http://youtu.be/yPdvQED8-ok
Assalam semua...
Suatu hari aku ditanya "Wie! Apa komen ko pasal si Salleh Yaacob?" "Mengapa?" Ujarku....."Ish!! Takkan ko tak baca berita... tengah kecoh ni!" kata rakanku tadi..."Ermm...tak penting buat aku, buat apa nak ambil tahu!!...tapi penting juga buat ummah sebab berita tu sensasi dan dicontohi...!!" ujarku kembali.
Kita terkesima dan suka kecoh kecoh dek sebuah berita di dada akhbar....berita pernikahan Saudara Salleh Yaacob yg keempat. Ya benar...keluar suratkhabar sebab dia seorang yg terkenal, dia artis, dia pelakon dan pelawak..dan dia juga mencipta rekod peribadinya. Ok, tiada masalah!
Apa yang nak ku komen...tiada komen kecuali mendoakan yang terbaik untuk pasangan pengantin baru itu...moga Allah reda dengan kalian...
Cumanya, dari sudut konsep...ini yang kita semua harus fahami. Kalau alasan dan hujjah ialah mengikut sunnah Nabi...alhamdulillah. Lebih baik nikah dan kahwin dari berbuat maksiat atau dosa besar duduk serumah tanpa ikatan atau sebagainya...lebih baik nikah dari duk sibuk berpegang pegang tangan...entah anak dara orang atau isteri orang atau janda...semua nak dipegang..konon tanda mesra.
Apapun, alangkah baik jika yang dikahwini dan dibela itu ialah janda yang kehilangan suami....janda miskin yang terkontang kanting menanggung hidup sendiri bersama anak anak tanpa suami samada diceraikan atau suami sudah meninggal dunia...hidup sebatang kara menumpang nasib di rumah saudara itupun jika ada suadara mara yang masih sudi membantu....jika saudara sendiri tidak mahu membantu???bagaimana pula?
......kalian saksikan BERSAMAMU TV3 malam tadi tanggal 1/June/2011 yang mengkisahkan -Puan Fadilah Yahya di kawasan Sg Kurau.......bekerja mengambil upah sehari menyiang ikan dan membuang kepala ikan antara RM2-5 SEHARI????....apa sangat yang boleh dibeli dengan duit itu!!! itulah salah satu contoh.
Justeru, jika benar ingin ikut sunnah Nabi....kahwinilah mereka isteri yang ke 2, 3, atau ke 4...boleh sahaja tapi yang mendasari perkahwinan itu hendaklah dengan tujuan membela mereka...isteri Rasulullah yg anak dara hanya Aisyah r.a. yang lain semua adalah janda......kerana Nabi ingin membela mereka.
Kepada para suami yang ingin (maaf kenyataan ini bukan membela mana mana pihak...hanya mengungkap fakta...jgn terasa ye) berkahwin lagi...amat besar pahalanya mengahwini mereka yg hilang tempat bergantung...walau sebenarnya boleh juga mengahwini samada anak dara atau sesiapa sahaja. Kahwinilah mereka agar mereka semua terbela...agar anak anak mereka terbela..agar kehidupan mereka semua terbela...supaya mereka tidak dikemudian hari menjadi duri dalam daging kepada masyarakat kita secara keseluruhannya....bela lah mereka, dengan mengahwini mereka.
aku tersenyum bila rakanku meminta pandangan perihal si Salleh Yaacob!!!! kerana jawapan ku tiada kaitan dengan dia langsung...melainkan mendoakan kebahagiaan dan keredhaan Allah terhadap mereka!! selain ari itu..aku tidak punya komen apa..lalu aku tersenyum kembali!!!
No comments:
Post a Comment