Lalu apa kesimpulannya...??
Aku perlu bangkit dan sedar lalu menginsafi bahawa kesusahan ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesusahan org lain.....
Aku perlu sentiasa awas untuk mentasir serta memahami ini apakah ini ujian? Apakah ini kaffarah?? Apakah ini peringatan?? Apakah ini tarbiah Illahi? Jika ujian....alhamdulillah...ia utk kebaikan diriku yg hanya Dia yg mengerti apa yg tersirat! Jika ini kaffarah...apakah kaffarah itu utk dosaku sekarang ini, atau dosaku yg lalu...apakah dosa dosaku itu? Aku perlu muhasabah supaya tidak kuulangi dosaku itu..dosa jenis apakah yg telah ku lakukan?? Dosa mata, dosa hati, dosa kata kata, dosa perbuatan, dosa menurutkan hawa nafsu, dosaku dek kesalahan terhadap org lain,kesalahan kpd ibubapaku, anak anak ku, isteriku, dosa kerana melalaikan tanggungjawab ibadah-solat,puasa,zakat etc, kesalahanku terhadap rakan dan temann jiran tetangga...atau siapa sahaja...atau kerana nazar yg tidak tertunai...sumpah yg tidak dilaksana??
Jika ini ialah peringatan...alhamdulillah kerana Dia memperingatkan aku dgn caraNya tersendiri. Moga ada hikmah yg besar disebaliknya..jika ini ialah tarbiah...sesungguhnya aku sangat bersyukur kpdNya kerana aku terpilih menerima tarbiahNya...dalam keadaan aku mampu menangani dengan izinNya....
Jika ini semua menjadi perkiraan kita semua...aku pasti bayu redha dan insaf serta tahap sedar yg tinggi akan mendatangi diri kita semua!! Agar disaat takbir diangkat niat di semat, syahdu rasa dan jiwa akan lebih meresap dalam ruh ibadahku............lalu yg terjalin dan muncul diketika itu ialah aku dengan Khaliqku..........Ameen Ya Rabb!
No comments:
Post a Comment