Tuesday, June 21, 2011

Dalam kenangan.....Istanbul

Teringat kenangan perjalanan di Istanbul.....

Ia bandar terbesar, juga pusat kebudayaan dan ekonomi Turki, terletak dekat Selat Bosphorus, ada pelabuhan Golden Horn....pertembungan Asia-Eropah, sebelah sana jambatan ialah Asia, dan sebelah sini Eropah....bahagian Asia dikenal sebagai Anatolia manakala Eropah sebagai Thrace. Metropolis ini sangat unik sekali...


jika kalian melewati istana ini...ini istana Suktan Abdul Malik kalau tak silap...ditepi selat Bosphorus....hanya satu perkataan akan terkeluar 'awesome'...kalian akan kagum...belum lagi melihat isi dalamnya...getus hatiku"...kaya sungguh Sultan empayar Uthmaniyyah ini.....memang sangat kaya"...nanti cerita seterusnya akan ku tunjukkan kepada kalian, berpuluh lampu chandeliar yg ada dalam istana ini...dengan saiz meganya....nganga mulut tengok....hahahahaha
 
jika kalian minta pendapatku ....kalian patut dan sangat digalakkan menjengah ke sini....saksikan terjemahan perkataan HEBATnya empayar Islam dahulu. Ia pernah jadi ibukota 3 empayar; ROM, Parsi dan Uthmaniyyah....justeru, tinggalam budaya dan kesenian juga merangkumi pengaruh ketiga tiga empayar ini...hanya satu ungkapan, sangat cantik dan hebat bandaraya...cuma aku tak pasti samada mereka (orang Turki) ini menghargai kehebatan metropolis mereka...


jika kalian pernah menonton cerita "The International"...lakonan Clive Owen...kalian pasti akan nampak Masjid Biru "Blue Mosque" yg sangat terkenal itu....hebat!!!...aku sedang berdiri membelakangkan Masjid Biru itu...yg sehingga kini masih digunakan untuk solat.....kagum ku terhadap senibinanya....dan tak dapat dibayangkan sebanyak mana kekayaan empayar Uthmaniyyah yang ada untuk membina masjid ini.....kalian lihat ruang dalam masjid ini.....

bersambung.......

Post a Comment