Wednesday, March 21, 2012

Beri makna pada kehidupan

Salam ukhuwwah!


Hari hari berlalu....usia bertambah! Masa yang pergi takkan kembali! Nafas dihirup dan dihembus adalah anugerah! Pandangan yang dilihat adalah nikmat! Adakah kita bersyukur? Jika ya, alhamdulillah kerana kita sedar bahawa segalanya adalah milikNya, bukan milik kita! Jika ya....maka jadikan ia bermakna untuk orang lain juga! Jika punya keluarga dan anak anak....dedahkan mereka semua dengan makna sebuah kehidupan yang milikanNya adalah ALLAH swt!


Jika kita beri makna kepada kehidupan ini, lakukanlah pertama mulanya untuk diri sendiri, latih diri untuk mensyukuri anugerah, nikmat dan kelebihan yang DIA berikan...perlu diingat, prinsip pertama ialah...SEGALANYA ADALAH MILIKNYA, Kita diCIPTA, Kita milikNYA, Kita TIDAK MEMILIKI APA-APA.....Apa yang kita ada adalah PINJAMAN dan amanah semata! Memahami ini sebagai suatu prinsip kehidupan adalah proses pertama memberi MAKNA kepada kehidupan....akan sampai saatnya, kalian akan menghadapi suatu insiden dan kalian akan berasa kasihan dan simpati terhadap seseorang yang melakukan suatu keburukan@tohmahan@hinaan@umpatan@sindiran@kejian@kata kata kesat terhadap DIRI kalian sendiri....kalian berasa kasihan kerana kalian memahami makna sebuah kehidupan......


Mengapa? Ia kenyataan yang benar bahawa apa yang kita fikir, itulah yang kita ungkap...itulah yg kita lakukan...maka jika susuk itu mengungkap sesuatu yang negatif, mengata, mengutuk, menyindir...maka ketahuilah jenis rakaman minda@jenis fikiran bagaimana yang wujud dalam minda seseorang itu....benar lah kiranya jika seseorang yang sentiasa nampak kekurangan, kelemahan, keburukan seseorang itu....orang yang sedemikian itulah yang dirinya bermasalah, dirinya yang kotor minda lalu cemuhan, kritikan, sindiran dan kata kata kesat menjadi "perisa dan lauk" kepada mulutnya!


Sebagai insan...yang mengaku mukmin dan beriman serta bersaudara sesama Islam...cubalah lihat kepada kelebihan dan bukan kekurangan seseorang! Kita suka melihat kelemahan berbanding kelebihan orang lain...lalu kita mencari cari kesilapan dan kelemahan itu dengan penuh usaha! Ia membutakan hati dan menutup perbuatan baik yang dilakukan! Ada sahaja perkara yang tak kena yang perlu diungkit dan ditonjolkan! Inilah betapa buruknya sikap seseorang!


Persoalannya....mengapa bersikap suka melihat kekurangan orang lain berbanding kelebihannya?


Pertama: ia kerana tiada ilmu!


Kedua: apabila tiada ilmu maka tiadalah kesedaran yang membuahkan panduan dan prinsip hidup!


Ketiga: apabila input dan rakaman kehidupan dalam MINDA berupa perkara perkara, perkataan perkataan 
yang buruk, kata kata kesat, lucah, sinis dan sebagainya, maka natijah perbuatan dan perkataan dalam aktiviti dan pekerjaan seharian juga berupa perkara yang sama.

CONTOH: apabila yang dimakan ialah petai@jering yang menghasilkan bau busuk, maka yang keluar berupa 'najis', air kencing malah 'kentut' yang busuk!


Insyaallah....sama sama kita ingat mengingati dan mengambil pelajaran dari nukilan ini! Ameen!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: