Sepagi bersama teman....
"apa khabar bro...! Ko sihat ker...lama la tak jumpa?"ujarku....
"hehehehe...aku ada la...sibuk macam2....nak hidup katakan...." ujar temanku,
"ape cerita?...lain ko sekarang....moga hidup bertambah makmur!" aku menjawab..."biasa la...aku masih mcm dulu....i am my self....mcm yg org selalu ckp...be yourself" jawabnya.
"oppss!!!...you are right about that...be your self!! hehehehehe" kataku....
Seketika perbualan terhenti sebentar disitu apabila pelayan restoran itu datang menghampiri untuk mengambil pesanan...fikiran ku melayang tentang perkataan 'be yourself' yg diungkapkan oleh temanku tadi...."ermmm...kecil dan pendek ayatnya tapi maknanya besar!!" getus hatiku.
Kita biasa mengatakannya bahwakan mewawarkan sesuatu ungkapan yg berupa prinsip dan kata kata pegangan hidup akan tetapi betapa kita jahil untuk menyelami maksud sesuatu ungkapan yg menjadi pegangan hidup...ramai menjadikan sesuatu ungkapan sebagai inspirasi dan pegangan hidup...ia mempunyai makna besar dan mempengaruhi kehidupan seseorang termasuklah diriku, temanku tadi bahkan orang lain juga....
Masalahnya....adakah kita benar benar menyelami maksud sesuatu ungkapan...atau ia sekadar ungkapan indah buat pemanis bibir supaya kelihatan hebat dan berprinsip dipandang orang...adakah ia benar benar terpasak dihati dan diterjemahkan dalam bentuk pemikiran, sikap dan perlakuan bahkan perbualan serta percakapan??? Itu persoalannya....!! Adakah ungkapan tersebut hanya sekadar ikut ikutan..."orang lain ada..aku pun ada!!"
"be yourself..." jadilah diri sendiri...jadilah diri yang sebenarnya...apabila ingin jadi diri sendiri...perlu melalui proses menemui diri...jadi diri sendiri bukan bererti ikut suka hati apa yang hendak dibuat...bukan bersikap tidak pedulikan orang lain....jika diri bersikap 'laser' atau celupar, bila ungkapan 'be yourself' menjadi pegangan, kita bersikap terus terusan 'laser' atau mulut celupar terhadap orang lain, dalam perbualan seharian dan percakapan seharian susuk itu...itu pengertian yang amat terpesong sekali!! Seolah olah 'be yourself' menjadi justifikasi tindakan kita untuk terus celupar dan 'laser'...kelakar betul la melihat pandangan dangkal sedemikian....itulah akibatnya membuta tuli ikut ikutan tanpa ada fikiran dan pendirian sendiri.
"be yourself" ialah menjadi diri sendiri..menjadi manusia atau insan yang sebenarnya...siapa insan?....jawapannya tidak boleh direka reka...tidak boleh dijustifikasi sesedap rasa mengikut hawa nafsu sendiri....ia ada dalam kitab agung-AlQuran....'alastu birabbikum...qaluu balaa syahidna"...nah itulah jawapan yang paling tepat..."tidakkah aku Rabb mu....mereka(para roh) menjawab serentak..ya benar kami menyaksikan bahawa engkau Rabb kami"...mengapa itu jawapan yg paling tepat utk "be yourself"...kerana itulah diri seseorang insan.....yang menyaksikan bahawa insan itu adalah hamba bukan sesiapa...ia permulaan penyaksian sebagai hamba kpd Allah swt sebelum seseorang insan itu lahir ke dunia...penyaksian sebagai hamba ini membawa konotasi berikut;
- kita adalah hamba...jadi sebagai hamba kita mematuhi perintah tuan (Allah swt)..tidakboleh berbuat sesuka hati di atas mukabumi ini...perlu dan wajib mengikuti segala garis panduan dan peraturan yang TUAN kpd hamba ini telah tetapkan.
- kita semua serupa....pangkat dan darjat atau apa sahaja....itu hanya mainan dunia dan langsung tidak penting, malah boleh membawa kekufuran jika pangkat dan darjat itu menjadi neraca pertimbangan terutamanya apabila kita berhubungan sesama insan....bak kata isteri saya...jangan bawak pangkat dan darjat mahupun harta didepan setiap perhubungan....jika sedemikian, tak lama lah sesuatu perhubungan dan akan timbul masalah lah dalam sesuatu perhubungan....cuba kalian ingatkan....berapa kerap kalian bermasalah dengan orang lain dalam perhubungan, tidak kira sebagai teman sepejabat, sejiran, teman sekolah, teman semusafir atau apa sekalipun...apakah sebab asas nya hubungan tersebut tidak berpanjangan...memang ada seribualasan akan tetapi persoalan asasnya sudah selesai? adakah ada kejujuran dan keikhlasan?...........tidakkah akhirnya kita mengharapkan kejujuran dan keikhlasan sesama sebagai landasan perhubungan mahupun neraca timbangan dalam sesuatu perhubunga....tidak kiralah apa sahaja jenis perhubungan.....hatta sebagai suami isteri mahupun dalam percintaan sekalipun!!.
- "be youself" bukan justifikasi atau alasan yang membenarkan kita mengekalkan sikap buruk kita sedia ada.....bukan juga justifikasi untuk tidak berubah dari yang baik kepada yang buruk...'be yourself' ialah manifestasi dan pengisytiharan diri bahawa 'aku benar benar menjadi diriku seperti mana yg telah ditetapkan oleh Penciptaku...aku perlu berkelakuan seperti mana yg Penciptaku redha terhadap diriku...' bukanlah ia sebaliknya iaitu 'aku perlu menjadi diriku...oleh sebab diriku ini berperangai sedemikian, bersikap sedemikian, oleh sebab aku jenis yg pemarah atau aku seorang yg sangat sensitif..aku teruskan lah dengan sikap marahku ini, peduli apa dengan orang lain..aku hanya menjadi diriku..aku seorang yang sensitif..peduli apa aku dengan orang lain..aku perlu sensitif sedemikian sebab itu adalah aku...' ataupun 'aku seorang yg celupar..aku ingin menjadi diriku..orang tak suka dengan sikap celupar ku...peduli apa..aku memang begini'.....itu adalah antara contoh bagaimana konsep 'be yourself' itu telah dipesongkan dengan mudahnya samada oleh kejahilan diri untuk tidak benar benar memahami mahupun oleh sebab ilmu yg dangkal...jika dangkal ilmu...maka mulakanlah diri dengan membaca untuk menambah ilmu..bukankan perkataan pertama yg turun sebagai wahyu dari Tuhan Muhammad saw ialah 'BACALAH' sebanyak 3x.
Maaf......aku hanya berkongsi fikiran dan fahaman bagaimana melihat sesuatu dan memahami sesuatu...jangan terus diambil tanpa fikir!! masyaallah!!
2 comments:
suka konotasi yg NO 3 ... be yourself = 'aku benar benar menjadi diriku seperti mana yg telah ditetapkan oleh Penciptaku...aku perlu berkelakuan seperti mana yg Penciptaku redha terhadap diriku...'
TETAPI ... ramaia yg 'be yourself' yg satu lagi tu!
bagusss Ummi Izzah!!!
Post a Comment