Assalam semua...
Cuba kalian renungkan beberapa persoalan ini!
Kita mahukan anak anak kita jadi soleh dan solehah, baik, bijak dan pandai, menghormati org tua, bersikap mulia?...benar bukan! Itu antara matlamat atau impian kita...tak tahula pula saya jika anda mempunyai matlamat dan impian yg berbeza...? Cumanya jika ia berbeza sekalipun...persoalan saya ialah adakah kita sendiri telah menjadi anak yg sepertimana kita impikan buat anak kita sedemikian rupa?
Jika kita impikan seorang ayah atau ibu yg penyayang, yg dengannya kita merasa selamat, bahagia, dan berkasih sayang...ibu dan ayah yg mengambil berat hal ehwal diri kita...persoalannya, adakah kita telah menjadi ibubapa sedemikian kepada anak anak kita sendiri?
Kita sebenarnya tidak mampu mengubah sejarah, mahupun mengubah ibubapa kita, kita hanya perlu berusaha utk mengubahnya...soal ia berlaku seperti yg diinginkan...bukan tertakluk kpd kita...itu urusan Allah. Ibubapa kita adalah apa yg terbaik berlaku dalam hidup kita, jangan dibandingkan dengan ibubapa org lain, jgn dikesali kononnya ibubapa kita tak sebaik ibubapa org lain....tak semesra, tak mengambil berat spt mana ibubapa org lain...jika takdirnya, ibubapa kita 'tidak sempurna', cara pendekatan yg sangat berbeza...dan kita cukup tidak berpuashati dengan cara mereka...maka hendaklah kita tidak mengulangi cara yg pada fikiran kita tidak sempurna tadi, dan melakukan proses yg sama terhadap anak sendiri...jangan biarkan sejarah yg buruk berulang kembali...biarkan sejarah yg baik sahaja yg berulang.....pada waktu yg sama,kalian tercari cari pula cara yg lebih sempurna.....
Sebenarnya..tidak perlu tercari cari...ikutilah contoh suri tauladan sirah Rasulullah saw...bagaimana nasihat dan panduan beliau menjadi ibubapa yg baik...dan sempurna buat anak anak. Apapun, saya tidak percaya bahawa segala apa yg dilakukan oleh ibubapa kita terdahulu, semuanya buruk belaka, tidak dinafikan ada yg kurang...akan tetapi sentiasa berusaha mencari yg baik dan mencontohi kelaku itu dalam proses mendidik anak kita sendiri...kerana saya cukup yakin bahawa tiada ibubapa yg mahukan perkara yg buruk kpd anak anak mereka....
Tanyakan diri sendiri, jika kita mengomel tentang segalanya, tentang pemimpin pemimpin yg pada pandangan kita buruk kelaku...tanyakan diri terdahulu, adakah kita sudah jadi pemimpin yg baik buat anak anak...buat isteri, mahupun adik beradik atau jiran tetangga...jika belum, hentikan omel omelan itu...hentikan cercaan, makian dan hinaan...lagipun memang patut kita berhenti mencerca dan menghina, malah mengajak orang lain turut turun padang menghina sebab bukan itu yg jadi sunnah Rasulullah saw...mutakhir ini, itulah yg berlaku dalam masyarakat kita...tak habis habis usaha menjatuhkan maruah dan perangai mencemar akhlak sendiri dan membogelkan keburukan orang lain...dua dua pihak sama sahaja..tiada akhlak langsung...
Persoalan saya ialah....adakah mereka yg sepatutnya telah mendalami bidang agama, mempelajari dan amat maklum tentang segala sudut agama telah kehabisan cara? Kehabisan strategi yg berakhlak utk cuba memperbaiki kemaslahatan ummah? Bukanlah niat saya utk menyalahkan golongan ini....cuma saya tertanya tanya? Manakala golongan satu lagi....tentunya jika mereka tidak mahu menerima, tidak mahu mendengar dan tidak mahu mengikuti apa yg termaktub dalam alQuran dan asSunnah...tidakkah mereka itu jahil atau mereka telah terhijab pemikiran utk menerima kebenaran...sedangkan mereka bersyahadah....mereka Islam. Adalah menjadi tanggungjawab kita utk tyerus berdakwah dan membetulkan kebejatan dengan apa jua cara tp hendaklah dengan cara berhemah...berakhlak...memang ia memakan masa namun kita tidak boleh berhenti!
Ia mesti dimulai dengan perkara paling asas iaitu dakwah lah mereka yg berada dalam lingkungan diri...betulkan semuanya...jadikan kita diri sendiri dan mereka Islam sejati...kita tidak tahu mereka yg disekeliling kita itu kan suatu hari nanti jadi pemimpin besar yg menjadi agen perubahan kpd masyarakat ataupun jika tidak sekalipun, mereka akan jadi pemimpin kpd keluarga yg akan mereka bina kemudian hari!! Tidakkah sebegitu!! Lalu fenomena ini berulangan kpd susur galur keluarga, pada waktu yg sama org lain dan keluarga lain turut melakukan perkara yg sama....tidakkah akhirnnya ia akan melata!!
Atas dasar apa sekalipun, kita tidak boleh sesama Islam mencerca dan menghina...ini perkara asas dalam hubungan....jika cercaan dan penghinaan menjadi subjek hubungan dan komunikasi....tidakkah akhirnya yg rosak ialah yg ditengah tengahnya? Iaitu masyarakat dan khalayak ramai?
Tanyakan juga......siapa yg merosakkan masyarakat Islam....tanyakan pada diri, tidakkah kita ada 'share' dalam merosakkan masyarakat....termasuklah menghina, mencerca, memalukan sesama sendiri melalui rangkaian twitter, facebook dan sebagainya....dan rangkaian tersebut disambut dengan hangatnya oleh orang lain...berupa rangkaian rangkaian baru.....(Saya pernah menulis tentang ini dalam siri blog saya terdahulu) cuba kalian semak di sini
Rangkaian yg terhasil di dunia maya bukan lagi berupa rangkaian kebaikan, malah ia juga rangkaian dosa...dosa dan fitnah yg dipanjangkan kepada semua orang...dan masing masing menanggung 'share' didalamnya? Aduhai.....tidakkah kita takuti dosa yg berantaian yg tidak putus putus masuk akaun amalan kita??? Sepanjang masa....sepanjang zaman dan sentiasa berulangan!!!
Nauuzubillah...bagaimana hendak jawab nanti apabila membuat perhitungan di hadapan Sang Khaliq nanti!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment