Wednesday, November 9, 2011

Fatabayyanuu!....hendaklah kamu siasat sebenar2nya sesuatu khabar!!

Assalam semua...


Terkadang aku sendiri salah menilai sesuatu berita atau perkhabaran...kerana maklumat dan fakta tidak cukup..hanya mendengar 'one side of the story' kemudian terus terjun membuat kesimpulan adalah perbuatan tidak sihat.....aku juga terkadang salah menelah. Sebab itu aku sejak akhir akhir ini tidak membuat telahan melulu...aku perlu membuat pencerahan....yang dikenal sebagai FATABAYYANUU...


Seruan FATABAYYANUU ini penting agar fitnah tidak bertaburan....aku insaf akan hakikat ini. Jika tidak, kita telah tersalah membuat tanggapan, malah tanggapan itu kemudiannya diperbesarkan lewat 'mukabuku', 'ruanganku' atau 'blog2' yang banyak bertaburan...jika ia ternyata khabar itu salah, malah mengandung banyak cerita dan fakta yang tidak benar bayangkan betapa banyak tanggungan dan beban dosa yang telah kita sebarkan melalui laman sesawang dan laman komuniti dek kerana kesilapan...bebanan dosa itu terus terusan berleluasa di alam maya, selagi mana ia tidak terhenti, selagi itu saham dosa kita akan terus bertambah. Mengapa? kerana kita heret sekali orang lain untuk mempercayai khabar berita tersebut!


Senario 1:


Syukur alhamdulillah pada Hari Raya Korban kali ni banyak lembu lembu yg di korbankan.Terima kasih tak terhingga kpd >>>>>>>> yang telah memberi sumbangan lembu korban kepada surau dan masjid d beberapa kampung di ......... .Tapi ada cerita yang x seronoknye nih..Dari cerita - cerita org kampung banyak lembu yang x cukup umur yg di terima.kenapa boleh jd begitu..... sedangkan peruntukan yg diberi adalah RM 2500.00 seekor.... Jadi , dimana silapnye??? cer pikior.. cer pikior


Jawapan:


Respon 1: bior betoi...pada aku mudah aje...siapa punya angkara tu tanggung le dosanya...dan kepada yang menderma pastikan nawaitu dan perlaksanaannya betoi..dan kpd. yang dapat daging tu tak payah pikio cukup umo ke tidak.....makan aje...janji halal..
Respon 2: masalah yer nk cari untung...yg dpt tander cari lembu dgn yg jual lembu...klu tahu hukum xde masalah yer...so..pgajaran kt cni ilmu kena ade..tu jer...tp klu dh nmpk $$ jer mmg jahanam..
Respon 3: Penjelasan untuk Warga ?? Perihatin: Lembu qurban itu adalah sumbangan dari pihak luar untuk di sumbangkan ke ??
Respon 4: sapa yang menyumbang tu??
Respon 5: dari Kedah
Respon 5: Gurkha-gurkha UMNGOK dah senduk le tu. Depa bukan kira halal haram, nak hidup senang cara mudah - baju batik + songkok tinggi + kete besor - UMNGOK & ????; .................  POORAAAH!!!
Respon 6: a'kum wrb, izinkan saya utk beri penjelasan, pusat perkhidmatan ahli parlimen ????? tidak menerima sumbangan dalam bentuk kewangan. lembu2 dihantar terus dari ????. yg menyumbang lembu juga tak boleh dipersalahkan kerana dia pun tak sempat nak tengok lembu2 yg disumbangkan. hamba Allah yg menyumbangkan lembu2 tersebut turut berada di ?????? semasa penyerahan lembu2 itu oleh dato ????. dia sgt kecewa kerana dia membayar rm2,500 utk setiap ekor lembu. dia terus menghubungi supplier utk menggantikan beberapa lembu2 yg tak cukup 2 tahun itu (keseluruhan lembu yg disumbangkan adalah 45 ekor). malangnya dlm musim hari raya korban, permintaan lembu sgt tinggi dan mereka tak dapat mencari stok lembu dgn kadar segera. parlimen ?????? (kawasan parlimen ?????) mengalami nasib yg sama. insyaAllah kita belajar dpd kesilapan ini & akan ambil tindakan proaktif di masa hadapan supaya ianya tidak berlaku lagi. beberapa masjid & surau yg menerima lembu di bawah umur itu membuat keputusan berbeza menangani keadaan itu spt menyimpan lembu itu utk hari raya korban tahun depan, menyembelih utk tujuan memakan lembu tersebut (tidak dikira korban kerana lembu utk korban perlu lebih 2 tahun umurnya, ada juga yg menjual lembu bawah umur itu dan membeli lembu lain dgn menambah harga beza lembu baru (lebih 2 tahun) dgn lembu bawah umur itu.. bagi pihak dato???????? kami memohon maaf atas kesilapan yg berlaku yg tidak disengajakan. yg pasti semuanya bernawaitu baik cuma sebagai manusia biasa kita tak dapat lari dpd melakukan kesilapan & akan cuba memperbaikinya di masa2 akan datang. maaf atas segala kesulitan kpd semua pihak yg terlibat & terima kasih atas keperihatinan & kritikan membina saudara saudari. wassalam..
Respon Saya: Fas aluu ahlaz zikri in kuntum laa taklamuun! Tanyalah org yg lebih tahu jika tidak tahu....in jaaa akum faasiqun binabain fatabaiyyanuu....jika dtg sesuatu khabar berita...hendaklah kita mengesahkan....atau membuat siasatan utk memastikan kebenaran.....jika tidak,akan berlaku fitnah...sangkaan2 liar..tuduhan2 melulu...jadi tanyalah org yg lebih tahu utk mendapat gambaran sebenar!
Respon 7: Hairan juga sbb di malaysia ladang ternakkan lembu cukup byk....projek2 yg kerajaan beri pd syarikat2 yg dpt tander beso2 nie.......tp kita masih lg kekurangan lembu....hairan juga.....maner lembu2 tu ghaib....kita masih lg import daging lembu dan kerbau dr luar...baik duit tu bg kt org kpg soh diaorg ternk sndri..buat kandang bg lembu..rase yer lbh baik...


Cuba kita praktiskan FATABAYYANUU......tiadalah sangka buruk dan fitnah kan berleluasa...aku hanya mengambil sedikit contoh dari banyak contoh lain...aku juga telah menggugurkan nama nama berkaitan kerana aku tidak mahu memalukan sesiapa atau mengangkat sesiapa! Itulan ASAM GARAM manusia...panduan diberi (oleh Allah swt bukan oleh jiran/teman/rakan sepejabat) namun kita selalu alpa dan lalai!

1 comment:

Anonymous said...

thanks! nice! -linmd-