Tuesday, November 1, 2011

Menikmati sesuatu yang menyenangkan!

Assalam semua....


Kita Khalifah...kita ada tugas..kita punya tanggungjawab dan bersama tanggungjawab itu, kita punya peranan....nak tak nak, suka atau tidak, kita perlu gendong dan pikul AMANAH itu......samada ia  utk diri sendiri, keluarga dan anak anak, mahupun tugas dengan agama, masyarakat dan negara....jika tidak dilaksana, tunggulah saat soal jawab nanti! Tiada siapa boleh lari dari tugas, peranan, tanggungjawab dan amanah ini! Segalanya terpikul atas 'bahu' kehidupan kita di dunia ini!


Kita tadbir dunia....terkadang kita juga mentadbir dunia kecil kita....melalui hobi dan minat! Jika suka bunga, maka berbungalah rumahku syurgaku....jika suka binatang peliharaan maka jadilah ia 'pet' kesayangan....




Ia menghiburkan kami sekeluarga...mulus bulunya?? adakah perkataan mulus itu sesuai utk bulu si arnab ini....aku tidak tahu? tapi aku tetap menyukainya...terpaut dek minat permaisuri hidupku Cik Ekin ku! Aku turut ter'larut' didalamnya! Mulanya tidak ku endahkan, namun lama kelamaan, aku menjadi alpa melhat gelagat si kecil ini..anak anak turut menyukainya! Jika boleh si kecil Penguin dibawah ini ingin ku pelihara...namun apakan daya, hanya mata mampu menyaksikan hebatnya ciptaan Illahi...pasti ku tak mampu menyediakan kediamannya yg sangat istimewa! (snap gambar ini ketika ziarah ku ke Wellington tidak berapa lama dahulu)


Namun, kolam kecil dihujung rumah yg ku siapkan beberapa tahun kebelakang...saat aku punya limpahan masa....ku sampaikan hajat buah hati ku untuk punya kolam kecil buat dendangan mata dan jiwa......tumbuh didalamnya pepohon air, dan anak anak ikan yang berlainan warna....termangu ditepian kolam saat 'stress'....ia mampu menjadi ubat jiwa dan emosi...terhibur melihat kelibat ikan ikan kecil itu! Benar! ia sesuatu yang menyenangkan.....Allah jadikan semuanya sebagai dunia dan alam buat manusia beroleh manfaat secara lahiriah mahupun ruhaniah.....semua beroleh manfaat atas rahmat Allah! Benarlah dalam surah arRahman, berulangkali Allah menyoal manusia "Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu nafikan"......manusia! tunduklah, akui lah, jangan menyombong diri...kerana bermulanya kekufuran itu kerana kesombongan manusia atas nikmatnya....


Benarlah juga kata kata Saidina Umar alKhattab r.a.....aku lebih rela berSABAR dengan mudarat dan kesakitan berbanding perlunya aku berSYUKUR atas nikmatnya kerana sukarnya aku untuk berSYUKUR berbanding berSABAR atas musibah!....hehehe...soalannya KITA BAGAIMANA??? kalau manusia mulia seperti sahabat Nabi saw membicarakan sedemikian rupa apatah lagi kita???? hermmm...bukan mudah sebenarnya untuk berSYUKUR...tidak semudah memperkatakannya!


No comments: