Friday, June 17, 2011

Erti untuk dimengerti 2......

Assalam semua.....


Ku sambung lagi kisah erti susah ini....


......tidak ramai orang yg mengambil pengajaran dari kesusahan yg menimpa...dari susahnya hidup...
......tidak ramai juga yang bersimpati dengan susahnya orang lain lalu bersikap sambil lewa dan mementingkan diri sentiasa
......tidak ramai juga yang mengambil pelajaran dari kesusahan yg dialami lalu membuat 'self adjustment' atau perubahan sikap, perbuatan, perkataan, cara berfikir, mengubah prinsip dan sebagainya
......tidak ramai juga yg membuat 'self'adjustment' tetapi hanya berlingkar disekitar dirinya sahaja....walhal dinamika erti susah itu melangkaui kehidupan sendiri....ia pasti terpercik kpd orang lain....justeru janganlah bersikap mementingkan diri dengan mengambil pelajaran dan pengajaran susah itu.....

......tidak ramai juga yang bertindak apa apa....hanya membiar dan mengharap ia berlalu begitu sahaja.....itu pasti tidak mungkin....kononnya pasrah dan redha...mengungkap kepasrahan diri dan bersabar atas apa yg berlaku.......walhal diri tidak mahu mengenjak paradigma baru dan membuat fasa baru kehidupan....itu bukan pasrah mahupun redha ataupun sabar!!! itu pasrah, redha dan sabar membabi buta....kerana SABARnya Rasulullah saw yg kita semua cintai dalam melaksanakan misi dakwah pada ketika itu ialah dengan sentiasa komited serta terus terusan berdakwah tanpa henti, serta mencari strategi strategi baru....bukan membiarkan ia berlalu pergi.....sabarnya Baginda ialah dengan meneruskan misinya tanpa henti....sabar menangani halangan yg ada...namun asas utama ialah tetap meneruskan usaha dengan pelbagai cara.


jika kita mengambil sikap yg negatif dalam memahami erti susah.....pasti kita kan jadi 'tunggul dalam lingkaran kesusahan' tidak mungkin kita akan terkeluar darinya buat masa yang lama.....


aku juga mengerti kerana aku telah melaluinya......dalam usaha untuk keluar dari lingkaran kesusahan itu...tidak dapat tidak pergantungan ku terhadapNYA harus ditahap maksimum...tiada siapa yg boleh tahu dan memahami "erti diri ini susah" melainkan DIA....rapati dan dampingi DIA......endahkan DIA sentiasa...kerana kesusahan itu menajamkan kewarasan dan menyuburkan kesedaran diri untuk sentiasa ingat terhadapNYA......jika kesusahan itu tidak pernah menghadirkan ketajaman tahap sedar manusiawi terhadap Khaliqnya...sesungguhnya...benar benar ada sesuatu yang tidak kena dengan kita.....dalam proses dan keadaan sedemikian rupa...harus aku mengingatkan diriku dan kalian semua bahawa, mungkin masa berlalu, beberapa ketika kemudian....kesusahan itu telah tercabut dari hidup kita......namun, tahap sedar diri itu tiada memuncak dalam diri....sayugia diingatkan bahawa.....lingkaran kejam kesusahan hidup itu akan kembali semula mendatangi diri....kerana itulah caranya DIA mendidik hambanya....tidakkah benar ungkapan bahawa ujian itu ditimpakan ke atas hambanNYA untuk meningkatkan iman hambaNYA...justeru setelah beberapa ketika tahap kesedaran dan iman itu tidak meningkat...tentunya Allah menurunkan rahmat dalam bentuk hikmah tersembunyi dengan menguji hambaNYA sekali lagi melalui modul yg seterusnya.......iaitu kesusahan hidup sekali lagi.


Sampai saat dan ketikanya...aku semakin memahami bahawa.....suatu masa dan ketika......kalian juga mungkin akan melalui proses yg sama......akan kalian dapati bahawa akhirnya imbauan pengalaman yg dititip disepanjang perjalanan kehidupan yg susah itu.......akan mendidik diri untuik menerima hakikat dan erti kesederhanaan...ya benar.....kesederhanaan dalam segalanya.....dan itulah apa yg ditunjukkan dalam kisah para sahabat Rasulullah saw.....yg kaya jadi sederhana kehidupannya(walau punya harta dan wang yang banyak namun tetap sederhana) makannya sederhana, pakaiannya sederhana, tempat tinggalnya sederhana, kenderaannya sederhana, ungkapannya sederhana, sikapnya sederhana.......yg miskin juga turut sederhana.......


Tidak percaya!!!....telusurilah suri kehidupan Rasulullah saw dan para sahabatnya....akan kalian temui apa yang ku maksudkan ini...jika tidak mahu percaya juga....tidak mengapa, kehidupan akan membentuk kepercayaan kalian semua nanti...cuma menanti saat dan ketikanya sahaja.....diketika itu, aku amat bimbang jika ia hadir dalam sketsa yg benar benar dan tersangat pahit untuk ditelah dan ditelan........umpama tsunami yg melanda Aceh suatu ketika dulu dan tsunami yg melanda Jepun beberapa bulan yang yg lalu.........  
Post a Comment