Lanjutan bicara tentang warna tadi....
Isunya ialah...mengapa harus surau tersebut yg sepatutnya medan tumpuan semua golongan masyarakat, semua peringkat umur...tempat tumpuan beribadah telah memberi impresi@gambaran yg bersifat tidak neutral...apa dasar justifikasi yg kukuh utk ia jadi sedemikian...kenapa tidak kita ikut rasminya seperti mana mana surau lain@masjid lain...
Kenapa tidak kita contohi masjid Nabawi, Masjidil Haram atau masjid masjid lain yg terkenal spt Blue Mosque di Istanbul.....dgn senibina tersendiri namun masih bersifat neutral...kerana mengguna gabungan warna yg universal...hanya kubah di masjid Nabawi yg asal sahaja berwarna hijau...jika benar warna hijau itu menjadi keutamaan...tentunya masjid masjid lain dikebanyakan tempat akan berwarna hijau...
Mungkin ini sebenarnya isu picisan bagi kalian...terpulang!...namun bagi saya ia menunjukkan tahap kematangan, cara berfikir dan strategi memberi keutamaan dalam hidup bermasyarakat...secara peribadi..walau surau tersebut telah dicat hijau...saya tetap sebolehnya saban waktu mengunjunginya utk solat berjemaah..insyaallah. Tiada masalah utk dtg ke surau tersebut....sebab niat sy jelas, utk beribadah...tak kira la surau atau masjid itu berwarna apa sekalipun..kerana itu bukan tujuan saya...
Akan tetapi, sedikit sebanyak dari sudut utk menarik minat semua orang, dari sudut dakwah dan kecenderungan sikap dakwah...secara peribadi...sy lebih suka jika warna hijau itu tidak tersangat menonjol hingga sekeliling dinding perlu berwarna hijau...biarlah ia putih bersih...tidakkah itu lebih mencerahkan suasana masjid@surau...secara tidak langsung, pandangan pertama yg terjalin ialah..ini surau@masjid parti politik tertentu ni!!! Tidakkah ia memberi gambaran sedemikian?
Bagi saya, kita bersikap jumud jika mengutamakan strategi sedemikian utk berpolitik...kerana politik Islam merentas sempadan fizikal dan kulit...ia adalah dengan iman dan ketaqwaan...mengguna pakai kaedah pemasaran moden dalam politik Islam......adalah strategi murahan dan bersifat sangat sementara...sebab itulah perjuangan Islam yg berlandas kpd bukti 'kulit' dan bukannya menumpukan kpd keutuhan serta ketinggian nilai rohaniah iaitu iman dan takwa, akan longlai dipenghujung hari...nikmat kejayaan tidak kesampaian kerana nipisnya benteng iman dan takwa itu...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment