Ini adalah transkrip perbincangan saya bersama teman teman yg menarik untuk saya kongsikan bersama kalian semua....
Apabila diisukan tentang pandangan saya terhadap trend sebahagian dari kita yg bersikap melulu dalam segala perkara berkaitan perbhasan, pandangan dan perbincangan mahupun kritikan hingga melewati adab dan mencemar akhlak serta sopan santun diri.....
Respon saya:....sy lebih cenderung bicara politik diri dan keluarga sahaja...hehehe....akan tetapi saya suka respon sedemikian utk berkongsi RASA dan PEMAHAMAN, bahkan sebenarnya....org Melayu sgt kuat berpolitik....walhal politik diri sendiri belum selesai!
Lalu saya ditanya tentang pencerahan soal apa itu politik diri?
Respon saya seterusnya:
...kita umpama raja kpd diri, jiwa dan nafsu....menjadi raja kpd diri adalah rupawajah politik diri kerana ia adalah pemerintahan raja diri terhadap seluruh empayar diri, nafsu, jiawa, emosi, mental, spiritual, rohani, jasmani, anggota tubuh.......ikuti www.khalifahjiwa.blogspot.com atau www.empireofthesoul.blogspot.com ....hehehe..isi kandungan masih dlm peringkat perencanaan apapun byk isinya telah terlarut dlm www.alwiyunus.blogspot.com
Apabila ditanya pula menangani mereka yg Suka Percaya Melulu!
Saya menjawab dengan cara memberi latar sejarah terlebih dahulu...iaitu:
......tiada jalan singkat,cepat dan mudah dalam proses dakwah, inilah jalan dakwah, sukar dan memeritkan, tetapi itulah jalan perjuangan..Nabi saw yang istimewa pun ambil masa 11tahun di Mekah, berapa kerat sangat yang percaya dan mengikuti Nabi saw? Nabi Nuh a.s melalui proses yang sama malah ratusan tahun....berapa ramai yang mengikutinya! Bayangkan jika kita?kita amat jauh umur masa dengan Nabi saw..bayangkan jika keistimewaan Nabi tu jika dikira secara matematik (xleh kira sbnrnya) dan dibandingkan dengan kita, berapa kali gandaan? Mungkin juga sekitar 100 kali ganda....bayangkan 100kali ganda x 11tahun? Itulah umur masa untuk kita sebagai individu untuk ubah ummah/masyarakat...tetapi jika setiap seorang dari kita ubah pemikiran/tarbiah diri n keluarga mengikut acuan ISLAM......setiap diri dari ummah yang besar ini memainkan peranan membina fikrah kesyumulan Islam bukan kesempitan padangan atau wordlview...saya fikir secara rasionalnya...proses ini tidak akan mengambil masa terlalu lama! Itulah firman Allah yang saya nyatakan dalam catatan sebelum ini....formula yang mudah dan ringkas tetapi penuh amanah dan tanggungjawab!
Bayangkan jika setiap keluarga menjaga diri, mentarbiah dengan kesyumulan Islam...ada isteri-maka jadilah isteri itu solehah, ada anak2 - maka jadilah mereka anak anak soleh dan solehah...atau ada suami, maka jadilah suami kita itu soleh....tidak perlu ambil yang susah susah..hanya tinggalkan yang dilarang, buat apa yang disuruh oleh Allah swt dan dicontohkan oleh Nabi saw...
Jika itu boleh dbuat oleh semua keluarga.....secara umumnya akan 'synchronize' akhirnya semua pihak kearah tujuan yg sama iaitu:Lillahi Taala..akan tetapi sedari atau tidak, tahap pendewasaan kearah tujuan yg sama ini pula masih lg tahap 'infant' didalam masyarakat kita hari ini! Justeru timbul persoalan lain....BAGAIMANA hendak mencapai gagasan besar sedangkan gagasan kecil seperti perkara asas Islam pun kita caca merba! Secara peribadi saya menuruti kaedah dakwah Rasulullah saw..ia bermula dengan keluarga...Sayyidatina Khadijah.....Ali Abi Talib....sahabatnya Abu Bakar.....anak angkatnya Zaid......maka kita perlu bermula sedemikian iaitu dengan diri serta keluarga!
Mungkin saya xmenjawab secara terus@direct soalan teman perbincangan saya itu..tetapi apa yang saya cuba nyatakan ialah pembentukan pemikiran ini mengambil masa.....perlu sabar dan istiqamah....umpama dakwah juga! Untuk ubah mereka yg melulu ni..jangka pendeknya ialah tegur dengan bil hikmah! Penuh kreatif dan adab! Kedua...bina pemikiran positif dalam diri, keluarga dan sebarkan aura positif dalam masyarakat...seek for positive energy and ignore@avoid@don't listen to negative energy...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comment:
bila terlalu melulu kita berbahas.. lebih menunjukkan kurangnya ilmu di minda..berbahas bersandarkan emosi, bukannya dikawal oleh minda yang rasional.adalah lebih baik berfikir sebelum berkata-kata..bukannya berkata-kata kemudiannya baru berfikir.."kerana mulut, badan binasa".
Post a Comment