Salam ukhuwwah!
Jika menimbang dengan ukuran manusia dan dunia....kalian kan pasti kecewa! Timbangan itu tidak pernah adil! Dunia seakan kelihatan tidak pernah adil! Sebab itu, Allah membesarkan Zatnya sebagai Maha Adil, pertimbangan Allah sangat adil! Mengapa timbangan manusia itu lemah? Ia kerana kebanyakan masanya ditentukan oleh aqal manusia yang tidak sempurna walau ia sebaik baik kejadian! Tidak sempurnanya pertimbangan aqal itulah yang menyebabkan manusia perlu kepada wahyu! Wahyu itu memberi panduan, tips dan cara bagaimana mengurus dan mengatur kehidupan yang gagal direncanakan dan difikirkan oleh aqal! Sebagaimana aqal tidak mampu memikirkan perkara ghaib, begitu juga aqal tidak mampu memahami mengapa hukum mencuri ialah dipotong tangan apabila semua syarat dipenuhi untuk membolehkan sipencuri itu dipotong tangannya!
Ukuran manusia pada Allah ialah imannya, taqwanya...yang tentu tidak terlihat dan ternampak, kerana ia dihati! Hanya Allah yang tahu! Kita sesama sendiri tidak tahu! Jadi jika ada orang tahu apa yang dalam isihati manusia itu...ia adalah kebohongan yang nyata! Tiada siapa tahu apa yang ada dalam hati manusia kecuali Allah! Nabi saw pernah bersabda "aku diutus bukan untuk mengetahui apa yg ada dalam hati manusia"
Justeru, amatlah adil bahawa ukuran Allah terhadap manusia itu bukan atas dasar kulit, rupa paras, bangsa, keturunan, pangkat dan harta, status dan sebagainya....akan tetapi UKURAN iman dan taqwa akan hambaNya! Jika tiada iman dan taqwa maka tiada makna kehidupan susuk itu disisi Allah swt. Maka kita juga perlu sedemikian rupa, iaitu jangan menghukum manusia dengan timbangan dan nilai kita...serahkan urusan itu kepada Allah. Apa yang perlu dilakukan ialah berbuat seperti yang disuruh olehNya dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya dalam soal urusan dengan manusia!
Begitu juga dengan kejayaan...ia fana! Iaitu bersifat sementara! Ia mungkin berupa kejayaan jika diukur dari timbangan manusia...namun ia boleh jadi musibah mahupun ujian dalam ukuran Allah. Takrif kejayaan amat berbeza antara pertimbangan manusia dan Allah swt. Maka berhati hatilah dalam memahami makna kejayaan mahupun meraikan kejayaan. Boleh jadi apa yang kita raikan itu merupakan bukaan bukaan ke arah jalan yang melalaikan lalu menyebabkan kita kufur nikmat......tidak perlu mengagumi akan kejayaan yang diperoleh akan tetapi perlu mengharapkan agar ia menjadi bukaan yang mengundang redhaNYA....tidak dapat dipastikan bahawa manusia itu akan puas dengan kejayaan yang ada lalu mengingini kemudiannya dengan kejayaan yang lain, dan akhirnya mendabik dada.....maka benarlah apa yang difirmankan oleh Allah swt:
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)..... sebenarnya segala Nikmat itu hanyalah ujian dari Allah utk menguji kita sama ada "kufur" atau "Syukur"
................itulah sebabnya mengapa kejayaan itu merupakan sesuatu yang fana!
from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment