Saturday, November 19, 2011

Yang dinanti dan yang ditunggu Versi 3!!!

Assalam semua....


Allah sayangkan hamba hambanya! Allah sayangkan mereka yang mengikuti JALAN NYA...mana mungkin Allah biarkan mereka yang mengikuti perintah dan jalannya dibiarkan terkontang kanting! Inilah antara hakikat mengapa? Inilah juga yang membezakan APA YANG KITA MAHU dan APA YANG MENJADI KEHENDAK ALLAH!.....kita hanya tahu apa yang kita mahu tetapi kita tidak mahu tahu APA YANG ALLAH MAHU!.... Itulah antara cebisan terakhir nukilan saya dalam 'post' terdahulu....


Jika kita TIDAK memahami yang tersirat, kita mudah salah sangka kepada Allah swt....kita akan mudah menganggap Allah sengaja membiarkan hambanya terkontang kanting....Allah sengaja membiarkan kita menghadapi kesukaran hidup ini, masalah ini, cabaran ini, isu itu ini....kita silap!....sebenarnya, itulah proses pendidikan Allah, tarbiah Allah kepada kita, itulah proses dimana Allah nak kita faham hakikat, faham hikmah atau faham mesej yang terkandung dalam sesuatu peristiwa kehidupan yang berupa cabaran dan masalah!....Allah tahu tahap iman kita, cumanya Allah beri pengajaran peristiwa suapay iman kita meningkat dengannya, pasrah dan redha kita semakin kuat denganNYA...sebab itu kita diuji, sebab itu kita diperiksa ketulenan keimanan kita.....


Bagaimana kita diuji? Dengan segala macam peristiwa yang berlaku....dengan segala macam masalah kehidupan....harus diingat, jalan para Nabi dan Rasul, para sahabat Nabi saw dan mereka yang didalam jalan yang benar disepanjang jalan sejarah sehingga hari ini...kalau diperhatikan betul betul, kalau kita nilai betul betul, kalian akan nampak bahawa, jenis-jenis UJIAN yang menimpa mereka, berupa TARBIAH/PENDIDIKAN ALLAH buat hamba yang dikasihi dan disayangi....biasanya berupa ujian KESAKITAN, KEPERITAN, KESUSAHAN, KEPAYAHAN dan sebagainya.....bukan jenis ujian NIKMAT-kekayaan, kesenangan, pangkat, kuasa dan harta....mengapa??? (maaf, ini sekadar pemerhatian saya yang dangkal.....sedikit masa lagi saya perlu rujuk kepada kitab kitab muktabar untuk mengesahkan bahawa ujian orang beriman dan bertaqwa berupa jenis ujian kesusahan manakala ujian untuk org kufur ialah kesenangan!)


Nabi saw diuji dengan kematian mereka yang disayangi, mereka yang menjadi pembelanya, mereka yang menjadi pelindungnya diawal dakwah Islam.....anak anak Baginda sendiri telah pergi meninggalkan Nabi saw lebih awal....malah ibu bapa Nabi saw telah meninggalkan Nabi sejak kecil...isteri Nabi saw yg paling disayangi Saiditina Khadijah r.a. juga meninggalkan Nabi terlebih dahulu (disaat orang lain mencemuh dan menghina, Khadijah lah yang membelanya dan membantunya)....Nabi saw juga YATIM (ini suatu tanda bahawa anak yatim perlu dibela, juga tanda bahawa anak yatim punya 'strong will' dalam kehidupan)....semua ini ujian dan cabaran sesuai dengan amanah yang dibawa oleh Nabi saw untuk menegakkan Islam ke serata alam.....

Oleh itu, apabila berlaku musibah, haruslah bersyukur kerana sekurang kurangnya, kita boleh tahu bahawa kita digolong dalam golongan orang beriman.....manakala perlu kita bimbangi jika diuji dengan punya harta dan pangkat yang banyak, kerana dikhuatiri kita terjerumus dalam golongan mereka yang kufur....segala kemewahan yang dimiliki dikhuatiri hanya akan membawa kita terus tergelincir dari jalanNYA....namun, jika kita tetap teguh dijalanNYA, itulah sebaik baik baik orang yang kaya!.... "lain syakartum laazidan nakum walain kafartum inna azaabii lasyadiiid"....



.....saya berikan contoh: Qarun diberikan nikmat harta dan pangkat lalu kufur......Nabi Sulaiman diberikan kuasa untuk menguasai makhluk lain, namun dia tetap beriman.....Nabi Muhammad memilih untuk bersederhana dalam segalanya.....lihatlah hasil dakwah beliau....ia melaut dan sepanjang zaman! Manakala sahabat sahabat Nabi saw yang berstatus korporat...spt Abu Bakar as Siddiq, Umar al Khattab, Uthman al Affan, Abu Hurairah.....semua menyerahkan hartanya demi jalan Allah, jalan dakwah!.....


Justeru, jika yang dinanti dan yang tunggu berupa HARAPAN yang tidak kunjung tiba.....redha lah dengan ketetapan dariNYA kerana tidak semua yang kita MAHU selaras dengan apa yang DIA (ALLAH) MAHU untuk berlaku dalam kehidupan kita......Hakikat KITA adalah miliknya mestilah kita fahami.....hakikat bahawa tiada suatu apapun di dunia ini milik mutlak kita, juga perlu difahami....nikmati kehidupan ini sepenuhnya dengan menerima ketetapanNYA dengan penuh redha, pasti kalian kan BAHAGIA, kerana bukankah itu yang kalian cari cari2 dalam kehidupan ini???


Saat aku tak paham maksud Rabb-ku,
aku memilih untuk tetap PERCAYA..
Saat aku tertekan oleh kekecewaan,
aku memilih untuk tetap BERSYUKUR..
Saat beberapa rencana hidupku gagal,
aku memilih untuk BERSERAH DIRI..
Saat putus asa melingkupi jiwaku,
aku memilih untuk tetap MELANGKAH..

Apapun yang terjadi padamu saat ini,
tetaplah PERCAYA, BERSYUKUR, BERSERAH DIRI dan teruslahMELANGKAH..
karena Allah sedang mencerna kehidupan yang terbaik untukmu, untukku dan untuk kita semua..

Laluilah jalan yang telah dibentangkan-Nya dengan sabar dan ikhlas
karena setiap perjuangan yang sabar dan penuh keikhlasan akan membawa kita ke muara kebahagiaan yang hakiki..


InsyaAllah

Inspirasi Motivasi dari
Ukhti Alfiah

.....nantikan explorasi DIRI dalam blog KHALIFAH JIWA yang akan saya terbitkan kemudian nanti...   

3 comments:

Izzah said...

tidak tahu apa yang ingin dikatakan lagi...hanya air mata mengiringi sepanjang pembacaan...betapa diri terasa sangat kerdil di sisi NYA !

Anonymous said...

Terima kasih kerana menyedarkan saya dari mimpi. Hakikatnya dia (allah swt)lah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat kita. Semoga aku tidak akan terus merajuk dan menyesali diri dengan apa yang masih tidak tercapai. Semoga aku sentiasa bersyukur dgn rahmatnya sejauh ini. Ya, syukur alhamdulillah...

Alwi Mohd Yunus said...

Anonymous and Ummi Izzah:

Nukilan ini ditulis kerana saya diberi anugerah olehNYA utk punya RASA dalam pengalaman dan ujian kehidupan, lalu saya punya amanah dan tanggungjawab utk menyebarkan RASA itu agar ia dimanfaatkan bersama...bukan niat menunjuk2 bahawa saya punya RASA dan kalian tidak! nauuzubillah...jika nukilan ini memberi manfaat dan pengajaran sebagai pencerahan dalam memahami kehidupan...sy bersyukur kpdNYA sebab usaha ini berjaya menginjak pintu hati kalian!....moga kalian terus sukses selalu!