Kelmarin adalah Sabtu yang penuh, Ahad juga begitu. Menjelang Rajab, segalanya penuh bermakna. Aku berpeluang berkongsi sedikit bersama pelajar pelajar ku di Puncak Perdana tentang kesetiaan dan kepimpinan.
Lama juga bermenung memikirkan.....tidak dapat tidak akhirnya, aku ketemu akan kaedah dan cara! Tiada lain yang aku fikir lebih baik, melainkan ku contohkan diriku....'I walk what I said' ujarku kepada diriku. itu lebih baik! Lebih utama buatku untuk bercerita sesuatu yang memang ku kerjakan selama ini, memang ku perbuat sehari hari! Lalu ku kaitkan ia dengan 'storylinel' yangada dalam modul yang perlu disampaikan!
Rupanya, bilaku sampaikan dengan kaedah begitu, ku lihat mereka celik mata! Mereka bersemangat! Alhamdulillah ujarku!
Allah turunkan sekitar 1400 tahun yang lalu, ayat dalam surah Al Insyiraah, "Sesungguhnya bersama kesusahan itu akan diikuti dengan kesenangan, dan sesungguhnya bersama kesusahan itu akan diikuti dengan kesenangan".....berdasarkan kalimah suci ini aku kembangkan ia menjadi makna yang besar buat mereka!Cuba terbalikkan ayat tersebut! "Sesungguhnya bersama kesenangan itu akan diikuti dengan kesusahan, 2X".....indah bukan! Kalau mahu senang perlu bersusah payah! Ia dikatakan sebanyak 2X. Jika sudah senang, maka berhati hatilah bahawa kesusahan akan melanda. Bukan hanya sekadar itu, lihat lagi ayat seterusnya!
Inilah sebahagian intipati motibasi mahupun motivasi yang kutitipkan buat mereka, para pelajar ku! Mudah mudahan ada sesuatu yang bermakna yang dapat mereka titipi! Dan mudah mudahan jika bukan semua (walau ku harapkan semua), akan mulai langkah perubahan dalam kehidupan, mengorak langkah, menghayun usaha agar kehidupan menjadi lebih baik buat mereka! Ku doakan kesedaran ini akan kekal dalam hidup mereka!
Alangkah ruginya jika keinsafan dan kesedaran itu hanya seketika cuma singgah dibenak minda....lalu layu dipenghujung hari! Bangkitlah wahai diri! Tempuhi hidup ini dengan lebih bererti! Kelmarin akan menjadi sangat bermakna buatku jika mereka mengambil teladan dan hikmah.....Allahummansurniii! Allahuma taqabbal minnii!
No comments:
Post a Comment