Monday, December 19, 2011

Amanah yg kita lupa....

Salam ukhuwwah....

Sampai bilakah kita mahu mengagumi kecantikan wajah dan menafikan keburukan wajah berbanding mensyukuri apa yg ada? Kita adalah sebaik baik kejadian! Justeru, kita harus mensyukuri apa yang telah dijadikan untuk kita. Rupa paras adalah subjektif sifatnya, bagi sesetengah orang, yang sebegitu adalah cantik dan lawa, tidak pula bagi sesetengah orang yang lain. Sifat dan nafsu manusia telah mengaburi penilaian konsep kecantikan ini, seolah olah ada definisi khusus untuk kecantikan, walhal ia tidak begitu. Sebab itulah timbangan yang diberi keutamaan malah yang sangat objektif sifatnya ialah taraf keimanan dan takwa seseorang individu, bukan rupa paras, warna kulit, bangsa dan keturunan! Malah pemilihan jodoh yang diutamakan ialah agamanya iaitu, takwanya, akhlaknya, iman seseorang, bukan keturunan, rupa paras! Namun ia sukar sebenarnya buat manusia dan kita semua untuk melihat iman dan takwa sebagai neraca pertimbangan suatu penilaian! Ia sukar sebab kita dibelenggu nafsu! Ia sukar sebab kita dilingkungi pandangan dunia, terpengaruh oleh penglihatan sukakan dunia!

Cuba fikirkan.....jika cantik tapi tiada iman...sudah tentu kecantikan yang dimiliki itu tiada nilai! Jika tidak cantik dan tidak beriman, masih serupa juga! Ia lebih baik, sesiapapun kita, bagaimana rupa dan warna kulit, kita benar benar bertakwa dan beriman kepadaNYA...

Apabila terlalu mengutamakan KESEMENTARAAN, iaitu menilai sesuatu berdasarkan kecantikan dan bukan iman dan takwa, itulah jalan kehancuran....itulah kesesatan yang nyata. Ramai yang ingin cantik dan berusaha mencantikkan diri dengan anggapan untuk dilihat cantik dikhalayak ramai walhal tujuan kecantikan yang dianugerahkan itu ialah merupakan AMANAH Allah yang perlu dijagai sebaiknya berdasarkan perintahNya...ia bukan pameran! Ia bukan perlumbaan siapa yang cantik dan paling cantik! Ia bukan untuk tontonan umum! Inilah kesilapan kita...silap kita sebagai suami...silap kita sebagai bapa...silap kita sebagai isteri, ibu mahupun anak! Akhirnya, kehidupan kita terjurus hanya berlumba lumba untuk kelihatan cantik, berbuat hampir apa sahaja supaya kelihatan cantik dan terus berusaha sedaya upaya dengan apa jua cara untuk mengekalkan kecantikan hatta melakukan yang haram supaya kelihatan cantik! Malah media juga turut sama menambah 'perisa' terhadap proses ini, memberi contoh dan teladan, membudayakan nilai kehidupan, membentuk ia sebagai suatu cara hidup! Itulah kezaliman yang kita lakukan kepada diri berbanding berlumba lumba untuk mencantikkan iman dan takwa!

Tidak dinafikan bahawa Allah menyukai sesuatu yang cantik dan kita disaran memperelok kecantikan...akan tetapi UTAMANYA ialah kecantikan iman, takwa dan akhlak...bukan kecantikan paras rupa yang sebenarnya sifatnya sangat sementara! Terkadang itu, lebih baik mengagumi cantiknya ciptaan Allah berupa alam ini berbanding cantiknya rupa paras manusia kerana ia mengundang lagho dan dosa mata! Kagumilah dengan bersungguh sungguh akan cantiknya iman dan takwa serta akhlak manusia yang kan bisa membawa kita ke syurga!

....bersambung!!




No comments: