Wednesday, March 14, 2012

Bijak dan cerdik...maka jadilah sedemikian!

Salam ukhuwwah!


Bagaimana kalau saya katakan kepada kalian jika ada seseorang itu berjaya mengelak satu musibah itu dari mengenai dirinya? Adakah dia bijak dan cerdik atau seorang yang tolol?
Bagaimana jika ada seseorang itu yang berbuat sesuatu untuk mengelakkan dirinya dari ditimpa penyakit, berbanding seseorang yang lain apabila ditimpa penyakit baru berusaha mengubatinya? Siapakan yang bijak dan cerdik, siapa pula yang tolol dan bodoh?


Berdasarkan persoalan diatas, fikirkan senario yang begini pula...bagaimana jika kalian diberi oleh seseorang yang amat arif dan amat pakar tentang ubat kepada penyakit yang kalian hadapi....lalu si pakar ini mengajukan beberapa langkah agar penyakit itu dapat dihindari...ADAKAH KALIAN AKAN MENURUTINYA? Sudah tentu bukan? Sudah pasti kalian akan menuruti nasihat pakar tersebut!
Justeru, jika kalian menafikan nasihat si pakar tadi...apakah kalian ini bijak dan cerdik atau bodoh dan tolol?
Baiklah.....siapakah yang paling mengetahui tentang KITA? Diri kita atau si Maha Pencipta? Tentunya DIA bukan? Kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku esok dan akan datang, bagaimana mungkin kita kata kita paling tahu tentang diri kita? Benar bukan!


Jika begitu, tentu DIA tahu mengapa DIA menyuruh kita melaksanakan hukuman hukuman tertentu dalam membanteras masalah jenayah yang berlaku di dalam masyarakat manusia! Benar bukan? Jika begitu mengapa kita pandai pandai mahu menolaknya atau menafikannya!


Tentu DIA juga tahu malapetaka@musibah apa akan menimpa kita jika kita tidak melaksanakan apa suruhanNya dan meninggalkan apa laranganNya! Sebagai contoh, jika memakan benda yang haram, tentu ia membawa mudarat kepada manusia bukan? Dalam konteks ini memakan 'babi' dan meminum arak! Tidakkah ia diharamkan kerana ia merosakkan kesihatan manusia dan membawa berbagai penyakit kepada manusia! Malah kita disuruh untuk menghukum jenayah pencuri dengan syarat syarat yang tertentu, supaya jenayah pencurian, rompakan dan sebagainya tidak berleluasa, lalu masyarakat akan aman dari jenayah sedemikian, tidakkah ini membawa kebaikan kepada kita! Jadi mengapa kita harus menentang@menjustifikasi untuk tidak melaksanakan dengan berbagai alasan! (Maaf, ini bukan soal sokong mana2 parti politik mahupun apa, ini soal melaksanakan perintah dan larangan Allah).


Begitu juga gejala sosial yang berleluasa seperti zina dan lain lain, lalu akibatnya berlakulah pengguguran anak, anak dibuang merata rata, dan sebagainya....anak tidak sah taraf dan berbagai lagi....tidak kah kita tuntas melaksanakan hukum Allah agar gejala ini tidak menjadi semakin parah dan teruk! Mengapa memandai mandai melakukan experimen dan percubaaan atau menyuakan berbagai macam kaedah penyelesaian walhal yang tuntas sudah ada dalam alQuran dan asSunnah dan ia jelas termaktub! Adakah solusi pelbagai yang dilakukan sebelum ini berjaya menghindar masalah gejala sosial yang semakin melarat! Sudah tentu tidak! Jika ia sudah selesai, mengapa ada sahaja berita yang menampakkan gejala sosial ini semakin membarah berlaku sentiasa disiarkan! Apa ertinya!


Justeru, ikutlah formula DIA yang serba tahu dan maha mengetahui! Jangan jadi ego, sombong dan bongkak lalu ingin menjuarai isu walhal ia tidak kemana sekalipun! Cuba fikirkan seketika!
Mungkin saat ini, kita boleh duduk semeja, bersetuju tentang hakikatnya lalu berbeza pendapat tentang bagaimana pelaksanaannya! Namun, perlu diingat, sudah banyak contoh sejarah sepanjang tamadun Islam ini sejak zaman Nabi saw hingga runtuhnya empayar Ottoman....mengapa tidak ambil contoh itu dan terus lakukan tindakan yang sepatutnya selepas ia ditelusi dan diambil kira sebaik baiknya!


Ayuh...mari kita! Ini bukan soal politik semata mata! Ini soal agama dan ketaatan kita kepada Allah! Jangan jadi mungkar! Gunakan semua saluran yang ada agar desakan boleh dibuat untuk ia dilaksanakan segera! Insyaallah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: