Assalam semua...
Buat teman teman MUSAFIR dan pembaca blog saya dari USA, Germany, Australia, UK, Korea Selatan, Brazil, UAE, Arab Saudi, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Syria, Mesir, Slovenia, Russia, Ukraine dan juga Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura.....
Terimakasih....terimakasih....terimakasih!!!
SALAM RAMADHAN AL MUBARAK para Musafir.......dari saya sekeluarga.....moga seluruh kebaikan dan rahmat Ramadhan kali ini kan kita jejaki dan perolehi dalam kembara Ramadhan ini......insyaallah ameen!!
Life is full of choices...make your choices as it determines your directions...and live life to the fullest...forgive and forget...be happy!Google+
Sunday, July 31, 2011
Mari berZIKIR di sepanjang Ramadhan....
Assalam semua....
Dalam kitab Tazkiatun Nafs oleh Said Hawa yg didasarkan dari kitab ulamak agung Imam AlGhazali iaitu Ihya Ulumiddin dan juga kitab AlAdzkar oleh Imam Nawawi....
.....terkandung didalamnya mutiara zikrullah...kita disarankan sangat sangat untuk tujuan zikrullah iaitu berzikir kepada Allah dengan mengamalkan setiap pagi dan petang...
....sesudah solat subuh dan sesudah solat asar atau ketika maghrib untuk membaca zikrullah yg termasyhur didalam hadis Nabi saw, tambahan pula di bulan Ramadhan alMubarak ini....iaitu:
.......kalimah Subhanallah hil adziim subhanallah wabihamdihi 100x,
.......Laa ilaa haillallah (tiada tuhan selain Allah) 100x dan juga
.......Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaa haillallah, wallahuakbar, walaa haula walaa quwwata illa billahil aliyyil adziim.....
Glory be to Allah, All praise is to Allah, there is no god but Allah. There is no power and no strength except in Allah.
Siti Fatimah r.a....ketika mengadu kpd ayahnya tentang beratnya kerja rumah lalu memerlukan pembantu..lalu dijawab oleh Baginda saw...dengan penuh lembut dan tarbiah sekali...."bagaimana jika aku gantikan dengan sesuatu yg berkali ganda lebih baik dari seorang pembantu rumah"...itulah dia dia Rasulullah saw memberi amalan zikrullah seperti yg diatas iaitu Subhanallah, walhamdulillah walaa ila haillallah wallahu akbar sehingga habis...untuk diamalkan oleh Siti Fatimah anaknya yg paling disayangi oleh Baginda saw....
Hikmahnya, tentu ada sesuatu yg amat besar disebalik zikir tersebut hingga Baginda saw mengatakan ia lebih baik berkali ganda dari seorang pembantu rumah, apatah lagi ia disarankan kpd anaknya sendiri Siti Fatimah r.a.......mungkin kesan zikir tersebut akan membolehkan seorang pengamalnya menjadi lebih berkeupayaan untuk melakukan kerja kerja yg berat dan sebagainya...apapun, saranan saya agar kita berzikir kerana Allah dan amalkan ia kerana Allah...insyaallah akan ada kebaikan jika selalu dan konsisten dalam mengamalkannya....... bukanlah berzikir itu untuk menjadi kuat atau sebagainya....itu yg memesongkan, hendaklah zikrullah dengan niat yg tulus ikhlas kerana Allah.....imbalan dari zikir yg dilakukan sentiasa itu, kita serahkan urusannya kepada Alah swt...Dia maha mengetahui dan Maha Kuat....ameen, insyaallah!

Mari khatam Al-Quran di sepanjang Ramadhan....
Assalam semua...
Marhaban Ramadhan alMubarak....
Alangkah bagusnya jika kedatangan Ramadhan ini, ibadah sedia ada dipertingkatkan! Ini kerana bulan ini penuh gandaan pahalanya...penuh berl;ipat kali ganda untuk mereka yg tahu dan sedar malah insaf...apapun, beribadahlah dengan tujuan dan niat yg satu iaitu KERANA ALLAH...soal pahala, kita serahkan kepadaNYA kerana DIA adalah sebaik baik pemberi balasan dan pemberi pahala.....
Saya mengingatkan diri sendiri dan menyeru kalian semua....jika sebelum ini kita baca al-Quran seadanya, tanpa 'target' yg khusus, apalah kiranya jika Ramadhan kali ini kita boleh khatam membaca alQuran 30 juzuk....masa yg ada kita peruntukkan selama 10-15 minit untuk menghabiskan 5-7 helaian naskhah alQuran selepas setiap solat fardhu atau sebelumnya....jika setiap kali sebelum dan selepas solat fardhu, kita boleh membaca sekitar 5-7 mukasurat. Ini adalah gantian masa yg dibuat berbanding ketika bulan bulan yg lain, dimana waktu tengahari kita 'break or lunch' namun diwaktu tengahari, jika ingin 'nap' sebentar, insyaallah teruskan namun sebaiknya sudahi dulu 1-2 mukasurat, kemudian tidur sebentar (ia adalah sunnah tidur 'seketika' ditengahari sebelum masuk waktu Zuhur, agar mudah untuk bangun malam Qiyamullail bukan sahaja pada bulan Ramadhan malah pada bulan2 lain sekalipun)...masa yg dahulunya kita gunakan untuk pergi makan tengahari selama 1jam boleh digunakan sebahagiannya untuk membaca alQuran sekitar 10-15 minit. Jika dilakukan secara berterusan setiap kali sebelum atau selepas solat fardhu, kita akan menghabiskan 1 juzuk setiap hari, dan cukup 30 hari maka cukuplah 30 juzuk....boleh juga menyertai Program Tadarus di masjid dan surau...lalu mengkhatamkan alQuran secara jemaah.
Apapun, bukan itu sahaja amalan yg boleh dibuat sepanjang Ramadhan ini....namun membaca alQuran adalah ibadah yg ringan dan sangat digalakkan kerana membacanya kemudian kalau boleh mengerti kandungan apa yg dibaca...boleh melembutkan hati dan menambah tawadhuk dalam diri...itulah sebahagian modul Tarbiah Ramadhan......ibadah solat qiyamullail, solat solat sunat yg lain sepanjang hari dan malam, bersedekah dalam pelbagai bentuk, dan utamanya mengawal nafsu diri dari makan dan minum adalah sebahagian modul tarbiah Ramadhan......MARHABAN YA RAMADHAN...moga kita beroleh yg terbaik dari Ramadhan kali ini...insyaallah!!

Wednesday, July 27, 2011
Menjelang Ramadhan.....
Assalam semua....
Menjelang Ramadhan Mubarak yang mendatang ini, pasti akan timbul persoalan persoalan dan isu isu lama yg diungkit kembali. Antaranya yang paling 'glamer' ialah soal solat Terawih 20 rakaat mahupun 8 rakaat. Itu belum lagi soal lain. Begitulah umat Islam bercakaran membincangkan isu ini.
Selagi mana kita berbahas untuk isu sebegini, selagi itulah kita membazir masa dan waktu yang semakin 'menghilang' dari hayat usia kita. Bimbang kiranya anak anak kita turut hanyut dalam perbincangan sebegini yang tidak memberi manfaat jika ia tidak habis habis dibahaskan. Buatlah ketetapan mulai sekarang dan teruskan perbanyakkan ibadah. Jangan banyak berbahas hingga kita hanyut dalam perbahasan yang tidak ke mana. Pilih lah, jika mahu solat 8 rakaat sekalipun atau 20 rakaat sekalipun. Keduanya berasas dan diterima dalam Islam. Jangan sewenang wenang beralasan yang boleh mengelirukan orang lain, antaranya, "aku buat 8 rakaat sahaja sebab ikut sunnah Nabi saw'...kerana alasan sedemikian tidak kukuh. Jika mahu ikuti sunnah Nabi saw, ikuti keseluruhannya jangan ambil sebahagian dan tolak sebahagian yang lain. Nabi solat 8 rakaat Terawih.....dengan setiap rakaat menghabiskan satu surah sebagai contoh Surah Al-Baqarah, iaitu surah surah yang panjang, bukan surah surah yang pendek.
Manakala fatwa Amirul Mukminin Umar alKhattab itu juga berasas untuk kebaikan umat Islam keseluruhannya...harus diingat bahawa tiada had rakaat seseorang itu untuk solat Terawih di bulan Ramadhan. Malah Saidina Usman alAffan solat Terawih sehingga 60 rakaat pada satu malam.
Kita sering jadi umat yang mempertikai sesuatu yang telah menjadi ketetapan, dan pertikaian itu diikuti oleh anak anak kita dan ahli keluarga kita turun temurun, lalu ia menjadi berpanjangan. Tidak habis habis sejak dulu sehingga sekarang dipertikaikan soal 8 rakaat Terawih atau 20 rakaat. Itu baru zaman kita, belum lagi zaman anak anak kita akan datang, pertikaian atau perbahasan itu dilanjutkan, tanpa henti. Ikutilah jemaah yg ramai, jika di surau atau masjid tempat kalian tinggal, Terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat, ikutilah, jika 8 juga ikutilah, jika mahu lebih buatlah lebih, terpulang kepada diri. Jangan dipertikai, jangan mempersoal mengapa sifulan itu tidak buat sebegini dan sebegitu...kita yang dok mempertikai ini akan hilang pahala sebab asyik mengecam orang lain. Redhakan lah diri dan tunjuklah contoh buat generasi akan datang. Adalah amat dikhuatiri kita mengikuti perangai orang orang Yahudi seperti tercatat dalam alQuran sering mempertikaikan itu dan ini....malah mempertikai perintah Allah swt. Lihatlah kaum Nabi Musa, teliti sejarahnya, tidakkah kita mempelajari sesuatu dari sejarah yg benar??
Malah, sikap kita perlu berhati hati dari mengecam pihak yang melaksanakan Terawih 8 rakaat berbanding 20 rakaat. Biarkan masing masing membuat pilihan, dan melakukan mengikut kemampuan masing masing. Juga jangan dipertikai fatwa Saidina Umar alKhattab, dia sahabat Nabi saw yang utama, dia ahli syurga (telah dijanjikan oleh Rasulullah saw), siapalah kita untuk mempertikaikan dia. Ditakuti kita terlibat dalam perbahasan lalu terjerumus dalam perbincangan yang secara tidak sedar 'mengecam' Saidina Umar alKhattab, sahabat nabi yang mulia ini. Nauuzubillah!
Sebenarnya, kita perlu mempertikai (kenyataan ini utk diriku dan kalian juga sebagai peringatan) banyak mana amalan yang kita lakukan disepanjang Ramadhan ini, apakah ia lebih baik dari Ramadhan yg terdahulu? Kita perlu muhasabah diri, untuk meningkatkan usaha beramal, kurangkan dosa mulut berupa cercaan dan kata kata yg maksiat, suburkan silaturrahim dengan bersedekah samada sedekah tenaga dan wang ringgit atau mengajak orang lain, jiran tetangga atau orang lain berbuka puasa bersama (jika boleh).....harus diingat bahawa puasa kita itu, Allahlah yg memberikan pahalanya, segalanya tertakluk kepada DIA. Allah tidak perlukan puasa kita, Allah tidak berkehendak dengan amalan kita, segalanya yg diperintah lalu kita lakukan adalah untuk kebaikan kita sendiri.....ia manifestasi KEPATUHAN seorang hamba kepada tuannya, ia lambang ketaatan, keimanan, rendah diri, tawadhuk seorang hamba kepada Sang Pencipta......jangan biarkan ibadah puasa dan segala amalan lain samada di bulan Ramadhan alMubarak ini umpama debu yang ditiup angin, akhirnya dikhuatiri nanti di akhirat, puasa kita itu 'dicampak' ke muka kita dek kosongnya nilai.
Yang penting, ambillah kesempatan yang ada mengikut kemampuan masing masing untuk melakukan amal sebanyak mungkin di Ramadhan alMubarak ini kerana khuatir kita mungkin tidak ketemu dengan Ramadhan yang akan datang...boleh jadi, inilah Ramadhan yang terakhir buat kita, masyaallah!!

Sunday, July 24, 2011
Solat dan manifestasi kehidupan......
Seluruh HAYAT manusia itu, dimanifestasi dalam sebuah rangkuman SOLAT........maka solatlah, nescaya kalian menghayati kehidupan!!!...........
Saturday, July 23, 2011
asing dan akan terasing............3
.......ketahui pucuk pangkalnya coretan yang ketiga ini...dengan membaca dahulu catatan tentang asing dan akan terasing yg mula mula sekali dan yg no 2, baru wujud kesinambungan.....jgn diambil kebiasaan baca sekerat sekerat kerana kesimpulan akan jadi sekerat sekerat, itulah kebiasaan yg berlaku didalam masyarakat kita, suka sekerat sekerat, laksana yg Allah suruh buat pun buat pun sekerat sekerat dan tidak sepenuhnya...inilah kepincangan dan luputnya kebijaksanaan didalam minda umat Islam. mengapa? jawapan saya mudah sahaja, .....kerana tiada fokus!!
......apabila diri sudah biasa berfikiran picisan, itulah akibatnya. Malah soal membaca juga jadi picisan...tidak boleh fokus untuk membaca keseluruhan maklumat mahupun keterangan/catatan/buku/kitab/artikel tentang ilmu. Tanda tandanya jelas sekali...tanyakan diri adakah ini berlaku terhadap kalian!.....apabila membaca bahan yg serius, tidak perlu mengambil masa yg lama, sekitar 10-15 minit apa yg berlaku? mengantuk? kuyu? letih? penat otak? terlelap? hilang minat??......berhenti sebentar...tukar bahan kpd cerita/novel/berita sukan/berita gosip/cerita hantu/cerita lawak antarabangsa/lawak lucah/permainan 'games' komputer.....lihat berapa lama kalian boleh 'terpaku' terhadap bahan bahan berikut.....berapa minit telah berlalu, berapa jam telah pergi tapi kita tetap fokus dan masih menguliti bahan bacaan tersebut atau apa sahaja!! (aku ketawa dalam hati melihat gelagat teman2 yg kukenal...cakap berdegar degar itu ini......tapi kosong kerana sumbernya tidak ilmiah, omong kosong...maaf bukanlah aku mengenepikan kalian atau tidak menyukai sikap kalian...bukan itu, tapi perlu seimbang dan sederhana setiap perkara)......berbalik kpd soal perbincangan kita.....itulah dia, ilmu yg baik, benar, murni itu terasing......tidak dipeduli....sehingga apabila membacanya kita lantas sahaja bosan, mudah jemu...cuba muhasabah, adakah diri telah mengkhatamkan Ihya Ulumiddin al Ghazali,....mengkhatami tulisan dan tafsiran Hamka, dalam buku bukunya.......itulah keterasingan yg saya maksudkan, itu belum lagi karya karya besar ulamak dan cendekiawan Islam yg lain....khazanah ilmu itu terasing dalam seharian hidup kita, begitu juga hatta menatapi wahyu Illahi dalam Kitab Agung biarpun sekadar 5-10 minit selepas solat setiap hari...itupun sukar, apatah lagi memahami dan mengambil iktibar, mengkaji dan menganalisa alalu membuat kajian terperinci sebelum tampil dengan kesimpulan tertentu...itu pun sukar kita lakukan...hakikatnya, itulah kita!! mengkaji dan mempelajari semua itu bukan urusan cendekiawan semata mata, ia juga urusan 'wajib' kita....
....bagaimana mungkin otak dan minda yg telah terkesima dengan bahan picisan/maklumat picisan sejak dari dahulu lagi yg nilai beritanya hanya sementara atau bersifat duniawi semata mata mampu kan menyerap maklumat dan ilmu yg sifatnya menerangi diri, jiwa dan ruh seeprti yang terkandung dalam kitab dan karya karya agung para cendekiawan Islam......cuba lihat bagaimana Baginda Rasulullah saw, menjauhkan diri dari komuniti kaumnya di saat saat masanya tiba sebelum waahyu pertama turun, saat sebelum Baginda dinobatkan menjadi Rasul untuk seluruh alam ini.....apa yang Baginda saw lakukan?
.......Baginda saw menjauhkan diri dari duniawi dan segala tentangnya yg bersifat bertentangan dengan nilai nilai murni, nilai positif.....agar nilai negatif itu tidak bercampur dengan nilai positif......berdasarkan ini jelas perlu ada persempadanan nilai, dan ia perlu dilakukan dalam kehidupan kita yang membezakan antara yg positif dan negatif.....keduanya tidak boleh bercampur, ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian yang lain. Cuba persoalkan kepada diri...adakah kita telah melakukan sedemikian?? memisahkan dan membuat persempadanan yg haq dan yg batil (ini satu aspek)? yg positif dan negatif (aspek yg lain)? Mengapa persempadanan nilai ini? Jawapnya mudah.....agar kita boleh menerima hakikat dan kebenaran Allah, yang dengannya kita bertindak dengan sebaik baiknya sebagai hamba kepadaNYA, hakikat dan kebenaran dakwah Rasulullah saw....dan mengetahui segala kebaikan yg dibawa oleh dakwah Rasulullah saw....untuk kebaikan diri kita dunia dan akhirat......

Friday, July 22, 2011
asing dan akan terasing............2
...apabila menjadi asing, diri akan membina sikap tertentu, akan bangkit rasa dan semangat untuk membuktikan, lantas jatidiri terbina didalamnya, semangat menjadi membara......kerana tiada 'tongkat' yang menjadi keistimewaan kepada diri.....perasaaan seperti "jika aku tidak berbuat sesuatu, tiada sesiapa yang akan menolongku...hanyalah diriku sahaja yg akan menentukan berjaya atau tidak diriku ini"...inilah semangat HIJRAH...inilah salah satu sebab mengapa kita perlu berbuat proses HIJRAH atau juga dikenal saat ini sebagai TRANSFORMASI DIRI....inilah juga hikmah yang terkandung atau penjelasan yg rasional samada secara emosi, rohani dan jiwa mahupun psikologikal terhadap peristiwa HIJRAH Rasulullah saw.....
Kita perlu berada dalam keadaan dagang atau asing supaya kejayaan atau matlamat yang dikehendaki itu secara lumrahnya hampir 100% akan berjaya...jika kita merasa mudah, merasa ada 'tongkat' atau keistimewaan tertentu....tahap 'survival' diri secara langsung akan menurun....jika merasa asing, tahap survival diri akan meningkat berkali ganda.....risiko akan diredah dan dihadapi tanpa mengira akibat kegagalan....jika jatuh akan bangun kembali...jika jatuh lagi...akan tetap bangun....bukan sebaliknya, jatuh dan tidak bangun bangun.
Transformasi diri mahupun Hijrah ini penting kepada setiap susuk...ia akan memberanikan hati yang kecut, semangat yg lompong kan terisi dengan penuh membara, dengan syarat asal sahaja susuk itu sanggup untuk melakukan langkah pertama. Langkah pertama itu penting, buatlah langkah pertama itu, jangan terlalu lama disuatu takuk atau peringkat tertentu. Jangan rasa selesa dengan diri, lalu mereka reka alasan tertentu.....untuk menjustifikasikan keadaan yg selesa itu.....
.........."aku cukup...cukup dengan kesederhanaan begini! aku tidak mahu terburu buru, aku tidak suka sedemikian...lagipun kita diseru supaya sederhana dalam segala perkara" atau mengungkap kata kata "...apa yang nak dikejar sangat dunia tu...tak ke mana..tak akan dibawa ke mati"..........aku akan ketawa besar jika aku temui ungkapan ungkapan sebegini. Tentu beluncas tidak akan bertukar rama rama yang cantik jika punya fikiran sebegitu!!!
Secara peribadi, aku anggap ini ungkapan bacul, ungkapan orang yg jahil dan tiada ilmu walau sebenarnya secara ilmiahnya dia cukup berilmu.....jika umat Islam, jika setiap diri dan susuk bersikap sedemikian....alahai!! Islam akan terus terusan lemah sampai bila bila.... kerana fikiran kita yang sedemikian itulah yang membuatkan Islam itu lemah. Saat itu, jangan dituding kesana sini, jangan salahkan orang lain kerana Islam itu lemah. Walhal susuk yang sama mengungkap sedemikian itu, merasa diri lemah dan kecil sekali, cemburu malah boleh sahaja menjadi dengki dan bersikap sinis apabila teman atau sahabatnya punyai keupayaan, dianugerahi harta dan kemewahan untuk membolehkan sahabatnya itu pergi ke Haji setiap tahun? pergi mengerjakan umrah setiap tahun? malah menaja orang lain untuk pergi umrah atau haji setiap tahun? memberi sedekah dan mewakafkan harta untuk tujuan Islam......
..........apabila diajukan kepada susuk yang mula mula tadi, maka mulalah ungkapan ungkapan sinis terkeluar dari bibir mulut si susuk yang kononnya bersikap sederhana tadi...."tak pelah, dia rajin! dah rezeki dia...contact dia ramai....dia senang dapat tender sebab dia kenal orang itu ini...dia bisnes dari dulu lagi...dia dapat support....dia otak bisnes..." itu kalau ungkapan yg sederhana, kalau merasa cemburu mahupun dengki..."hermm...dia selalu under table sebab tu dapat projek banyak.....dia boleh la sebab dia rasuah (fakta yg direka2 disebabkan perasaan hasad)......entah dia bayar zakat ke idak...ada duit banyak pun tak guna kalau surau pun tak pergi (kita tak tahu dengan sebab kesibukan si peniaga/usahawan tu tadi, mungkin dia tak pergi surau berdekatan dengan tempat tinggalnya, atau dia jarang bergaul dengan jiran tetangga, tapi dia sebenarnya pergi surau atau masjid di tempat lain dikesempatan yg ada dan bergaul dengan ramai org lain di luar)....ada harta tapi hati tidak bahagia apa gunanya" Itulah antara ungkapan negatif yang dilemparkan. Alahai!!! Manusia oh manusia!!!
Walhal, jika setiap kita kukuh ekonominya...dengan diri yg terdidik atas jiwa dan roh agama...insyaallah kita pasti mampu membantu orang lain yg kesusahan, samada saudara seagama atau orang miskin dan fakir yang lain.......menjadi kaya dan berharta itu tidak salah.....yg salah ialah berfikiran untuk hidup biasa biasa, walhal tiada apa yg luar biasa yang pernah dicapai....atau, belum kaya dan berharta sudah bersikap sederhana...dimana sikapnya yg berfikiran kononnya sederhana itulah yg telah menyekat dirinya dari membuat pencapaian pencapaian hebat dan meledakkan potensinya yang sebenar (man jadda wajada- sesiapa yg berusaha pasti akan mendapatnya)......
.........yang sebetulnya ialah seseorang itu perlu sederhana dalam keadaan dia TELAH kaya dan berharta (jangan membazir denga harta kekayaannya....jgn bersikap tamak dan bongkak...malah lebih perlu baginya untuk lebih tawadhuk berbanding orang lain/org biasa biasa sebab anugerah kekayaan yg Allah beri itu adalah keistimewaan untuknya berbanding orang lain, malah harus insaf bahawa kekayaan itu bukan miliknya semata mata-ia adalah amanah)
........jika takdirnya dia susah...dia pun perlu juga bersederhana...jangan bersikap seperti kera dapat bunga....itulah konsep yg sebenarnya......kita selalu tersalah konsep dalam mengaplikasikan prinsip dan falsafah mahupun pengajaran yang dibawa oleh Islam....ruginya kita!!
Kita rasa kita sudah memahami Islam....tetapi hakikatnya tidak....sebenarnya kefahaman kita tentang Islam hanya setakat praktis ritual semata mata tetapi bukan memahami hikmah dan falsafah disebaliknya...sebab itulah ramai yg solat dan sebagainya tetapi faedah disebaliknya tidak diraih....kita terus terusan rugi...apapun kita masih juga beruntung kerana kita beriman kpd Allah swt dan kita adalah Islam...Insyaallah....

Wednesday, July 20, 2011
asing dan akan terasing............
(Artikel ini pernah terbit dalam ILuvIslam.com edisi 26/11/2011)
Assalam semua....
Gambar ini ihsan tuan punya badan Sdra Tembakau@Ariyon....
Semalam BB ku berbunyi..tanda sms masuk...dari seorang teman....Ariyon@Tembakau.
"Ko ada no Non?...(Zainal Rashid Ahmad-Pengurus Besar Bahagian Kandungan TV AlHijrah)" aku membalas sms teman ku tadi "nah ni dia, no tepon ofis, handphone dia ngan email dia sekali...ko nape? kena temuramah ker?(walhal aku sudah tahu dia akan dipanggil temuramah oleh si Amin)"...sebentar kemudia sms ku bersahut lagi "nak pakai neck tie...aku tak de"....aku diam tak menjawab...
Pagi ini ku dail nombornya..."mana ko?"....jawabnya "aku kat Klinik Rozita..."..pantas aku membalas "nape? siapa yg sakit"....jawabnya "anak aku ni haa...tak sihat". Perbualan tamat. Sebenarnya tak payah cakap lama2 guna telefon tangan ni...abis bateri, byk bil kena bayar...yg untung Celcom gak nanti...hehehehehe (getus hatiku). Sebenarnya, aku tak suka cakap banyak melalui telefon...kalau nk cerita panjang jumpa dan sembang...kalau nak panjang lagi cerita, baca novel SALINA, A. Samad Said (kahkahkah).......
............aku terus membonceng motosikal ku ke Klinik Rozita yang berdekatan dengan taman tempat tinggalku sambil jumpa dia, beli sarapan kat anak kesayanganku Iman Ihsan......."Nah..pakai neck tie ni...warna kuning Diraja, walau ko bukan raja...tapi ko bersih..insyaallah.....hahahahaha" sambil aku ketawa....."ko bersih version berapa" ujarku. Dia tak menjawab. "Bila temuramah??" Dia menjawab, "Pagi Jumaat nih..." Aku tanya "Pasai apa?". "Alaa..pasal sumbangan kartunis Islam dalam perkembangan dakwah dan mencorak masyarakat" ujarnya. "Hermm....kacang goreng jer tu...rileks ler bro!..Ko kena tenang dan 'cool'..jangan ter'kucil' yer"
Tidak dapat dinafikan bahawa...bukan senang kartunnya diterima.....ini pandangan aku secara peribadi...dia lebih tahu tentang kartunnya...catatan ini aku ceritakan berdasarkan lensa hidupku....Kartunnya dilihat agak terasing.....lalu aku teringat bahawa "ISLAM ITU ASALNYA DAGANG (ASING) DAN KEMUDIAN AKAN KEMBALI DAGANG (TERASING)"
Kenyataan itulah yg menerawang fikiranku pagi ini selepas pertemuan seketika dengan Tembakau........benar ungkapan tersebut....bila kita sebut Islam maka kita boleh kaitkan ia(kalimah Islam itu) dengan kebenaran, hakikat, jalan yg lurus, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, keberkatan, cahaya, petunjuk dan segala macam kaitan yang mampu kita fikirkan...SETUJU????Saya sangat terpanggil utk memberi sedikit penjelasan ringkas tentang ini.....Jika kalian setuju, maka Islam juga asalnya dagang iaitu asing...maka kaitan (samada kebenaran, hakikat, jalan yg lurus, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, keberkatan, cahaya, petunjuk dan segala macam kaitan yang lain) yg boleh kita fikirkan tentang Islam itu ialah asing atau dagang......ia tidak meriah, ia sunyi, ia sendirian, ia tidak ramai, ia kelihatan tidak penting, ia kecil, ia tidak pernah gah, ia tidak glamor, ia terpencil, ia dihina, ia dipandang hina, ia tidak sofistikated, ia tidak moden, ia seolah kuno, ia ringkas, mudah, ia tidak bertaraf, tidak pula berkasta, ia bukan bangsawan mahupun elitist, ia tidak mewah-Islam tidak pernah mewah, ia sederhana, ia tidak agresif, ia tidak ekstremis (jika dilihat dalam dunia hari ini).........itulah Islam, itulah jua kebenaran......
Justeru, bersabarlah, jika kita ingin berperanan dalam dakwah dan mengubah masyarakat dalam apa jua cara sekalipun.....cabarannya maha besar...panjatkan zikir dan doa kepadanya mohon diberi kemudahan dan kekuatan......inilah yg sukar sebenarnya untuk terus konsisten...apapun Allah Maha Tahu...Dia Tahu nasib hambanya, Dia tidak pernah zalim.....pasti dia akan membantu hambaNya.....
BERSAMBUNG
Assalam semua....
Gambar ini ihsan tuan punya badan Sdra Tembakau@Ariyon....
Semalam BB ku berbunyi..tanda sms masuk...dari seorang teman....Ariyon@Tembakau.
"Ko ada no Non?...(Zainal Rashid Ahmad-Pengurus Besar Bahagian Kandungan TV AlHijrah)" aku membalas sms teman ku tadi "nah ni dia, no tepon ofis, handphone dia ngan email dia sekali...ko nape? kena temuramah ker?(walhal aku sudah tahu dia akan dipanggil temuramah oleh si Amin)"...sebentar kemudia sms ku bersahut lagi "nak pakai neck tie...aku tak de"....aku diam tak menjawab...
Pagi ini ku dail nombornya..."mana ko?"....jawabnya "aku kat Klinik Rozita..."..pantas aku membalas "nape? siapa yg sakit"....jawabnya "anak aku ni haa...tak sihat". Perbualan tamat. Sebenarnya tak payah cakap lama2 guna telefon tangan ni...abis bateri, byk bil kena bayar...yg untung Celcom gak nanti...hehehehehe (getus hatiku). Sebenarnya, aku tak suka cakap banyak melalui telefon...kalau nk cerita panjang jumpa dan sembang...kalau nak panjang lagi cerita, baca novel SALINA, A. Samad Said (kahkahkah).......
............aku terus membonceng motosikal ku ke Klinik Rozita yang berdekatan dengan taman tempat tinggalku sambil jumpa dia, beli sarapan kat anak kesayanganku Iman Ihsan......."Nah..pakai neck tie ni...warna kuning Diraja, walau ko bukan raja...tapi ko bersih..insyaallah.....hahahahaha" sambil aku ketawa....."ko bersih version berapa" ujarku. Dia tak menjawab. "Bila temuramah??" Dia menjawab, "Pagi Jumaat nih..." Aku tanya "Pasai apa?". "Alaa..pasal sumbangan kartunis Islam dalam perkembangan dakwah dan mencorak masyarakat" ujarnya. "Hermm....kacang goreng jer tu...rileks ler bro!..Ko kena tenang dan 'cool'..jangan ter'kucil' yer"
Gambar ihsan Tembakau
Itulah insiden aku pagi ni....ya benar, coretan dalam blog ku hampir keseluruhannya adalah berdasarkan insiden. Fikiranku terawang awang dengan perbualan dengan Tembakau tadi...Dia dikenal orang, karyanya dihargai dan dicari....tetapi orang tidak mengenal dia. Aku kenal dia....aku selalu menyelami isi hatinya..begitu juga dia....jika aku susah, dia lagi susah. Hidupnya ringkas, tidak seperti dahulu. Malah harus aku mengakui bahawa hidup kami berdua ringkas sekarang.
Kudos to Tembakau
Berbalik dengan topik perbincangan.....dan kaitannya dengan kartun yg dihasilkan "KARTINI" suatu cerita yg berdasarkan kisah sebenar, cuma plot plot yg sedikit berbeza....itulah Tembakau aka Ariyon.....pernah dahulu kami berbincang....apa sumbangan dan peranan terhadap Islam....'Kita ni sekolah agama Yon,...berbuih Ustaz ngajor itu ini...macam2 ceramah kita dah dengor, aku rasa kita perlu berperanan dalam konteks masing masing...yg kita amalkan sendiri tu dah tentu...part untuk UMMAH ni la......" ujarku. Maka lahirlah sebuah cerita dan karya yg diikuti oleh kami semua semasa di sekolah dahulu...."dulunya aku ketagih membaca karya kartun dalam bentuk cerita futuristik miliknya.....dia ada buku skrap khas yg dilukisnya lalu ceritanya diceritakan dalam bentuknya tersendiri lalu digilai oleh orang lain"..iaitu cerita kartun Kartini dengan watak kawan kawan kami semua..manakala watak perempuannya (BERTUDUNG)....itu yg pertama di Malaysia. Itu aku pasti....itulah antara usaha murni Tembakau di persada dunianya...mengubah persepsi bahawa kita sebenarnya boleh mengubah pandangan masyarakat melalui kacamata kita sendiri...mungkin benar bahawa kita tidak mampu mengubah semuanya...akan tetapi jika semua orang berusaha untuk perkara yg sama....aku pasti masyarakat akan berubah......Tidak dapat dinafikan bahawa...bukan senang kartunnya diterima.....ini pandangan aku secara peribadi...dia lebih tahu tentang kartunnya...catatan ini aku ceritakan berdasarkan lensa hidupku....Kartunnya dilihat agak terasing.....lalu aku teringat bahawa "ISLAM ITU ASALNYA DAGANG (ASING) DAN KEMUDIAN AKAN KEMBALI DAGANG (TERASING)"
Kenyataan itulah yg menerawang fikiranku pagi ini selepas pertemuan seketika dengan Tembakau........benar ungkapan tersebut....bila kita sebut Islam maka kita boleh kaitkan ia(kalimah Islam itu) dengan kebenaran, hakikat, jalan yg lurus, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, keberkatan, cahaya, petunjuk dan segala macam kaitan yang mampu kita fikirkan...SETUJU????Saya sangat terpanggil utk memberi sedikit penjelasan ringkas tentang ini.....Jika kalian setuju, maka Islam juga asalnya dagang iaitu asing...maka kaitan (samada kebenaran, hakikat, jalan yg lurus, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, keberkatan, cahaya, petunjuk dan segala macam kaitan yang lain) yg boleh kita fikirkan tentang Islam itu ialah asing atau dagang......ia tidak meriah, ia sunyi, ia sendirian, ia tidak ramai, ia kelihatan tidak penting, ia kecil, ia tidak pernah gah, ia tidak glamor, ia terpencil, ia dihina, ia dipandang hina, ia tidak sofistikated, ia tidak moden, ia seolah kuno, ia ringkas, mudah, ia tidak bertaraf, tidak pula berkasta, ia bukan bangsawan mahupun elitist, ia tidak mewah-Islam tidak pernah mewah, ia sederhana, ia tidak agresif, ia tidak ekstremis (jika dilihat dalam dunia hari ini).........itulah Islam, itulah jua kebenaran......
Justeru, bersabarlah, jika kita ingin berperanan dalam dakwah dan mengubah masyarakat dalam apa jua cara sekalipun.....cabarannya maha besar...panjatkan zikir dan doa kepadanya mohon diberi kemudahan dan kekuatan......inilah yg sukar sebenarnya untuk terus konsisten...apapun Allah Maha Tahu...Dia Tahu nasib hambanya, Dia tidak pernah zalim.....pasti dia akan membantu hambaNya.....
BERSAMBUNG
Tuesday, July 19, 2011
FB???
Assalam semua....
ada beberapa soalan yg ingin sy tujukan buat kalian....
1. Boleh tak penjawat awam berFB ketika waktu bertugas? Jika boleh..apa sebabnya? Jika tidak boleh...apa sebabnya?
2. Bagaimana mahu meraih rezeki yg halal dan berkat jika masa yg ada dan diperuntukan utk tugasan telah tiris sedikit (jika tidak banyak) dengan berFB?
3. Kita tidak boleh mengekang teknologi...malah teknologi berFB melalui konsep mobile networking juga telah meluas....bagaimana itu dalam konteks soalan yg pertama jika jawapan kalian ialah tidak boleh??

hari ini.....
terkadang hari yg berlalu....tidak disedari, aku terlupa mengira hari2 yg telah pergi..sibuk semacam....banyak yg perlu diurus, banyak pula yang semakin mendatangi...
hermmm....saat itu, mulalah fikiran menerawang...mcm2 terkeluar dari lipatan ingatan...alangkah seronoknya ya zaman belajar...tika itu menanti nanti saatnya sekarang, apabila tiba sekarang, huh...merasa terindu bersangatan saatnya dulu..itulah aku...kalian pun juga.
kenangan itu memang sentiasa mengusik jiwa...akan tetapi jika selalu diulit kenangan....kerja tidak kemana mana pun...masih ditakuk lama...saat gersangnya minda, mandulnya fikiran...tiada apa yg terhasil, hatta catatan catatan perkongsian yang biasanya aku nukilkan disini seakan akan tidak menjengah kotak fikiran......
memang ini la saatnya yg biasa berlaku pabila bermain dengan idea....bukan tiadanya ku cari...cumanya yg serba ada ini seolah olah belum tiba saatnya utk ku luahkan di sini. apapun, asasnya, aku perlu kembali menerobos diri...melihat yg ada dan menggali apa yg tiada....
Syaaban sudah sampai ketengah...mulai meniti penghujung....lalu madrasah Ramadhan ini kan menjengah kembali dalam hidupku...ku lihat sudah bertebaran tamar dijual merata rata...yg bertangkai mahupun tidak, yg datang dari berbagai negara, Iran, Tunisia, Jordan dan berbagai lagi...berbagai jenama kotaknya yg dipamer....itu ributnya Ramadhan....bermula dengan makan....dimana amalan??? aku termenung juga apabila memikirkan ini......apapun, ku panjatkan kesyukuran kerana insyaallah aku bertemu kembali Ramadhan yg telah menghilang setahun lalu....syukur ku kehadrat Mu Illahi....moga moga ia bertambah baik kali ini dari yg sebelumnya....huh! belum tentu lagi umurku ini kan boleh menjengah Ramadhan kali ini...belum tentu...namun sedikit harapan dari umur yg ada ini...aku bersyukur kpd Mu Ya Rabb...kalaulah aku dijemput oleh Mu buat sekian kalinya menjengah Ramadhan di rumahMu Ya Rabb....alangkah indahnya saat itu....dalam banyak perkara yg kuingini saat Ramadhan tiba.....ialah mengunjungi rumahMu Ya Rabb...bahagia berpuasa di sana...rasanya dan nikmatnya amat berlainan sekali....pabila memikirkan ongkosnya...aku belum punya bekalan lagi saat ini...tidak tahu kemudian hari nanti....jika ada, secepat itu aku akan berpergian lagi.

Thursday, July 14, 2011
Jumud dan terbuka!!
"udhuluu fis silmi kaafffah"...masuk lah kamu kedalam Islam secara keseluruhan...ringkas tp besar makna...fikiran perlu seluruh@menyeluruh (holistic) jgn fikiran picisan....dikaburi oleh sempit@jumudnya kaedah fikiran lalu menghijab keputusan yg murni dan mulia akhlaknya!!
Itu antara wall post dalam FB sy hari ini...terpanggil utk membicarakannya pula. Kita ambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain...sebab itu umat Islam lemah, kalah dan tak menang menang dalam perjuangan.
...........Kita ambil hanya yang sesuai dan kita suka sahaja manakala kita 'ignore', buat tidak tahu mana mana yang tak 'ngam' dengan kita.
...........kita HANYA peduli nas, hujjah dan pendapat atau keterangan yang hanya memihak kepada kita lalu kita tidak mempedulikan nas yang lain, hujjah yang lain, pendapat yang lain untuk isu yang bertentangan atau berbeza samada untuk isu isu yang sama sekarang atau isu isu yang lain.
..........kita kata kita Islam tapi perangai dan cara berfikir serupa orang bukan Islam, fikiran jumud dan jahil...apabila ditegur dan diingatkan kita langsung tidak ambil peduli.
...kita kata kita perjuangkan Islam, tapi adakah kita benar benar menghayati syumulnya kehidupan Islam itu? Tanyakan dahulu kepada diri, adakah urusan diri sudah selesai, adakah urusan anak anak dan isteri sudah selesai, nafkah mereka selesai, pendidikan mereka selesai, pembentukan akhlak dan moral mereka selesai? sebenarnya itulah perjuangan yg perlu diutamakan dan seiring dengan perjuangan untuk menegakkan Islam..tidakkah kita kata tadi Islam itu menyeluruh? Justeru, lakukanlah tindakan dan perbuatan yang menyeluruh...jangan buat itu dan tinggal ini, jangan bila ada sukan bukan main terkesimanya diri, adrenalin meningkat (maaf sy aktif bersukan dan bukan anti sukan), adakah perasaan yang sama apabila panggilan Illahi duilaungkan di setiap waktu...adakah kita berduyun dan terkesima untuk berjemaah dan merasa rugi jika tidak datang awal.
Jangan bicara soal perjuangan jika perkara dan urusan diri mengikut syariat Islam belum selesai, urusan anak anak dan isteri belum selesai! Itu perjuangan hipokrit namanya walau Islam bermain dibibir mulut....Islam bukan begitu, betulkan dahulu pemikiran dan cara berfikir, gunakan prinsip prinsip murni dan falsafah pemikiran Islam yang murni untuk bermula...pasti perjuangan Islam yang diperkatakan itu akan berjaya....harus diingat, perjuangan adalah umur masa yang panjang, jangan diharap hasil sesingkat mana kerana seingkat mana hasilnya begitulah jua singkatnya ia dipersada, sebentar kemudian, saat itu akan runtuh apa yg dibina mahupun diperjuangkan.....masyaallah!!
Saya memohon kehadrat Illahi, agar sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada semua pejuang pejuang Islam dimana jua mereka, dan memohon kepadaNYA, agar Allah sentiasa membimbing dalam bentuk petunjuk dan hidayah agar saya berfikiran benar sentiasa dalam memahami maksud perjuangan Islam ini....
Berilah komen kalian, tidak mengapa jika kalian tidak bersetuju dengan saya, kerana saya cuma ingin melontarkan kepastian dan kebenaran yang sedikit ini dan sanggup menerima perbezaan pendapat dengan hati terbuka....jika pandangan saya ini salah, sila perbetulkan saya.......moga moga Allah memberi kita petunjuk hidayahnya sentiasa! Ameeen
Wednesday, July 13, 2011
Ayuhh!!!.....hidupkan SUBUH kalian!
Assalam semua....
Nukilan ini saya petik dari blog rakanku Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
Naib Presiden I I-Medik Blog: Peduli Ummah ;
Jika kalian menginginkan kekuatan jiwa, rohani dan fizikal....hidupkanlah Subuh kalian.....jika ini masih 'problematic' jangan harap kejayaan kan mendatangi kalian.......bahkan kejayaan semakin menjauhi kalian....jika inginkan kejayaan hidup, begitu juga kejayaan hakiki...hidupkan Subuh kalian....jika kalian perhati di masjid masjid dan surau surau...pada siangnya atau malamnya gegak gempita seruan mereka, hidup dengan segala macam aktiviti...akan tetapi dikala Subuh menjelma...hanya ada setengah baris dari 4,5 baris yg mendatangi Isya atau Magrib......lupakanlah soal meraih kejayaan perjuangan!!.....Justeru itu, serulah diri sendiri, ahli keluarga dan saudara mara serta jiran tetangga kalian...hidupkan Subuh!!.............ikutilah bicara yg dinyatakan oleh Dr. Zainur ini buat titipan kalian semua...ringkas tetapi penuh makna!!......alwi mohd yunus, tanggal 11 Syaaban 1432H

Waktu subuh adalah waktu perdana kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.
Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.
Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.
Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin Al-Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.
Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh. Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali.
Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya.
Setelah kau berkeringat menyiapkan semua kelengkapan. Setelah kau canangkan semangat ke seluruh negara. Setelah kau iklankan kepada dunia seluruhnya. Namun, jangan lupa untuk menagih simpati dan pertolongan daripada Pemberi Kemenangan yang hakiki.
Wahai teman seperjuangan! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk agung ciptaan Ilahi. Untukmu teman pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.
Ingatlah sumpahan Pemilik kepada segala kerajaan agar kita bisa meraih kemenangan.
Demi waktu fajr (89:1)
sekarang yg pasti...esok tidak tahu...semalam takkan kembali!
Assalam semua...!
.......MASA YANG LALU ITU SEJARAH YANG PANJANG, dalam umur manusia, yg ada bermacam peristiwa, yg pahit dan manis...yg baik atau buruk, yg mulia atau hina, yg bermanfaat atau tidak, yg bermakna atau tiada ertinya. Semuanya tercatat dalam lipatan sejarah diri dan kehidupan, yg setiap satunya akan diberi pertimbangan kelak, samada markahnya tinggi disebelah kanan atau sebaliknya disebelah kiri. Hatta ungkapan 'ah' atau 'uh' yg dilarang utk kita katakan kepada ibubapa pun akan turut tercatat, apatah lagi umpatan yg berjela panjangnya terhadap seorang teman. Lalu kita mengira ngira bahawa timbangan yg kanan itu lebih berat utk kita tanpa sedar yg kiri itu lebih memberatkan kita. Benar! secara psikologinya, kita selalu beranggapan masa lalu itu sudah sangat bererti dan penuh makna buat kita, penuh amalan dan pekerjaan yg baik baik, tanpa sedar bahawa perkara yg buruk itu tiada pernah kita mohon taubat kepadaNYA. Umpatan itu tidak pernah kita ingati, bak angin lalu, akan tetapi catatan telah termaktub dalam timbangan amalan kita...bahkan sifulan yg dicerca dan diumpati itu, sudah lama tidak kita ketemu, apatah lagi memohon selafaz kemaafan darinya atas dosa umpatan kita. Bagaimana agaknya kita nanti? sedangkan yg amal sebezar zarah sekalipun akan tercatat apatah lagi amal buruk pula?
.....SEKARANG IALAH REALITI, yang mengasyikkan jiwa dan nafsu, itulah yg kita kejar dan usahakan hingga saat ini..mencari dan mencari. Apa yang dicari saat ini? perlukah kita semuany yg dicari atau hanya sebahagian kecilnya sahaja yg kita guna buat meneruskan hidup. Sehingga saatnya mahu tidur, masih lagi fikiran terbawa bawa tentang apa yg kita cari, bilakah akan diperolehi, dan dimana lagi tumpukan yg ada yg perlu digali, buat menambah yg sedia ada. Masa yg ada bagaikan tidak pernah kecukupan, hingga tanpa disedari batas masa telah kita lewati dek kerana asyiknya mencari. Alpa dalam sedar, itulah hakikat manusia! Apabila ditanya, ya sebenarnya diri tahu dan sedar, akan tetapi masa yg berlalu itu tidak dimafaatkan utk kegunaan yang berkekalan dan berpanjangan nanti. Alangkah ruginya wahai diri! Kau mencari di sana sini, namun yg ada di dalam dirimu tidakpernah kau temui. Kealpaan itu adalah manifestasi hilangnya diri dalam jiwa manusiawi...lalu manusia itu adalah pelupa bahkan terhadap dirinya, terkesima dengan perhiasan indah duniawi yg langsung diluar konteks diri sendiri.
............AKAN DATANG PENUH KETIDAKPASTIAN......lalu kita sandarkan harapan yang tinggi agar impian yang terbina itu kan tercapai, sampai saatnya ia terjadi dan benar benar berlaku dalam realiti diri, kita bina impian baru dan begitulah seterusnya, berulang ulang tanpa henti....tidak pernah trhenti, tidak pernah puas....itulah gambaran besarnya nafsu manusia yang tidak terbendung hinggakan masa hadapan sekalipun ingin dikuasai dan dimiliki..
...akhirnya, ...lalu akhirnya yang tinggal umur yg semakin ke penghujung yg tidak ketahuan entah bila saatnya...ia sentiasa menunggu kita, lalu kita mengejar yg kita akan tinggalkan, lalu mengabaikan semua atau sebahagian yg pasti akan kita bawa buat bekal bertemuNYA!!
Moga kita semua kan mampu membawa bekalan yg cukup dan diterima dengan penuh redha olehNYA.....bukan bekalan yg seringan kapas atau keciciran disepanjang jalan....!!
Nisfu Syaaban yang mendatang ini... amalan kita akan ditukar ganti yg baru utk tahun yang mendatang....moga moga ia penuh dengan timbangan amalan yg diterima olehNYA, dan bukannya kosong lalu sekonyong2 nya dicampak ke muka kita di akhirat kelak dek kerana tiada ertinya amalan yg dilakukan saat kita di dunia dahulu.....nauuzubillahi min dzaalik!
Kalian yg menyambut hari ulang tahun 'bertambahnya umur, dan dekatnya ajal'...moga redha Illahi menaungi hidup kalian.....ku doakan buat kalian semua (para pembaca budiman yang menitipi blog ku ini) sampai bila bila.................. moga rahmat, redha, barokah, kasih sayang, dan ampunanNYA menaungi hidup kalian sentiasa!! Ameen insyaallah!!
Jerebu alam dan jerebu diri....
Assalamualaikum semua....
Alahai...jerebu lagi! Kesan pembakaran terbuka di Borneo dan Sumatera (kata laporan akhbar)...semakin kusut otak bila berjerebu ni....emosi terganggu dek jerebu, benarkah?.....Moga rahmat dan kasih sayang Illahi melimpahi bumi bertuah ini.....lalu DIA pemilik hujan akan menurunkan hujan yg "membersihkan" udara dan alam...di bumi ini.....agar kita kan bernafas lega lalu mensyukuri nikmatnya disebalik kegersangan fikiran dan minda manusia.....
"tidaklah segala kerosakan berlaku diatas mukabumi ini melainkan kerana 'tangan tangan' manusia jua" maksudnya...kerosakan yg berlaku ini bukan sebab lain...kita yg menyebabkan ia sebegitu kerana rakusnya nafsu dan tamaknya hati....
Aku mengingatkan diri sendiri dan kalian...sentiasalah syukuri nikmatnya....asas kesyukuran itu bukan semata mata kalimah dimulut....akan tetapi terzahir dengan perbuatan dan tersirat didalam jiwa yang bersyukur.......jika mulut mengungkap syukur akan tetapi perbuatan tidak sedemikian, itu bukan sebenarnya syukur....lalu kita semua menghargai, dan menginsafi nikmat yg terlalu banyak diberikan olehNYA....
natijahnya, jika kita bersyukur....jiwa menjadi lembut dan belas, apa yg berlaku samada kekejian dan makian ataupun perkara buruk yang berlaku terhadap diri, akan diterima dengan penuh redha kepadaNya kerana hati yang lembut dengan bersyukur itu akan menyedarkan diri bahawa terlalu banyak nikmat yang telah Allah kurnia disepanjang kehidupan, lalu ia membuahkan redha yang bersangatan.....dan terhasillah perlakuan perlakuan murni, lantas apabila berlaku maslahat/perkara perkara buruk/perbuatan perbuatan buruk yg berlaku terhadap diri...kita tidak mudah melenting dan marah, kita akan lebih sabar dan tawadhuk dek kerana hati dan jiwa yang sedar tentang kelebihan kelebihan nikmat yang Allah kurnia terhadap diri, justeru, jiwa dan hati akan mengungkap dengan penuh sedar lalu terbitlah ungkapan;
"apalah sangat perkara buruk ini berlaku pada diriku, hanya kerana ia sebenarnya mengandungi hikmah yg besar buat diriku..tentunya ia mengandungi pelajaran yg amat berguna walau sekarang aku tidak memahami maksud yg tersirat disebalik kejadian buruk ini......tentu ada sesuatu yang Allah ingin beri pelajaran kepada diriku...tentu ada hikmah...lebih baik aku redha dan pasrah kepadaNya kerana aku tidak tahu apa yg lebih baik disebaliknya" atau
"mungkin juga ia berlaku kerana aku telah berbuat dosa kepadaNYA...Ya Allah amouni aku...aku hamba yg lemah....kejadian buruk yg menimpaku ini...mungkin sebagai kaffarah terhadap dosa dosaku terdahulu....syukur kepadamu Ya Rabb kerana menyanyagi diriku ini, lalu kau timpakan ini di dunia, kerana tentunya akuu tidak sanggup menerima seksaan MU yang maha berat di akhirat kelak....aku pasrah dan redha Ya Rabb!" berbanding....
"ish...ini mesti salah si fulan dan sifulan itu..." atau "engkau tidak adil Tuhan, kerana menimpakan perkara sedemikian kepadaku...aku telah berbuat banyak kebaikan...akan tetapi ini yang aku dapat!!" atau ungkapan "i deserve better than this...i am not weak....this thing happen due to others"......atau ungkapan ungkapan lain yang sedari atau tidak...kita tidak mahu menerima hakikat sebenarnya...bahawa ia salah kita sendiri ataupun ia berlaku sebagai pengajaran terhadap diri...
benar....saya tidak menafikan bahawa apa yang berlaku, ada faktor faktor rasional dan logikal yang menjadi penyebabnya..."cause and effect". Saya tidak menafikan sedemikian....namun "bottom line" kita perlu menerima hakikat bahawa, kita tidak boleh terus terusan menyalahkan mana mana pihak ataupun orang lain, perlu melihat diri sendiri terdahulu, perlu muhasabah dan menginsafi kesalahan atau perlakuan yang sebenarnya tidak mendapat redha Allah dan bertentangan dengan prinsip dan ketetapan Allah dalam peraturan dan undang undangNya...atau mungkin juga kita harus semak beberapa perkara wajib yang telah terlepas pandang, lalu kita melupakan untuk memenuhi sebab keperluan yang perlu dilaksanakan utamanya ialah keperluan Sang Khaliq....kemudian barulah keperluan diri dan keluarga, mahupun tuntutan tanggungjawab dan tugasan sedia ada...harus diingat, melaksanakan tanggungjawab terhadap kerja dan keluarga, anak anak dan isteri juga adalah proses memenuhi amanah Allah, hanya sanya jika ia dilakukan dengan niat keranaNYA....insyaallah.

Monday, July 11, 2011
kurang segar!!
semendung awan dilangit....seredup cuaca di alam
sebegitu juga hidup ku...aku kurang segar....sedikit demam...sedikit selesema...sbb itu aku kurang berkarya sehari dua ini....
banyak juga ingin ku omelkan....apakan daya!
aku perlu tidur dan istirehat secukupnya...sambil mengingati dan menginsafi diri...terhadapNYA
ketemu kembali kalian semua
pabila aku sudah segar bugar
atau pabila daya ku sudah kembali sedikit.....
insyaallah...amiin

Thursday, July 7, 2011
Untuk yg ragu dan kurang pasti.....
Assalam semua....
Sedikit bingkisan dari blog teman saya.....http://marzukimohamad.blogspot.com/2011/06/bersih-dan-agenda-zionis.html
Dlm konteks ini bukan soal sy sokong kerajaan atau sokong UMNO....(depa pun banyak tak betul, tak mahu mengaku, tak mahu perubahan walau dicanang suara perubahan...dan tak berubah apa apa pun, namun banyak juga perkara positif tetapi yg positif kat depa tu tak lah menyebabkan yg negatif terkubur......yg penting yg negatif tu kena perbaiki dan diubah)
Apa yg saya ingin kongsi ialah agenda yg lebih besar dalam BERSIH......namun saya juga menyokong bahawa beberapa perubahan yg dituntut dalam Bersih perlu diberi perhatian oleh SPR......http://marzukimohamad.blogspot.com/2011/06/bersih-dan-agenda-zionis.html
Tuesday, July 5, 2011
Distortion.....Sejarah yg kacau!
Assalam semua....
Pernah kalian terpikir?
-kita tak tahu pun siapa pencipta, pereka, pembuat keris, tengkolok, wau, kuali belanga, tumpi, batu giling, tepak sirih, kacip, kerambit, dan sebagainya yg menjadi antara tunjang budaya rumpun Melayu...
.......tetapi kita boleh tahu, pereka, pencipta pistol, senapang, kapalterbang, pengeluar nya dari dulu sehingga sekarang! Pelik bukan, seolah olah apabila dikaitkan dengan budaya, sejarah rumpun Melayu ini, ada sesuatu yg hilang.....distortion in history-sejarah yg kacau! Sedangkan bangsa bangsa lain (tidak tertakluk kpd bangsa eropah semata mata, secara umumnya) mempunyai sejarah yg panjang, asal usul bangsa yg boleh dijejaki sejak lama dahulu......kita pula seolah olah baru bermula sejak Parameswara ataupun Langkasuka....
Maaf, saya mungkin tersilap atau membuat kesilapan fakta, sy cuma ingin mengutarakan sedikit pandangan saya, bahawa ada sesuatu yg tidak kena dengan sejarah bangsa Melayu dan budayanya (sy bukan jenis yg mempunyai sindrom penafian sepanjang masa).....jika saya salah tentang hal ini....tolong BETULKAN saya!
Mengapa saya utarakan sedemikian? Sebab sy merasakan wujudnya kekacauan sejarah Melayu ini....mana yg fakta sebenarnya dan mana pula hanya sekadar cerita lagenda...kelihatan seperti sejarah Melayu ini mempunyai olahan berupa cerita lagenda dan cerita rakyat, umpama hikayat hindu yg ditulis dan dimelayukan! Saya tidak menafikan bahawa sejarah Melayu sgt dekat pengaruhnya dengan agama Hindu sebab orang Melayu dulu boleh dikatakan beragama Hindu asalnya....
Seusia saya ini....sy rasa sy bertuah hingga berpeluang menjejak kaki ke Family Records Center berdekatan dengan tempat dikenal sebagai Kensington....dikawasan sebuah taman perumahan dikota London. Jangan terkejut, ia dipenuhi ramai orang, bukan pelawat tetapi pengguna pusat itu terdiri dari penduduk kota London...terperanjat saya sebab pusat itu menyediakan perkhidmatan rujukan utk penduduk UK yg berupa rujukan genealogi, susur galur keluarga, melalui pembuktian berdasarkan sijil beranak yg disimpan sejak abad ke 7-11 masihi...maksud sy, warga UK boleh mengetahui susur galur keluarga masing masing...siapa moyang mereka, datuk nenek mereka dengan membuat penyelidikan di situ.....itu berupa rekod berbentuk sijil kelahiran, catatan catatan keluarga, gambar gambar keluarga.....bagi sy, ia sangat menakjubkan!
Sebab itulah sy mengatakan bahawa sejarah Melayu ada kekacauan fakta dan cerita.....distortion in the history of the Malays.....sy sekadar membuat perbandingan berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan analisa cetek sy, hasil perbandingan tersebut sy membuat sedikit kesimpulan seperti diatas......walaupun diakui, sejarah mereka sangat berbeza namun mereka juga dekat dan wujud dalam sejarah kita kerana mereka juga bekas penakluk Tanah Melayu ini......sebab itulah rekod dan catatan sejarah Melayu, berbentuk manuskrip dan catatan catatan peribadi wujud dan disimpan kemas di muzium di Portugal, UK, dan Belanda, malah ada yg telah diperoleh di Australia....sebahagian kecilnya telah kita peroleh dan sebahagian besarnya masih di sana.....
Khazanah besar yg mencorak destini bangsa dan membina jatidiri bangsa Melayu.....yg kita punyai hanya serpihan kecil walhal sebahagian besarnya milik kita tetapi dipunyai dan disimpan oleh MEREKA......tidak mungkin tiada cerdik pandai Melayu zaman dahulu yg menulis, mencatat, merekod dan terhasillah itu semua dalam bentuk catatan manuskrip....takkan lah Raja raja Melayu dahulu kala 'ummi' tak tahu membaca dan menulis sedangkan dikhabarkan bahawa rantau in hebat tahap antarabangsanya, menjadi tumpuan pedagang malah bahasa Melayu menjadi 'lingua franca' di daerah ini.....bagaimana komunikasi berjalan...tidak adakah titah ataupun undang2 berupa arahan dan polisi pemerintahan yg dicatat samada pengumuman oleh mamak Bendahara....Syahbandar yg menjaga dan menguruskan pelabuhan dan mengutip cukai!!!! Dimanakah dokumen yg boleh dirujuk kala ini!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 4, 2011
Dear Brothers and Sisters in Islam
Assalam all....
I have been trying to analyze very hard...trying to justify whatever reasons available, referring several resources and the saying of the Prophets....his Sunnah and whatever said by HIM in his Holy Book. I would like to humbly said to my dear brothers and sisters...don't get yourself being fooled or your leaders being fooled by bigger planners of this so called BERSIH demonstrations.
I don't go against you when your objectives and motives of your BERSIH planned marching is concerned on the 9th of July, I just against the way it is done. There are many other ways to do it, we are not in fact, exhaustive of options!! Realistically and logically the explanations are very well reasoned by Sheikh Khalid Yassin...(sorry his speech and answer triggered my conscience....I am still in the process of knowing him further...however his justifications are rightfully accepted by myself). Hopefully your conscience and reasoning would be very much determined and confirmed after seeing and hearing this video. Please enjoy it!! and decide your position on this matter!!!
I do understand the your motives and intentions, for whatever reasons, I might be seen as against you when saying this and supporting the other party....believe me, I reason whatever I plan to do. I don't judge thing on the basis of support or bias. All these while, I agree some and I disagree some in relations to your fights, similarly, I agree some and against some with the present government. Into this, I should say, government should hear, take seriously and make necessary adjustment of the present structure with regard to the demands of the BERSIH 2.0 .....the Government must be fair and be looked as fair enough. Say for example, make an announcement, declare something, saying that, the Government is considering for the revamp!! As simple as that.

Sumbangan, sedekah dan derma....alahai
Assalam semua...
Kes 1-Sedang kita minum di kedai, menjamu selera...tetiba datang seseorang memohon derma mahupun sedekah....pernah alami situasi itu.
Kes 2-Ada juga yg memohon derma atau sumbangan dengan menjual barangan, jika beli barang/produk dikira membeli sambil menderma
Kes3-Ada juga yg menghantar surat memohon sumbangan terus ke alamat rumah, bagaimana mereka tahu alamat kita, sy sendiri tidak pasti.
Kes 4-Ada juga menggunakan saluran 'social networking' untuk memohon sumbangan....melalui FB atau twitter
Kes 5-ada juga yg memohon bantuan untuk para muallaf...ya benar memang mereka perlu dibantu serba serbinya.
Memang sebenarnya kita digalakkan menderma, memberi sumbangan dan sebagainya...ia boleh dalam apa jua bentuk sekalipun. Samada sumbangan tenaga, wang ringgit dan barangan atau wakaf tapak atau tanah atau bangunan.
Apapun, jika kita perhatikan, sudah semacam budaya 'kot' dikalangan umat Islam untuk minta derma (maaf, ini bukan bebelan atau coretan sebagai tanda tak suka/bersetuju untuk menderma) untuk apa tujuan sekalipun.Seolah olah derma itu sudah menjadi suatu kemestian.....mereka beredar dari satu meja ke satu meja meminta derma, saya secara peribadi (I pity them.....and very sorry for them) akan tetapi ia menunjukkan seolah olah, tiada sesiapa yg membela mereka....tiada sesiapa yg membantu mereka, walhal kita ada institusi zakat dan Baitulmal dan sebagainya....adakah mereka ini bukan warganegara lalu tidak layak dari segi prosedur untuk menerima bantuan? Sebab dalam Islam, soal memberi bantuan ini merentas sempadan negara. Cuma dari segi pentadbiran dan prosedur, ia perlu ditetapkan syarat supaya wang zakat tidak disalurkan sewenang wenangnya kepada yg tidak berhak.
Dalam soal lain pula, ada yg memohon derma untuk tujuan yg tidak utama (not priority)...ini amat dikesali sebab bantuan dan derma adalah sangat sukar didapati......amaun bantuan juga sedikit, justeru hasil sumbangan sedia ada perlu digunakan untuk tujuan asasi....jika memohon bantuan untuk tujuan yg dilihat tiada keutamaan saya rasa ia secara moralnya tidak bagus dan tidak baik untuk masyarakat...adakah alasan, tiada bajet lalu meminta derma atau sumbangan?? Jika sedemikian, ia adalah kaedah pengurusan dan perancangan yang berterabur.....bukanlah saya menolak soal memberi sumbangan ataupun memohon sumbangan.....akan tetapi ia mestilah dilakukan atas dasar keutamaan .....fiqhul alawliyyaat...feqah keutamaan!
Jika program disusun dan dirancang...oleh mana mana organisasi sekalipun....seharusnya peruntukan kewangan atau implikasi kewangan juga turut dirancang bagi menjayakan program2 tersebut, jangan hanya teruja merencanakan program yang pelbagai akan tetapi tiada peruntukan kewangan lalu 'back to square one' kita lantas meminta minta sumbangan dari orang ramai...praktis sedemikian akan membudayakan sikap meminta minta. Sepatutnya jika tiada peruntukan kewangan, susun lah program yg menjana kewangan terlebih dahulu, untuk tahun pertama, kedua dan ketiga atau dilakukan secara berterusan, kemudian apabila aspek kewangan telah kukuh, maka laksanakan lah program yg hendak dibuat dan gunakan sumber kewangan yang telah dikumpul sekian lama...ini akan melahirkan masyarakat dan organisasi yang berdiri sendiri tanpa mengharapkan bantuan....saya percaya jika ia dilakukan (ia telah berlaku pun!), akan datang menderu sumbangan dari pelbagai pihak kemudian nanti tanpa perlu diminta sekalipun....maksudnya, kita tunjukkan dahulu pencapaian.....
Soalnya ialah, jangan jadi masyarakat yg suka meminta dalam apa jua bentuk sekalipun, lebih baik memberi, dan jadilah masyarakat yg suka memberi tanpa diminta....ingatlah jua bahawa derma dan sumbangan orang ramai itu amanah, bukan kemewahan untuk dibelanja sesuka hati, justeru, perlu digunakan dengan sebaiknya.

Sunday, July 3, 2011
antara nafsu dan sunnah.....apa niatnya!!!
Assalam semua.....
Sunnah Rasulullah saw......jika dilakukan dan dilaksanakan tentunya dan pastinya akan memberi faedah yg amat besar kpd diri dunia akhirat...tiada sunnah yg pabila dilakukan akan membawa keburukan...jika ada kalian buktikan dan nyatakan kpd saya....
Akan tetapi hari ini...jika melakukan sunnah..implikasi yg diterima...keadaan makin buruk dan makin rosak? Mengapa? Tentu ada yg xkena, tentu ada yg silap dengan kita,kononnya ingin melakukan ikut sunnah natijahnya lebih merosakkan dan porak poranda...
Contohnya; tidakkah berkahwin itu sunnah, dan berkahwin lebih dari satu itu sunnah....akan tetapi jika dilihat sekeliling kita....ada ramai yg kahwin lebih dari satu, kononnya ikut sunnah Rasulullah saw...akan tetapi kehidupan lebih porak poranda..keamanan yg dicari, kebahagiaan yg dicari...tidak menyusul. Mengapa? Adakah sunnah itu benar benar mengikut saranan Rasululllah saw.. Baginda kahwin lebih dari seorg isteri...tetapi semuanya bahagia dan berjalan lancar...tengok apa niat Baginda....adakah kerana nafsu? Pasti tidak!! Walau itu yg difitnahkan orientalis mahupun puak fahaman liberal terhadap Baginda. Siapa yg baginda kahwini? Hanya Aisyah r.a. yg anak dara, yg lain janda yg kehilangan suami akibat syahid di medan peperangan, mereka perlu pembelaan dan tempat bergantung...kita pula? Yg kedua...ketiga...keempat....janda atau anak dara...xde masalah utk kahwin anak dara pun tp konsep yg dibawa oleh Rasulullah saw ialah membela mereka...adakah kita bela mereka, adakah kita boleh bersikap adil...jika ada isteri kedua atau ketiga..atau keempat....lebih memporak porandakan atau lebih membahagiakan...
......cuba lihat tandanya atau indikator yang satu dulu...jika beristeri satu pun tak boleh nk urus...tak boleh nk bimbing, tak boleh nak berlaku adil...tak payah la untuk yang kedua dan seterusnya....lebih baik tumpukan usaha membina keluarga, mendidik anak anak dengan sebaik mungkin agar anak2 menjadi insan yg memberi faedah kpd diri, keluarga, masyarakat, ummah dan agama....berbanding sebaliknya...jika bertambah isteri, kemudian anak anak tidak terbela...tidak terjaga, terdidik...tidakkah itu menambah masalah diri....takkan lah anak anak itu hendak dipertanggungjawabkan kpd ahli keluarga lain mahupun masyarakat umumnya.....
Cuba perhatikan....yg beria ia nak kahwin lebih dari satu pulak, adalah kebanyakannya mereka yg biasa biasa, bukan ulamak, cerdik pandai agama pun...manakala yg cerdik pandai agama pula....sepatutnya lebih berilmu lebih pandai lebih berpengetahuan....tetapi mereka hanya beristeri tunggal...mengapa? Saya berpendapat bahawa mereka ini lebih memahami konsep poligami sebenarnya...dan ketahuilah bahawa mereka lebih memilih utk melakukan 'fawaahidah' hanya satu isteri.....
Justeru....fahamilah dengan seluas dan sepenuhnya....jgn sembrono tak tentu pasal yg akhirnya menyusahkan diri sendiri, isteri, anak anak dan ahli keluarga yg lain...lalu mengheret mereka ke dalam permasalahan yg kita buat dan cipta...itupun sudah dianggap suatu kezaliman sebenarnya....jika kita zalim, tidak sama sekali kita layak untuk bertambah isteri...kerana lawannya adil ialah zalim....hanya suami yg adil layak utk beristeri lebih (iaitu salah satu prasyarat utama)...
Insyaallah...

Subscribe to:
Posts (Atom)