Wednesday, November 9, 2011

Cara Nabi: mengulang2 jawapannya......

Assalam semua....


Petikan dari http://hadithpsikologi.blogspot.com/2011/08/sebagai-komunikator-nabi-muhammad.html?spref=fb

Sebagai Komunikator: Nabi Muhammad Mengulang-Ulang Jawapan

Abu Hurairah adalah sahabat Nabi Muhammad yang menghafal banyak kata-kata yang dia sendiri pernah dengar diucapkan oleh Nabi Muhammad. Dia ada melaporkan suatu peristiwa apabila pada suatu hari ada seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad, "Wahai Rasul Allah, berilah saya nasihat." Nabi Muhammad berkata, "Janganlah saudara marah." Lelaki itu telah mengulang-ulang soalannya beberapa kali. Setiap kali lelaki itu mengulang soalannya, setiap kali itulah pula Nabi Muhammad mengulang jawapannya, "Janganlah saudara marah." -- Peristiwa ini dipetik daripada rekod hadith-hadith autentik dalam koleksi Bukhari.

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad tidak berkata:

* "Saya sudah kata, jangan marah, jangan marahlah! Awak tak fahamkah?"
* "Jawapan yang mudah macam itu pun awak tak faham-faham juga!"
* "Tak faham-faham lagikah? Saya kata jangan marah, jangan marahlah, banyak tanya pula!"
* "Awak tak dengarkah apa saya kata tadi? Saya kata, jangan marah."
* "Apa kena dengan awak ini. Bahasa yang simpel pun awak tak faham!"
Post a Comment