Monday, October 31, 2011

Tanpa sedar...kita biarkan nur Illahi menghilang!

Assalam semua...


Kita berkata kata, mencampuri tanpa sedar batas batasnya....hal hal berkaitan dengan agama dan kehidupan hanya kerana atas dasar kepentingan politik dan kepentingan diri...rujuk Al-Baqarah:17 Bahkan perbuatan sedemikian umpama menghapus dan membiarkan nur Illahi, nur keimanan itu terhapus dalam kehidupan kita...maka kita menjadi orang orang yang rugi. Kita bersikap membelakangkan segalanya, dan tanpa sedar, itulah sifat munafik!


Tanpa sedar kita berkata kata dengan sindiran pedas, dengan ungkapan penafian, malah dengan kutukan dan kejian hal hal agama dan kehidupan yang akhirnya hanya lebih memesongkan orang lain berbanding menarik mereka kepada Islam. Blog ini dan blog blog orang lain, laman sosial FB atau apa sahaja adalah saluran dimana segalanya diluahkan, kutukan dipaparkan, sindiran dan kejian diungkap, terhadap ulama, atau orang yang lebih berilmu, atau mereka yang berilmu, lalu kita menganalisa, mengkaji (kononnya) walhal amat sedikit pengetahuan dan rujukan kita kepada Al-Quran, Hadis dan kitab kitab muktabar! Terkadang kita menganggap kita telah merujuk secukupnya, walhal keterangan dari rujukan terhad bercampur analisa logika dan rasional itu tersasar jauh dari roh wahyu mengapa sesuatu itu dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw...lalu akhirnya kebenaran yang sepatutnya telah terang terang kita sesatkan tanpa sedar.


Mengapa berlaku sedemikian? Ia terjadi kerana 'putus' nya penilaian dan analisa berdasarkan 'context' atau hubungkait atau asbab (sebab musabab) dan peristiwa....lalu secara melulu kita menganalisa dan menyimpulkan sesedap hati dan kehendak nafsu. Inilah yang berlaku apabila mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain dalam konteks agama dan kehidupan. Perlu diketahui bahawa banyak perkara yang tersirat berkaitan hukum dan peraturan Allah, yang biasanya kita tidak memahami dengan sebenarnya mengapa ia begini dan begitu...seolah olah, apabila dibincang dan dibahas oleh 'orang awam' hukum dan peraturan Allah itu dipersoalkan dari segi pelaksanaan.


Berhatilah hatilah kita semua, jangan kita terjerumus kedalam neraka yang amat dalam 'fid darkil asfali minnan naar' jurang neraka yang amat dalam. Sesungguhnya, tipsnya amat mudah sekali utk membezakan perbahasan dangkal atau tidak ialah, mereka yg belajar secara mendalam, hal berkaitan agama dan kehidupan itu...hal berkaitan hukum hukum Allah itu....mereka tidak sewenangnya berbahas secara membabi buta, mereka tidak mengungkap sesuka hati! Segalanya disertakan dengan nas dan hujjah bersandarkan wahyuNya dan Hadis rasulNya....masyaallah! 


Tanpa sedar...kita sengaja membiarkan Nur Illahi menghilang dalam kehidupan kita.......


Life is full of choices...make your choices as it determines your directions...and live life to the fullest...forgive and forget...be happy!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: