Friday, June 10, 2011

Itu "mudgah"...

Kalian semua....just to 'refresh' us all...


Ia seketul daging....yg jika ia baik maka baiklah jasad dan rohani...jika sakit ia..maka sakitlah jasad dan rohani...itulah HATI kita...


Seperti mana kita sangat peduli tentang kesihatan fizikal...hinggakan mutakhir ini ramai org amalkan diet sihat...pemakanan sihat...agar dpt mengelakkan diri dari ditimpa penyakit moden masakini...mengamalkan gaya hidup sihat utk memastikan hidup yg lebih bermakna...seperti itulah juga tahap kepedulian kita dengan HATI yg sihat...utk kesihatan rohani dan jiwa...


Hati itu umpama raja yg dipandu oleh akal sebagai penasihatnya..... AKAL bertindak sebagai Bendahara@Perdana Menteri kpd sang Raja iaitu HATI...jika nyanyuk sang memanda Perdana Menteri, maka terhasillah nasihat yg merapu dan pemerintahan yg kacau bilau oleh sang RAJA...begitulah sebaliknya.


Justeru...dalam konteks yang sama kita diet makanan....mengambil makanan yg sihat supaya fizikal kita terus sihat...begitu juga lah ngan HATI dan AKAL perlukan perkara yg sama....diet sihat yg berterusan...


Apakah diet utk hati? iaitu Iman kpd Sang Pencipta iaitu dengan zikrullah...
Apakah diet utk akal? iaitu Ilmu yg hadir melalui sentuhan 'iqra' iaitu membaca...seperti mana hakikat kesedaran fikiran Rasulullah saw yg sentiasa berfikir tentang sang Pencipta dan kejadian alam (sebelum tibanya wahyu pertama)...iaitu peristiwa sebelum kerasulan Baginda...


.....lalu hadirnya wahyu mengesahkan bahawa 'iqra' itu kunci segalanya...pembukaan segalanya...penunduk kesombongan dan keegoan manusia kerana secara langsung ilmu itu hakikatnya akan membuatkan jiwa tunduk dek kesedaran, hikmah dan berkatnya ilmu...yg hadir melalui pembacaan...


Sehingga pernah dikatakan oleh seorang pemuka Yahudi abad ke 20an ini...katanya "jgn bimbang...mereka telah lama berhenti MEMBACA....justeru kekuatan mereka tidak akan kembali"...dia merujuk soal kegemilangan dan kebangkitan umat Islam...maknanya, selagi mana awal malam kita hingga ke tengah malam masih terisi dgn saluran 104,411,412,413 dan lain lain saluran di Astro...selagi itulah masa umat Islam terisi dengan sentuhan hedonisme...iaitu budaya hiburan sia sia...


Bayangkan, kita sanggup bersengkang mata...dek kerana minat yg bersangatan terhadap pasukan yg kita sokong...malah sanggup mengorbankan masa tidur atau bangun tidur di tengah malam atau awal pagi semata mata kerana pasukan bola kesayangan kita...tetapi adakah kita sanggup berbuat perkara yg sama malah sepatutnya kita berbuat berkali ganda lebih banyak lagi demi Sang Pencipta...demi utk bicara dan berhubungan denganNYA di dinihari malam, penuh syahdu dan pasrah...menyesali kesilapan dan dosa...mengadu nasib diri kepadaNYA.


Maaf...sy tidak bersikap 'anti' kpd sesiapapun di sini, terhadap pasukan mana pun yg anda sokong dan minati...ungkapan ini hanya sekadar renungan...dan ingatan...


....bersikap adil lah diri dan jiwa terhadap tuntutan duniawi dan ukhrawi...bersikap seimbanglah kita terhadap pekerjaan dan amal yg dilakukan...janganlah dinodai hubungan insan dgn Sang Pencipta dengan melebihkan sesuatu dariNYA....adalah sangat dikhuatiri itu suatu sikap dan perbuatan yg boleh menjerumuskan kita kpd syirik dek kerana bersangatan lebihnya kita kpd perkara perkara yg diminati...yg sifatnya duniawi....tidakkah kita pernah fikirkan bahawa dulunya tiada Akademi Fantasia, dulu tiada Mentor atau program realiti yg lain......dulu tiada sukan yg pelbagai rupa dan bentuk...lalu kini kita didedahkan dengan semua itu..lalu terkinja kinja lah kita menuruti setiap satu dek tertanamnya minat yg mendalam...(Maaf sekali lagi...sy cuba mendedahkan strategi halus pengisian paparan di kaca tv samada saluran satelit atau bukan yg diolah agar akhirnya masyarakat dan majmuk seluruh dunia menyuapi ini sebagai diet akal dan hati)....lalu umat Islam terutamanya tewas dalam perjuangan utk sekian kalinya kerana retak dan rapuhnya benteng iman dan lemahnya daya saing serta ketajaman akal...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: