Saturday, December 24, 2011

Laluan MASA!

Salam ukhuwwah!


Kehidupan adalah laluan masa! Kita terpenggal dek masa setiap saat dan ketika! Itulah mengapa Allah bersumpah DEMI MASA! Bahawa manusia itu sentiasa dalam kerugian!


Sentiasa dalam kerugian! Itulah hakikat sumpah Allah dengan MASA! Rugi kita jika tidak sedar akan masa! Rugi jika kita tidak mempedulikan MASA! We are lost in TIME! If we ignore TIME!


Justeru tanyakan ini sentiasa kepada DIRI!
1-Wahai diri! Adakah engkau hidup selama lamanya? Ingatilah MATI kerana itu tanda terhentinya MASA untuk diri?
2-Berapa MASA yang tersisa dalam hidup mu wahai diri?
3-Berapa jangkanya UMUR mu masih tersisa?
4-Kemana tujuanmu wahai diri?
5-Apakah destinasi akhir dirimu wahai diri?
6-Untuk apa engkau dicipta wahai DIRI? untuk membuang masa dengan kesenangan dunia??


Itu antara soalan yang boleh kita tanyakan kepada diri! Ada juga beberapa soalan lain yang kita boleh tanyakan kepada diri! Kita rugi dan sentiasa rugi kerana sentiasa meletakkan masa bukan sebagai keutamaan dalam kehidupan ini! Menipu diri sendiri dengan mengungkap alasan "masih ada masa buatku!" Itulah kita! Sebab itu pernah kalian dengar cerita cerita ini: Nabi Yusuf, Imam Ahmad bin Hanbal, Badiuzzaman Said Nursi, dan lain lain lagi, yang dipenjara oleh pemerintah yang zalim, lalu mengungkap, "aku lebih senang di penjara kerana aku punya tumpuan khusus kepada Sang Pencipta, Tuhan Rabbul Jalil"....masyaallah!


Kita sanggup mendatangi konsert, konon mengembalikan nostalgia lama (bagi susuk yang sekarang ini sekitar 40an) mahupun (jika remaja) ingin tahu dan rasa seronok (keseronokan yang dicari penuh sementara dan palsu-malah menghilangkan ketenteraman diri dan memadam bahagia hati) berbanding mendatangi masjid untuk solat berjemaah! Kita sanggup membuang MASA berpeleseran di komplek komplek, 'shopping mall', membuang masa! Berbanding mengulangkaji buku dan mentelaah kitab mahupun memahami dan mengambil IBRAH dari alQuran! 


Ruginya kita......dalam kehidupan ini kita mengerjakan sesuatu, untuk yang pasti kita tinggalkan, lalu meninggalkan sesuatu untuk sesuatu yang pasti kita bawa buat bekal! Masyaallah!    

No comments: