Assalam semua!
Ingin bicara sedikit bab ini...aku mengajak kalian utk berperanan sebagai agen kepada perubahan yg positif terhadap masyarakat, bawakan contoh yg baik, siapkan diri utk jadi agen yg baik...pahala dapat, keberkatan mendatangi, kebahagiaan dan kepuasan diri kan bisa dikecap! Insyaallah kehidupan juga jadi lebih bermakna! Bak ungkapan dalam Laskar Pelangi, hidup ini hendaklah memberi sebanyak banyaknya dan bukan menerima sebanyak banyaknya! Itulah nasihat!
Jika jadi guru..jadilah guru yang membawa perubahan kpd anak murid dalam erti yang menyeluruh...jangan terlalu dibanggai jika anak murid mendapat semua A dlm subjeknya akan tetapi bejat moral dan akhlak...jgn dinanti saat subjek akhlak dan moral baru bicara soal peribadi dan sikap..malah boleh sahaja elemen akhlak dan peribadi mulia ini diterap saat subjek Matematik@Sains@Bahasa Malaysia@Pendidikan Jasmani atau apa sahaja! Inilah hebatnya guru kerana peluang mencanai insan menjadi lebih baik sentiasa terbentang didepan mata...jadilah agen kepada perubahan!
Bukan sahaja Guru2 malah apa apa profesion sekalipun jika sedar dan mahu boleh sahaja berperanan menjadi agen perubahan yang berkesan...jgn terlalu berpolitik dan menuding jari! Hebatnya orang Melayu bila berpolitik...hingga bergegar dunia! Tetapi aspek lain ditinggalkan...tidak mengapa jika ia seimbang!
Aku teringat satu ungkapan oleh bekas guruku yg sangat kukagumi...jadilah pendidik yang berkesan dan bermakna kpd masyarakat! Itulah Prof Sidek Baba! Sejak itu aku berpendirian dan berprinsip bahawa....seorang pendidik yang hebat ialah apabila dia mampu menukar@mentarbiah@membina@mengubah seorang yang biasa biasa...seorang yang tidak cemerlang, menjadi cemerlang, menjadi insan berguna, menjadi hebat...! Ia tak semudah yang dikata sebenarnya...berbeza dengan mengajar dan mendidik seorang yg sedia ada cemerlang, sedia ada bijak@genius...
Apa guna jadi hebat akademik jika sahsiah merudum! Lebih baik cemerlang akademik dan cemerlang sahsiah....lebih baik biasa biasa kemudian menjadi luar biasa kerana sumbangan yang hebat kepada ummah! Kita terkadang silap menilai dan memberi nilai...terlalu duniawi! Oleh itu, jadilah agen perubahan positif kepada Islam dan ummah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment