEMBEZAKAN KITA (MUKMIN) DENGAN ORANG BUKAN ISLAM? Cuba renungkan, fikirkan? Senaraikan perkara perkara seharian yang kita lakukan yang mungkin menjadikan kita sama berkelakuan seperti seorang kafir!
Untuk menjadi seorang Islam sebenar, keperluan paling utama ialah ilmu tentang Islam. Setiap diri yang mengaku beriman mesti mengetahui segala ajaran alQuran, perintah, laranganNya dan beramal dengannya. Semua ini telah ditunjukkan oleh RasulNya yang paling mulia iaitu Nabi Muhammad saw melalui sunnahnya. Apa itu Islam? Dan apa yang membezakan seorang Islam dengan Kafir, tekah dinyatakan dengan sejelasnya. Ilmu ini perlu dimiliki oleh setiap Muslim. Masalah yang berlaku ialah, kita tidak menunjukkan keinginan yang nyata dan mendalam untuk mengetahui tentang hakikat ini. Ini menunjukkan bahawa kita tidak menghargai nikmat IMAN yang Allah kurniakan kepada kita.
Seorang ibu tidak akan menyusukan anaknya melainkan setelah anaknya menangis kelaparan. Apabila seseorang itu dahaga, lalu dia mencari cari air, lalu Allah mengurniakannya air. Jika kita tidak dahaga, apakah ada makna air jernih yang deras menuruni bukit buat kita? Tentu tiada makna bukan? Inilah kehilangan dan kerugian yang besar buat diri jika tidak menyedari betapa pentingnya ILMU. Fahamilah betapa sering kita sentiasa dalam kerugian yang besar jika berada dalam keadaan tidak mengetahui tentang Islam, tiada ilmu tentang agama Islam yang kita anuti. Inilah kebejatan yang berlaku pada hari ini.

No comments:
Post a Comment