Kita tanpa sedar memasuki perangkap.......secara sepintas lalu ia bukanlah perangkap sebenarnya, akan tetapi jika kita telusuri jauh kedalam lalu mengkaji dan menganalisa kaedah bagaimana ia berlaku yang kelihatan amat 'natural'...tak sedar pun, ia adalah perangkap yang mengurung seluruh kehidupan kita sebagai manusia. Ia dijana atas nama maklumat, cerita, berita, kabar dan sebagainya. Ia diolah sedemikian rupa kononnya atas dasar tanggungjawab kerja, dibayar gaji kerananya akan tetapi jauh kedalam ia olahan yg menggigit pandangan hidup dan mempermainkan minda. Maka terjadilah proses asimilisasi terhadap mida dan pemikiran....atau dalam konteks yang lain ia adalah penjajahan minda, seperti mana yang disebut sebut oleh ramai pakar dan pemikir.
Sifatnya sangat halus dan tanpa sedar. Ia mengikat 'sub conscious mind' minda tanpa sedar kita. Ia terpasak disitu untuk tempoh masa yang sangat lama, bergantung kepada bagaimana susuk itu kemudiannya menilai, menerobos pemikiran diri lalu mencari cari dan membuka pintu pintu kebenaran akan perihal hakikat kehidupan. Jika tiada lonjakan kepada proses untuk mencari kebenaran mahupun kesedaran dan keinsafan terhadap kehidupan....maka kalian atau saya sekalipun akan terperosok jauh didalam dalam 'perangkap' itu tanpa sedar langsung....akan ada saatnya, satu ketika nanti....ketika kesedaran menjengah datang perihal hakikat kehidupan ini...lalu kita tercari cari apa yang telah sekian lama 'hilang' mahupun luput walaupun realitinya, praktisnya kita akui....kita lakukan setiap hari...namun kesedaran langsung kelam, langsung tidak menjengah dalam warna warni kehidupan kita, walau apa sahaja sebabnya mahupun akibatnya.......ya mungkin sahaja kita ter'hijab' dengan takdirNYA......kesedaran itu boleh sahaja dinamaan sebagai HIDAYAH...
Benarkan....!!! Apabila saat dan waktunya tiba kita solat! kita bayar zakat! kita sedekah! kita mengaji al-quran!! dan sebagainya...akan tetapi kita masih langsung duduk dalam perangkapnya...kita hiraukan perkara sedemikian ini antaranya;
- kita sibuk dan teruja untuk tahu siapa yg menang AF9, siapa juaranya, apa lagunya, apa hadiahnya, bagaimana rupa orangnya? berbanding siapa juaranya Imam Muda? ini sekadar contoh...ia boleh jadi apa sahaja....yang saya persoalkan ialah sikap ingin tahu yang bersangatan itu....rasa seronok ingin tahu itu....
- kita baca informasi atau berita sebegini dengan penuh perhatian sebagai contoh.....http://www.hmetro.com.my/articles/Amitabhpalinggembira/Article berbanding dengan berita yang memberi makna, membina minda untuk dunia dan akhirat....si pelapor itu tentunya juga menerima saham 'dosa' kerana melaporkan dan membantu menghanyutkan serta melalikan dan melalaikan pembaca...pembaca juga tentunya menerima saham yg seumpamanya kerana itu....saya tidak pasti adakah bukan sedemikian natijahnya......atau membacanya tiada apa apa.....gambarnya tiada memberi kesan apa apa kepada nafsu dan fikiran (astagfirullah)!!! mungkin iya mungkin juga tidak, tetapi pastinya bukan saham pahala imbalannya! betul bukan!!
- kita teruja bersangatan ingin tahu idola hiburan kita, cerita tentang dia, perkembangannya hari ini, walhal sidia itu tidak pernah kenal kita, tidak tahu siapa kita akan tetapi meraih faedah dari sokongan kita, duit kita (dengan cara kita beli albumnya, tonton filemnya dan sebagainya.......bezanya hubungan kita dengan idola duniawi berbanding idola sebenarnya yang patut kita sanjungi dan contohi tingkah laku dan sunnahnya.....wahai umat Muhammad saw ini.............tidakkah hubungan kita sebagai umat Muhammad saw ini berupa hubungan timbal balik.....kita tagih syafaatnya nanti di akhirat kelak....berbanding hubungan sehala yang tiada timbal balik antara kita dengan idola duniawi yang terjalin dalam rantaian dunia hiburan dan budaya 'hedonisme'...........tidakkah benar bahawa ungkapan seperti "dunia itu penjara buat orang mukmin" yang kita akui.......walhal tiada apapun yg kita penjarakan atau tiada apa pun yang dianggap 'penjara atau kekangan' yang dibuat terhadap diri dan nafsu ataupun fikiran sepanjang kehidupan.........lalu kemudian kita 'claim' diri sendiri mukmin dan menganggap diri layak mendapat rahmat dan redhaNYA.....tidakkah ada rasa sedikit pun bersalah mahupun kita malu kepada Sang Khaliq...Allah swt. atas tindakan kita mahupun sikap kita yang sedemikian. (astagfirullah...aku juga mengingatkan diri sendiri dan kalian semua, bukanlah aku ini yg terbaik dikalangan kalian, cumanya aku ingin kongsikan sesuatu yang mungkin sangat bermakna buat diriku atau mungkin buat kalian)
Apa kata kita sama sama muhasabah sikit diri...duduk sejenak dan fikir.....tanyalah diri sendiri.....beberapa perkara yg mungkin terlepas pandang atau tak sedar.....dalam kehidupan kita. Insyaallah
Moga moga kupasan ini sedikti sebanyak memberi erti buat kalian dan yang paling utamanya, perkongsian ini memberi makna dan erti yang besar buat muhasabah diriku ini!!!insyaallah.
No comments:
Post a Comment