Showing posts with label pilihan hidup. Show all posts
Showing posts with label pilihan hidup. Show all posts

Monday, September 15, 2014

Menempah binasa....

Assalamualaikum semua....

Kutuk, keji, kata mengata, tuduh menuduh, menuding jari adalah mainan kata kata kita hari ini. Ia sangat berleluasa di dunia maya, dilaman sosial malah dalam perbualan sehari sehari. Ia perbuatan jijik yang diumpamakan sebagai memakan daging saudara sendiri atau mengumpat! Ia tentunya bukan sunnah Nabi saw yang kita cintai walau apa jua alasan kita sekalipun. Walau ia bertujuan atau dilakukan kononnya dengan niat baik sekalipun. I a merosakkan keharmonian masyarakat, ia menjurus kepada perbalahan, ia menyakitkan hati dan merosakkan perhubungan. Tiada apa apa faedah sekalipun dengan berbuat sedemikian. Malah ia merosakkan jiwa dan pemikiran seseorang samada si pelaku mahupun si penerima atau pendengar.

Image result for backbiting images
Aib dan maruah insan lain dijaja merata rata. Tidakkah kita tahu bahawa ia mengundang kemurkaan Allah swt. Walau siapa pun orangnya, walau siapa pun subjek yang menjadi bicara, kita sangat dilarang mengaibkan orang lain atau bercerita tentang keburukan orang lain. Kita hanya menempah binasa buat diri sendiri!

Jika perkara sekecil ini pun kita tidak mampu untuk tidak melakukannya. Jangan bicara soal kekuatan ummah dan soal Islam kembali kuat. Jangan bicara soal ingin mendaulatkan Islam di bumi ini. Benih perpecahan sudah menjadi 'makanan' harian kita, jadi bagaimana perpaduan dan keutuhan masyarakat dapat dibina.

Tahukah kalian, apa sebenarnya yang Nabi saw buat dan lakukan? Baginda Nabi saw malah mendoakan mereka yang berbuat keburukan agar kembali ke pangkal jalan dan agar Allah menunjukkan mereka kepada jalan yang lurus. Salah satu peristiwanya ialah tika di awal Islam.....Tidakkah kita ingat doa Nabi saw agar dua Umar memeluk Islam? Abu Jahal dan Umar alKhattab.....adakah Nabi saw mendoakan kecelakaan bagi mereka berdua? Tidak samasekali, bahkan Nabi saw mendoakan semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah agar salah seorang daripada mereka memeluk Islam. Dan akhirnya Umar alKhattab memeluk Islam dan menjadi pendokong paling kuat kepada dakwah Islam. Peristiwa kedua ialah saat dan ketika Nabi saw berdakwah kepada penduduk Taif, Nabi saw dibaling batu hingga luka berdarah tubuh badannya...penghinaan sedemikian rupa diberi oleh penduduk Taif. Apa yang Nabi saw lakukan? Perkara yang sama juga telah saya sebutkan sebelum ni di - http://alwiyunus.blogspot.com/2012/11/jauh-dan-perit-musafir-itu-demi-kita.html



Bagaimana dengan kita? Adakah kita berbuat seperti mana apa yang Nabi saw lakukan? Cuba tanyakan pada diri!Ia sebenarnya adalah pilihan kita sendiri...kita perlu memilih untuk bertindak dengan penuh kebaikan....saya pernah nyatakan ini dalam nukilan sebelum ini - http://alwiyunus.blogspot.com/2013/02/habis-tenaga-habis-fikiran-rugi.html

Marilah kita berkasih sayang sesama agar subur ikatan ukhuwwah dikalangan kita, agar Islam tegak berdiri sebagai daulah dan kekuatan bukan sekadar momokan dan omong kosong di bibir mulut. http://alwiyunus.blogspot.com/2013/05/sedunia-berkasih-sayang-mustahil.html

Monday, March 26, 2012

Memilih....ikut hati@ikut Allah

Salam ukhuwwah...


Adalah suatu perkara yang sangat biasa hari ini untuk memilih sesuatu berdasarkan justifikasi bercampur! Sebahagian justifikasi adalah kerana Allah kononnya dan sebahagian lagi kerana menurut kata hati@kononnya rasional/logika akal. Walhal, hakikatnya ialah yang putih manakan boleh bercampur dengan yang hitam, yang baik manakan boleh bercampur dengan yang buruk, syurga manakan ia bercampur dengan neraka! Keduanya punya perbezaan yang jelas. Laa yastawii ashaabunnaar wa ashaabul jannah....ashaabul jannati humul faaaizuum (alHasyar) (tidakkah ada perbezaan antara ahli neraka dan ahli syurga, bahkan mereka ahli syurga itu adalah orang orang yang berjaya!


Ada dua konsep umum yang boleh difahami di sini berdasarkan ayat di atas. Jelas ada perbezaan antara ahli neraka dan ahli syurga. Pilihlah samada mahu jadi ahli neraka atau ahli syurga! Pilihan ditangan kita. Konsep satu lagi ialah makna dan kaitan kejayaan dengan syurga, iaitu kejayaan abadi itu kan mampu menempatkan seseorang itu di syurga dan tergolong dikalangan orang orang yang berjaya!


Berapa ramai yang berjaya skor A, berapa ramai yang namanya tertinta di dinding dinding dewan sekolah sebagai pelajar cemerlang akademik. Tetapi adakah sudah pasti apabila cemerlang akademik itu yang dikenal sebagai suatu kejayaan akan membawa seseorang itu ke jalan syurga? Belum pasti dan tentu lagi! Tidak salah untuk cemerlang akademik...ia bagus, akan tetapi perlu diseimbangkan dengan kejayaan abadi dan hakiki! Jika berjaya secara akademik dan juga berjaya secara hakiki 'shariah compliance' itu baru namanya wasatiyyah, itu baru dikenal kejayaan sebenar. Itulah hakikat kejayaan sebenar dan hakiki!


Manakala, jelas dinyatakan bahawa ahli syurga punya karakter, ciri ciri dan sifat sifat tersendiri, begitu juga ahli neraka! Carilah makna dan hakikat bagaimana ciri ciri ahli neraka dan ahli syurga! Kelak ia akan memandu kalian dalam membuat pilihan. Pilihan pilihan yang bermakna dalam hidup di dunia ini agar dengan pilihan pilihan tersebut, ia akan membantu kita meraih kejayaan abadi dan hakiki iaitu syurga Allah swt!


Sebagai contoh, membaca akhbar merupakan suatu pilihan. Pilihan yang menentukan apa bahan dan input yang kita mahu baca! Ada input yang bermakna dan ada juga input yang sia sia malah ada yang menjurus kepada yang haram. Antaranya ialah:


1) Jika input itu bermakna, ia akan menyumbang sesuatu yang baik kepada minda dan diterjemahkan dalam perbuatan perbuatan yang baik dalam aktiviti seharian.


2) Jika input itu sia sia, kata kata kosong, cemuhan dan nistaan, berita yang memualkan isinya, maka natijahnya ialah pengaruh negatif yang dimasukkan sebagai input minda yang menghasilkan tindakan tindakan dan perbuatan perbuatan negatif yang menjerumus kedalam kerosakan dan kebejatan.


3) Jika berita itu berbaur seks, gambar separa lucah, gaya yang seksi dan menggoda, dengan wanita menjadi alat kepada proses proses itu, maka jadilah pengaruh seks itu sebagai input kepada minda lalu membangkitkan ghairah dan nafsu individu dan mendorong seseorang itu kearah perlakuan perlakuan perlakuan seksual....lihat Berita Harian, 26 Mac 2012, halaman Nasional 21, remaja umur 19 tahun melanggar mangsa dari belakang dengan kereta, dan memaksa mangsa masuk ke dalam kereta, membawa ke ladang kelapa sawit dan merogolnya...bayangkan betapa dorongan seksual telah membuatkan seseorang bertindak diluar batas kawalan iman dan akhlak!


Pilihan ditangan kita untuk baca bahan berita yang bagaimana? Jika selalu didorong dan diberi input seksual dan kebebasan hidup seperti mana di halaman akhbar yang sama di H21, atau gaya menggoda dan seksi sepertimana di Pancaindera Mingguan Malaysia semalam, tidak pelik jika kebejatan kebejatan akhlak dan moral ini akan terus berlaku. Ini ditambah lagi dengan sumber media tanpa batas dan sempadan iaitu Internet, bayangkan kerosakan apa yang berlaku kepada remaja dan generasi muda sekarang! Jadi buatlah pilihan yang bijak... pilihan syurgawi yang abadi dan kekal kerana ia lebih baik! “Every thought is a seed. If you plant crab apples, don't count on harvesting Golden Delicious.”
Bill Meyer (1892-1957);
Baseball Manager, Coach
“Every passing minute is another chance to turn it all around.” Cameron Crowe (born 1957);
Screenwriter, Film Director (Excerpt From The Film Vanilla Sky)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.