Showing posts with label kejayaan diri. Show all posts
Showing posts with label kejayaan diri. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Kelmarin yang bermakna.....

Assalamualaikum wrt wbt.

Kelmarin adalah Sabtu yang penuh, Ahad juga begitu. Menjelang Rajab, segalanya penuh bermakna. Aku berpeluang berkongsi sedikit bersama pelajar pelajar ku di Puncak Perdana tentang kesetiaan dan kepimpinan.

Dalam sesi ceramah Kembara Insaniah. Mulanya, pening juga. Apa yang mahu ku sampaikan. Aku cuba mengelak dari menjadi sangat 'stereotype'! Aku lebih mementingkan makna dan pengertian agar ia menjadi berfaedah buat mereka. Jika sekadar menyampaikan suatu fakta tanpa penuh penelitian lalu pada waktu yang sama gagal menghadirkan kesedaran, aku fikir aku telah gagal.