Saturday, November 5, 2011

Beri sebanyaknya!

Assalam semua...

Petikan kata2 dr filem Laskar Pelangi"haruslah kita hidup untuk memberi sebanyak banyaknya dan bukannya menerima sebanyak banyaknya"...itulah kehidupan yang bermakna. Apa guna jadi manusia yg dikenal hebat taraf dan status akan tetapi hanya menerima sebanyak banyaknya? Tiada faedah..malah bersikap mementingkan diri.

Hidup lebih bermakna dengan memberi sebanyak banyaknya! Itulah juga yang dilakukan oleh Sultan Salahuddin al Ayubi...seorang pemuda Kurdis yg menjadi hebat kerana perjuangannya membebaskan Jerusalem@Baitulmaqdis dari tentera salib pada tahun 588Hijrah...membebaskan banyak kota dan bandar dibawah naungan tentera salib, punyai ratusan ribu tentera, ratusan kapal kapal perang, dan tentunya rampasan perang yang tak terkira banyaknya, namun saat matinya, dia tidak punya rumah, hanya ada 2 helai baju dan 1 baju perang, wang tidak sampai 2 dinar (itu yg diriwayatkan...mungkin fakta ini agak berbeza dari satu riwayat ke riwayat yg lain tetapi perbezaan itu tidak banyak pastinya)....Salahuddin lebih selesa dan gemar hidup dibawah khemah berbanding duduk di rumah,justeru itu dia tidak punya rumah!

Siangnya diguna mengurus tentera dan mengatur strategi manakala malamnya penuh beribadah kpd Allah! Malam kita pula dipenuhi dengan tontonan di depan tv??? Dikatakan Salahuddin al Ayubi tidak pernah meninggalkan solat berjemaah didalam hidupnya...aduss! Aku sendiri tidak mampu sedemikian setakat ini? Doaku agar aku mampu mengikuti jejak langkah Salahudin al Ayubi! Masa malamnya bukan dipenuhi dengan tidur akan tetapi penuh dengan solat dan ibadah kpd Allah...sebab itulah Allah anugerahkan kemenangan kepadanya dalam setiap peperangan!

Kita juga berperang dalam kehidupan ini...mengatur hidup, berkerjaya, berkeluarga, belajar, serta lain lain adalah jihad dan 'peperangan' kehidupan kita....jika ingin berjaya dalam 'peperangan' kehidupan...tiada jalan singkat...tingkatkan dan sentiasa 'ON' suis 'BROADBAND' kita dengan ALLAH.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Unknown said...

SALAM,
ALLAH TELAH MEMBERIKAN PANDUAN JALAN KEHIDUPAN. KITA IKUTI PANDUAN DAN INSYALLAH KITA AKAN SEJAHTERA DUNIA AKHIRAT