Angin bertiup kencang, debu berterbangan, daun daun kecil turut sama, memenuhi bumbung dan bonet keretaku lewat Maghrib ini! Manusia berbagai arah bersimpang siur berbagai arah dan tujuan...subhanallah ujarku! Bila melihat dahan pokok terumbang ambing dipukul angin yg kuat! Lalu aku teringat! Disaat saat ini....betapa 'wasatiah' itu penting...
Sejak dahulu kala, alam telah menjadi bukti buat manusia! Hanya yg ulul albab dan mahu mencari kesedaran lalu lahir RASA dlm diri, akan mengerti apa alam beri!
Aku tiba tiba tersentak apabila melihat angin yang bertiup saat ini...kalau ia bertiup lemah gemalai..ia baik utk kita..itu sederhana, kita seronok...diri juga seronok, orang lain malah gembira menikmatinya juga! Jika berlebihan, ia merbahaya buat kita! Ia boleh jadi taufan yang menerbangkan bahkan memusnahkan harta benda malah membunuh manusia! Pengajarannya mudah....sederhana! Kata kunci sederhana inilah antara pengajaran tersembunyi dari cerita alam...
Mengapa manusia tidak memahami bahawa sederhana itu bagus! Malah ia sunnah Nabi saw...bersederhanalah dalam segenap segi kehidupan, pemikiran, perbicaraan, perbuatan, tingkah laku, malah ibadah sekalipun!
Malah Nabi saw pernah menegur dan melarang sahabatnya berlebihan dalam ibadah...apabila seorang sahabat baginda berpuasa setiap hari, lalu diberi pilihan samada mengikuti puasa cara Nabi Daud, Ibrahim, Musa atau caranya Nabi saw sendiri iaitu setiap Isnin dan Khamis! Apatah lagi soal bersederhana dalam perkara perkara lain...itulah alam memberi pengajaran buat manusia, dan pengajaran itu hanya mampu di serap oleh manusia yang mahu mengambil pelajaran dan pengajaran!
Bagaimana bersederhana? Timbang lah sendiri...bila memuji,pujilah disaat yg perlu, bukan membodek! Bila membenci, sederhanalah, jangan terlalu membenci kerana boleh sahaja Allah yang Maha Membolak balik hati...mengubah apa yg pada mulanya kita benci menjadi suatu perkara yang kita sukai! Bila menyukai, juga sederhanalah kerana boleh sahaja Dia menukarnya menjadi perkara yang amat kita benci...jika memusuhi musuh, sederhanalah kerana mungkin esok musuh itu menjadi Islam dan mukmin sejati! Atau musuh itu menjadi sahabat yg paling akrab...jika makan, sederhanalah kerana tanpanya, penyakit kan mendatangi!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment