Assalam semua....
Selalu juga kita tunggu, harapan membunga....benda yg ditunggu tungu tu lah yang tak datang datang.....sebaliknya, benda yang tak ditunggu tunggu tu lah pula yang bersinar2 dengan lajunya mendatangi hidup! Kadang tu orang, kadang binatang, selalunya masalah....kadang malapetaka, kadang tu khabar berita dan macam macam lagi lah....silih berganti, masa yang menentukan coraknya. Itulah hidup! Payah jugak teman nak 'kabor' kan ke 'miker' semua....ia umpama mesej tersembunyi yang hanya perlu diteroka sedalamnya oleh kita manusia/insan....hanya untuk difahami bahawa, semua urusan bukan di'tangan' manusia, walau kita yang menggerakkannya....kita ni pelaku dan pelakon dalam skrip yang besar iaitu kehidupan! Senang cerita, kita ni hanya watak kehidupan....yang dinanti dan yang ditunggu tak datang......yang tak diharap bergolek golek! Tersiratnya ialah....kita PASRAH.....usaha sudah, usaha yang bersungguh2 la, mengikut strategi dan teknik serta kaedah yang betul la, bila sudah usaha, doa la, bila udah doa, tawakkal la...serah kat dia! Selagi DIA tak nak bagi, rebah rempah macam mana pun, tak mau nya dapat! Tetapi ia tak bermaksud kita meninggalkan bab usaha, sebab prinsipnya 'wan jadda wajadaa' siapa usaha dia dapat! bezanya dapat yang seperti kita nak atau DIA kehendaki! Itu perbezaan tafsiran!
Kita naik menyampah selalunya pasal apa! Kita mendefinasikan yang kita MAHU dan bukannya yang DIA nak BAGI...itu langkauan yang sangat tidak sama dan sememangnya jauh....yang kita nak.....kalau buat sikit dapat banyak!! hahaha...manusia oh manusia! Formula DIA lak tak begitu, atas siapa yang dikehendakinya! Apa benda tu! Hak DIA la tu maknanya! Kita nak mintak lebih dengan DIA...tanya dulu soalan ini...LAYAK KAH AKU??? Walaunpun AKU itu teah berusaha 'rebah rempah'! Namun ada kriteria lain sebenarnya yang kita tak tahu...hanya DIA yang tahu!....kadang tu DIA jawab.....kalau AKU bagi nanti...engkau akan makin menjauhkan diri dari KU malah lebih sesat, AKU sayang kat engkau...sebab tu Aku bagi sikit sikit...sabarlah, sebab itu ujian IMAN....dengan sebab sayangnya Aku padamu...Aku 'reserve' kan untukmu di syurgaKU nanti! Amacam!! (ini kalau kita boleh berbual2 secara direct dengan Sang Penguasa la! Hakikatnya tidak sebab kita tak layak nak berbual 'direct' ngan DIA...malah perbualan kita hanya dalam konteks perhubungan melalui DOA dan solat...zikrullah itu sebahagian proses perbualan kita dengan DIA)
1 comment:
yes, i am finally here... i like this point... terkena kat muka sendiri... :-p -linm-
Post a Comment