Thursday, November 17, 2011

Yang dinanti dan yang ditunggu Versi 2!!!

Assalam semua....


Semalam aku sebutkan tentang yang dinanti dan dan yang ditunggu....ada jurang perbezaan yang sangat besar sebenarnya antara KEHENDAK ILLAHI dan kehendak insan! Itulah antara puncanya mengapa rasa kecewa melanda pada diri dan dada manusia apabila yang diharap tidak kesampaian, yang kunjung tiba pula bukan yang diharap! Pelik bukan...ia tidaklah pelik jika kita memahami falsafah KEHENDAK ILLAHI dan konteks kehendak insan sebenarnya! Ini asas dalam RUKUN IMAN...Qada dan Qadar.....


Kita belajar sekadarnya, tentang Rukun Iman ini...kita tidak sedar bahawa aspek ini tidak kita dalami dalam erti kata memahami secara ilmiah tentang seluruh aspek Rukun Iman, justeru terumbang ambing lah kehidupan...kerana Rukun IMAN ini sebenarnya perlu mengakari manusia....ia tunjang dan bukan ranting...ia AQIDAH...ia perlu teguh didada dan jiwa manusia Islam.....dalam hal perbicaraan dan perbincangan ini ialah Qada dan Qadar...bicara tentangnya tentu luas sekali akan tetapi aku hanya berkongsi yang menyentuh soal "Yang Dinanti dan Yang Ditunggu"....Apabila kita gagal memahami konsep dan mendalami makna...maka kita kecewa dalam kehidupan seharian.....sebab itulah aku katakan bahawa kita memahami yang kita MAHU dalam konteks 'bahasa' sebagai manusia dan bukan dalam konteks ketuhanan....


Sebenarnya selama ini, sedari atau tidak....kita hanya fikirkan apa yang dinanti dan yang ditunggu dalam konteks kehidupan manusia yang fana...yang tidak kekal, yang penuh sementara, dan kesementaraan ini tergantung kepada umur manusia dan umur dunia! Ia tidak begitu dalam 'bahasa' Allah...dalam konteks kehidupan yang dibentangkan oleh Allah....Allah bicarakan kehidupan itu dalam konteks kekalnya hidup selepas mati, namun kita berpaksikan hanya kehidupan di dunia....apa yang dinanti dan yang ditunggu? 


Sebagai contoh, kita harapkan jodoh yang baik dengan segala macam spesifikasi baik lelaki mahupun perempuan, kita tentukan sendiri 'spesifikasi' tersebut dan kita justifikasikan semua spesifikasi yang kita tentukan sendiri lalu kita lupakan spesifikasi yang diajar oleh Allah melalui Rasulnya Muhammad saw iaitu bukan keturunan, bukan harta, bukan paras rupa akan tetapi AGAMANYA! Calon calon samada isteri atau suami adalah yang "faqqihu fid deen"...fikirkan mengapa sedemikian?? mesti bersebab bukan! sebab2 musabab kita mungkin jangka pendek dan bersifat apa yang nampak dan berkenan dihati, bersifat duniawi walhal sebab sebab Allah jauh dari itu....memahami sebab sebab Allah ini lah yang agak sukar sebab ia tidak terjangkau oleh akal fikiran kita....dan Allah Maha Mengetahui kedangkalan kita untuk memahami sebab sebab itu lalu diberikan 'kunci' panduan supaya kita tidak tergelincir dari landasan....mengapa sedemikian? Allah sayangkan hamba hambanya! Allah sayangkan mereka yang mengikuti JALAN NYA...mana mungkin Allah biarkan mereka yang mengikuti perintah dan jalannya dibiarkan terkontang kanting! Inilah antara hakikat mengapa? Inilah juga yang membezakan APA YANG KITA MAHU dan APA YANG MENJADI KEHENDAK ALLAH!.....kita hanya tahu apa yang kita mahu tetapi kita tidak mahu tahu APA YANG ALLAH MAHU!.......fikirkan...


Esok lusa akan kubicarakan ini lagi.....jangan lupa, walau apa yng kita lakukan, walau siapa kita, walau betapa besar pangkat mahupun kuasa....KITA TETAP "HAMBA" kepadaNYA....mengapa? Ia jawapan yang mudah....kerana kita DICIPTAKAN olehNYA! Tidak mungkin kita jadi TUAN kerana yang menjadi TUAN adalah YANG MENCIPTA....jika kita rasa kita TUAN...itulah adalah 'keperasanan' yang nyata dek kerana eho dan kebanggaan yang tinggi dalam JIWA.....nantikan explorasi DIRI dalam blog KHALIFAH JIWA yang akan saya terbitkan kemudian nanti...   

1 comment:

Unknown said...

SALAM,
BAGUS PERKONGSIAN INI ....MENUNGGU N3 YG SETERUSNYA. BETUL, KITA ADALAH HAMBANYA