Thursday, November 10, 2011

Siapa yg nak jaga DIRI dan Keluarga? Tidakkah kita sendiri???

Assalam semua.....!!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ

شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ


Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (QS, 66:6)

Itulah peringatan Allah kpd semua orang yang beriman....


"...apabila kita melihat kemungkaran maka kita perlu bersuara untuk memperbetulkan keadaan. Apabila kemungkaran berterusan dan azab Allah tiba, walaupun kita tidak melakukannya tapi sebab kita diam maka dengan kita2 sekali menerima azab tersebut..." (dengar di IKIM).


Ulasan dan respon saya terhadap statement di atas ialah begini:


.....ada beberapa tahap kemungkaran...ada kemungkaran diri, ada kemungkaran keluarga, saudara mara, jiran tetangga, msykt, pemimpin dan ummah....tengok ke dalam dulu, kemudiantengok keliling, baru tengok d luar....

.....qu anfusakum wa ahliikum naara!...jagalah (dlm konteks ini memelihara dr dosa, kemungkaran) diri kamu, dan ahli keluarga kamu dari api neraka! prinsip ini orang selalu lupa...kalau buat 2 benda ni, jaga diri dan ahli keluarga...hampir lebih separuh masalah ummat selesai....diri dah solat ke belum, kalau sudah, dah solat jemaah ke belum, kalau sudah, dah solat jemaah tiap2 waktu ke belum, kalau sudah, dah jemaah di masjid ke belum....kalau sudah, isteri dan anak dah solat ke belum, kalau sudah dah jemaah ke belum kalau sudah...dan seterusnya...ITU BARU BAB SOLAT...dan SOLAT diutamakan kerana ia mencegah fahsya' dan mungkar! Belum lagi bab bab akidah, tauhid, ibadah ibadah yang lain, muamalah, munakahat dan sebagainya....cuba bayangkan dan kira, berapa banyak perkara dan urusan yang ditentukan oleh Allah swt kepada diri tapi kita tak selesaikan dan buat!
.....berpesan pesan lah kepada diri dahulu...selesaikan bab itu...kemudian berpesan pesan lah kepada isteri dan anak2..selesai dulu yg tu, kemudian berpesan2 kpd adik beradik dan keluarga, selesai yg tu dulu....kebanyakan kita (maaf kata...terus melompat kpd pemimpin dan negara nak berpolitik konon..dah islamik sangat konon! selalu saya ketawa sendirian melihat telatah manusia kalau bab bab ini!)...walhal urusan diri dan keluarga tak selesai.....keluar ayat danhadis itu ini....tidakkah itu menipu Allah dan Rasulnya (maaf juga sy bukan yg terbaik dlm urusan ini...sekadar berkongsi)...seperti mana yang saya kongsikan dalam catatan di blog saya sebelum ini....mengambil contoh Salahuddin Al Ayubi....diriwayatkan beliau tak pernah solat sendirian, semuanya solat berjemaah dalam hidupnya! Kita dah buat sedemikian ke belum, itu baru bab solat, belum lagi bab bab lain...

...maaf kata, saya sebenarnya menyampah dan meluat orang yang duk sibuk tunjuk salah orang lain 'secara berlebih lebihan' dalam gaya yang hebat dan 'macam bagus sahaja' walhal urusan diri dan keluarga mengikut acuan Islam belum selesai! tidakkah itu hipokrit namanya! Benar! saya setuju mengkritik itu dibenarkan dalam Islam tapi ia ada adab dan akhlaknya bukan semberono! Berkata kata dengan bahasa kesat, kasar dan sindiran tajam bukan mengkritik sebab yang beradab itu ialah mengkritik secara MEMBINA.....

Maaf sekali lagi jika kenyataan ini mengguris pembaca blog saya....malah saya juga sedang mengguris hati sendiri kerana banyak perkara berkaitan 'suruhan dan larangan' Allah dan Rasulnya yang belum selesai di peringkat diri dan keluarga saya sendiri, kenyataan ini hanyalah ingatan dan perkongsian sesama kita!   

No comments: